~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Saturday, April 21, 2012

Impian
















Suamiku,
terlafaz lancar sebuah akad, 
setulus hati mahar diberi,
terangkat sudah segala penyekat
diriku kini kau miliki..


Dalam keharuan,
air mata ibuku berguguran, 
ayahku sebak melepaskan,
Puterinya kini kau jagakan


Suamiku, 
jika diriku diterima kerana kelebihan, 
kau kan kecewa bila terlihat kekurangan, 
jika dirimu diterima kerana kecantikan,
kau kan bosan bila ia beransur hilang


Aduhai suamiku, 
Jelaskanlah niat dan matlamat, 
Menerimaku kerana agama, 
baru hidup beroleh berkat,
bahagia hingga ke syurga.


Ketahuilah suamiku, 
kau pemilik cintaku, 
setelah Allah dan Rasul, 
Suluhkanlah buatku, 
Jalan menuju yang Satu.


Suamiku, 
hadiah mahal terbilang, 
Bahtera penyelamat yang utuh, 
gelombang dan karang, 
tak mampu meruntuh.


Suamiku, 
kita dua insan berbeza,
cita dan cinta yang sama, 
Jadilah dirimu sebenarnya
terimalah aku seadaanya


Suamiku, 
Asam garam rumah tangga,
khilaf dan salah pasti ada, 
sama-samalah berlapang dada
pemula maaf paling mulia


Suamiku, 
menang bukan bererti benar, 
kalah bukan bererti salah, 
dalam debat, hormat memagar
tawadukmu budi terindah.


Suamiku, 
berjanjilah padaku, 
Dengan kemuliaan dirimu, 
kenalkan aku dan generasiku
Pada kemuliaan Penciptamu..


Hasil nukilan Fatimah Syarha (penulis Buku; Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul)




>kini ku telah dimiliki...menjadi suri hidup buat insan yang bernama suami...
Sajak ini ku tujukan khas buat suami ku...
semoga bait al muslim yang telah dibina ini akan berkekalan hingga ke syurga...
Jauh itu dekat, Allah penghubung dua hati, 1 jiwa..
"Ya Allah, Engkaulah jaga suamiku, tika aku tidak bisa ada disisinya..."Ameen...








No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails