Nuzul Qur’an
Dalam buku Perjalanan Hidup Nabi Muhammad SAW: Kajian dan Pengajaran yang di tulis oleh seorang tokoh ulama terkenal, Dr. Mustafa Siba’ei…Menerangkan kejadian penurunan wahyu yang pertama dan perlantikan Muhammad Nabi junjungan sebagai khatimul Anbiya’.
Turun wahyu kepada baginda Rasulullah SAW ketika baginda berumur 40 tahun, maka dating Malaikat Jibril a.s kepada baginda dengan membawa wahyu pada Isnin 17 Ramadhan Al- Mubarak. Berhubung dengan ini, Imam Al- Bukhori r.a menceritakan di dalam “Kitab Sahihnya” dengan sanad yang bersambung kepada Sayyidatina Aisyah Ummul Mukminin r.a tentang cara penurunan wahyu tersebut, katanya (Aisyah):
“Mula-mula sekali Rasulullah SAW menerima wahyu dalam bentuk mimpi yang baik dalam tidur, di mana mimpi datang seperti pancaran sinar pagi waktu pagi. Bermula daripada itu terdorong hati baginda Rasulullah SAW untuk mengasingkan diri dan akhirnya baginda menyendiri di Gua Hira’ untuk beribadat beberapa malam lamanya.
Kemudian selepas itu baginda pulang ke rumah menemui Isteri tercinta, Sayyidatina Kjadijah untuk mengambil bekalan makanan akhirnya datanglah wahyu pertama semasa baginda di dalam gua tersebut, datanglah kepada baginda malaikat lalu berkata:
“Bacalah!lalu baginda menjawab: “tidaklah aku pandai membaca”.Kemudian baginda di peluk dengan kuat dan di lepaskan. Dan katanya lagi: “ Bacalah”.Lalu baginda menjawab lagi : “tidaklah aku pandai membaca”. Kemudian baginda di peluk sekali lagi dan di lepaskan. Dan berkata lagi: “bacalah!”. Baginda menjawab: “ Tidaklah aku pandai membaca”. Sekali lagi baginda di peluk seperti tadi buat kali yang ketiganya, kemudia di lepaskan semula, lalu baginda membaca:
(Surah al Alaq ayat:1-5)
Setelah itu, baginda pulang ke rumah menemui Khadijah lantas berkata:
“Selimutkanlah aku, selimutkanlah aku”
Lalu baginda pun selimutlah hingga rasa gerun dan takutnya beransur hilang dan menceritakan perististiwa itu kepada Khadijah. Khadijah cuba menenangkan baginda dan keesokan harinya Khadijah membawa Nabi Allah SAW menemui bapa saudaranya, Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abd Uzza, seorang yang beragama Nasrani pada masa jahilliyyah. Beliau menjelaskan bahawa Nabi Muhammad telah di lantik menjadi Rasul bagi umat manusia,sesungguhnya sebagai... utusan Allah yang terakhir.
Betapa mulianya dan barakah Bulan Ramadhan apabila padanya berlaku peristiwa nuzul al-Qur’an...Mukjizat terbesar Nabi Allah SAW.
Allah berfirman dalam surah al Baqarah: 185 yang bermaksud:
“ Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya di turunkan al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk dan pembeza antara benar dan batil”
Pada peristiwa penurunan ayat yang pertama itu juga insan terpilih yang bernama Muhammad ibn Abdullah di lantik menjadi Rasul yang terakhir. Nabi utusan yang membawa risalah nubuwwah, lalu menganjur dan menyeru ummat manusia supaya mentauhidkan Allah yang Esa. Maka bermula perjalanan risalah rahmatalill alamin junjungan baginda Rasul Allah.
Firman Allah (dalam surah Al-Maaidah:67): “Wahai Rasul Allah!Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu”. Marilah kita mengambil peluang di bulan yang ini memperbanyakkan membacanya dan memahami isi kandungan di dalamnya. Moga terbinalah tamadun Khaira’ Ummah yang menjadikan Al-Qur’an dan as Sunnah..dua wasiat teragung Junjungan Mulia sebagai asas panduan hidup dalam melayari bahtera dunia menuju ke destinasi yang abadi...alam hakiki ,yang merindui haruman firdausi dan rimbunan Kasih Rabbul Alamin.
Ghazwah Badar Kubro
Peperangan antara tentera Muslimin dengan Kaum Mushrikin yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah. Kekuatan pasukan muslimin pada ketika itu hanya 313 atau 314 orang sahaja, bersama-sama mereka 70 ekor unta, 3 ekor unta sahaja. Mereka terpaksa berkongsi menunggang seekor unta beberapa orang secara bergilir-gilir. Sedangkan pihak musuh mempunyai kelengkapan perang dengan kekuatan tentera lebih kurang 1000 orang, 600 orang berbaju besi, 100 ekor kuda dengan berbaju besi serta 700 ekor unta. Turut bersama mereka, penyanyi wanita yang menyanyikan lagu dan mengejek tentera kaum muslimin. Rasulullah tidak henti-henti berdoa kepada Allah untuk membantu tentera muslimin dan memberi semangat kepada tentera muslimin akan ganjaran syurga bagi orang yang berjuang di jalan Allah dan mencapai syahid dalam pertempuran itu. Saidina Mu’az mencadangkan supaya di bina sebuah pondok kecil di belakang barisan tentera Islam. Tindakan itu di ambil untuk menyelamatkan Rasulullah jika tentera Islam Kalah, dan beliau risau akan keselamatan Nabi Junjungan SAW jika Rasulullah tidak dapat bertemu lagi kaum muslimin di Mekah. Ini menunjukkan betapa kasih dan sayangnya sahabat Nabi Muhammad SAW.
Maka terjadilah peperangan yang sengit dan bertempuran berakhir dengan kemenangan di pihak kaum Muslimin. Abu Jahal antara 70 orang tentera kaum mushrikin yang terbunuh. Tentera Islam berjaya menawan 700 orang dari pihak musuh. Peristiwa peperangan ini telah di rakamkan dalam (surah Al Imran, ayat:123-127).
Kesungguhan tentera Muslimin seharusnya di jadikam pengajaran dan tauladan, dengan semangat jihad yang tinggi dan kekuatan roh dan jiwa mereka akhirnya berjaya menewaskan tentera Musyrikin walaupun bertempur di medan perang dalam bulan Ramadhan. Itu bukanlah halangan untuk mereka mempertahankan keselamatan kaum muslimin ketika itu dan mengibarkan panji-panji dan syiar Islam. Mereka berkorban dengan hati yang penuh dengan keikhlasan serta merindui syahid di jalan Allah. Akhirnya para Muttaqin yang khusyuk hati kepada Allah mencapai kemenangan dan mengalahkan orang yang lalai dan sia-sia hidupnya.
No comments:
Post a Comment