Bulan Rejab adalah di antara bulan yang mulia dalam Islam. Umat Islam tentu akan memperingati dan menghormati kedatangan bulan ini saban tahun. Pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w telah terjadi suatu peristiwa luar biasa yang menggemparkan serta menakjubkan alam fikiran, iaitu peristiwa Israk Mikraj.
Israk bererti, Allah s.w.t membawa atau memperjalankan Nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dari Masjidil Haram ( Mekah ) ke Masjidil Aqsa di Palestin. Manakala Mikraj adalah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. naik ke langit. Dengan itu, Israk Mikraj bermaksud perjalanan Nabi Muhammad s.a.w di malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit ke Sidratul Muntaha, dengan menembusi planet-planet dunia serta menjelajahi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Mekah pada malam itu juga.
Peristiwa Israk Mikraj yang dialami sendiri oleh Nabi s.a.w dengan jasad dan tubuhnya ini adalah satu peristiwa ghaib yang mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia. Dikatakan luar biasa kerana kejadian tersebut dilalui oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam waktu yang singkat cuma 1/3 malam. Walhal jika difikirkan jarak antara Masjidil Haram dengan Masjidil Aqsa bukanlah suatu jarak yang dekat, lebih-lebih lagi naik ke langit hingga ke langit yang ke tujuh. Kemudian banyak peristiwa dialami dan banyak pula pemandangan yang dapat dilihat oleh banginda terutamanya kenikmatan di syurga dan juga berbagai bentuk penyiksaan di neraka.
Setelah Nabi Muhammad s.a.w selesai mengalami Israk Mikraj yang menakjubkan itu, baginda membuat pengumuman di hadapan orang ramai untuk memberitahu yang baginda telah diisrak mikrajkan oleh Allah s.w.t disamping menceritakan juga semua perkara yang baginda alami ketika itu, dengan harapan golongan kafir Quraisy yang mendengar penjelasan Nabi Muhammad s.a.w. itu akan beriman kepada Allah s.w.t dan mengikut ajaran Islam. Namun mereke tidak mempercayai kata-kata baginda malah memperolok-olokkannya dengan dalih bahawa semua cerita Nabi Muhammad s.a.w. itu tidak masuk akal. Hanya sedikit sekali yang beriman, itupun dalam keadaan percaya atau tidak.
Bagi kita selaku Muslim, kejadian Israk Mikraj ini tidaklah sulit untuk difikirkan kerana kita mengetahui bahawa apa sahaja boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah s.w.t.Nabi Muhammad s.a.w. berangkat dari Masjidil Haram bersama malaikat Jibril adalah dengan menaiki buraq yang sekali melangkah, jauhnya adalah sejauh mata memandang. Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj benar-benar dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. kerana telah termaktub dalam Al-Quran.
Allah s.w.t berfirman :
Maksudnya : " Maha Suci Allah s.w.t. yang telah memperjalankan hamba-Nya ( Nabi s.a.w)pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda ( kebesaran )Kami, Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui"
(Al-Isra ': 1)
Apabila kita meneliti catatan sejarah, didapati bahawa pada bulan Rejab tahun kesebelas dari kerasulan, Nabi Muhammad s.a.w. benar-benar berada di puncak kesedihan. Baginda telah menghadapi dua musibah berturut-turut, iaitu kehilangan dua insan yang amat berjasa dan sangat baginda kasihi lantaran pergi buat selama-lamanya menghadap ilahi. Musibah yang dimaksudkan ialah wafatnya Siti Khadijah, isterinya yang tercinta. Tidak lama kemudian menyusul pula bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Tahun tersebut adalah tahun dukacita bagi Rasulullah bukan sekadar kehilangan seorang isteri yang telah menumpahkan taat setia, kasih saying dan ketabahan yang luar biasa, tetapi Khadijah juga berfungsi sebagai sumber inspirasi dalam perjuangan Rasulullah s.a.w.
Sebagai insan berharta, Siti Khadijah telah mempersembahkan sebahagian harta miliknya dengan penuh ikhlas dan rela demi kepentingan dan kemajuan dakwah Rasul dalam usaha menegakkan risalah Islamiah. Adanya Siti Khadijah di sisi dengan perangsang yang diberikan, Nabi Muhammad s.a.w. merasa segala beban berat yang dipikulnya menjadi ringan dan segala kepahitan sedikit sebanyak terubat, sehingga Rasulullah s.a.w. mendapat kekuatan dan semangat untuk mengembangkan Islam. Siti Khadijah banyak berkorban dan memberi sokongan, baik dengan harta mahu pun kiwa raganya dalam usaha pengembangan agama Islam.
Demikian juga halnya dengan kewafatan Abu Talib, bapa saudaranya yang bermati-matian membela dan melindunginya daripada ancaman orang kafir Quraisy. Lantaran Abu Talib tergolong di dalam orang yang disegani dikalangan bangsa Arab, menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani menganggu Nabi secara terang-terangan. Namun setelah Abu Talib dan Siti Khadijah wafat, mereka tidak lagi segan-segan mengganggu, mengejek serta mengancam Nabi.
Setelah Nabi Muhammad s.a.w merasa ruang untuk pergerakan dakwah di kota Mekah semakin sempit dan keselamatan umat Islam tidak lagi begitu terjamin, Rasulullah s.a.w. memutuskan untuk pergi ke Taif dengan harapan penduduk Taif akan menerima seruan sekaligus membantu perjuangannya.Namun di luar dugaan, penduduk Taif bukan hanya tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi pula menerima berbagai cacian, penghinaan bahkan penganiayaan.
Rasullullah s.a.w. kembali ke Mekah dengan perasaan hampa. Betapa beratnya penderitaan yang diterima oleh baginda tentunya dapat kita bayangkan. Dalam keadaan seperti itu, untuk menghibur dan meningkatkan iman, Rasulullah s.a.w maka Allah s.w.t memerintahkan kepada malaikat Jibril agar Rasulullah s.a.w. di Israk Mikrajkan.

Dari peristiwa Israk Mikraj ini terdapat beberapa hikmah yang terkandung di dalamnya, diantaranya ialah :
1. Agar manusia sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah s.w.t, baik di kala ditimpa kesusahan mahu pun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah s.w.t sajalah yang mampu memberikan pertolongan dan menghilangkan segala kesedihan serta kesusahan pada diri manusia, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Ia memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah s.w.t sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan.
Caranya tentu saja dengan melaksanakan semua yang diperintah-Nya dan menjauhi kesemua larangan-Nya, disamping terus meningkatkan ketaqwaan dan amal ibadah. Ternyata apabila Jibril mengajak Nabi Muhammad s.a.w. berangkat dan keberangkatan itu adalah bertujuan untuk menemui Allah s.w.t., alangkah gembiranya hati baginda. Lupa is segala yang berlaku, tidak dihiraukan lagi kegelapan malam dan jauhnya perjalaan yang akan ditempuh malam itu.
2. Dalam perjalanan Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi Muhammad s.a.w diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyiksaan yang amat dahsyat sedang dialami oleh berbagai kaum akibat dari segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya, baginda bertemu dengan satu kaum yang memecah kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali lagi seperti sediakala. Malaikat Jibril menyatakan mereka ini orang yang berat kepalanya mengerjakan solat. Nabi Muhammad s.a.w. juga melihat lain-lain bentuk penyiksaan seperti siksaan bagi pemakan riba', penzina, orang yang suka memfitnah dan lain-lain. Ini semua memberi teladan dan iktibar agar kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan perbuatan-perbuatan tersebut dan lain-lain perbuatan yang jelas dilarang oleh Allah s.w.t
3. Mendapat perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah.Sesungguhnya kewajipan solat berbeza dengan kewajipan-kewajipan lain seperti puasa, zakat dan haji. Lantaran itu kewajipan solat disampaikan oleh Allah s.w.t secara langsung kepada Nabi Muhammad s.a.w tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril. Solat merupakan amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Ini menunjukkan bahawa solat memiliki kelebihan berbanding ibadah-ibadah lainnya. Kita seharusnya bersyukur kerana melalui ibadah solat, seseorang muslin berpeluang untuk berdialog terus dengan Allah s.w.t.
4. Memperlihatkan kebesaran Allah s.w.t sebagai pencipta, agar keyakinan terhadap kekuasaan -Nya benar-benar tumbuh dijiwa manusia. Sesungguhnya Allah s.w.t. yang mencipta alam yang serba luas dan indah ini. Dalam Israk Mikraj, Allah s.w.t. memperlihatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan- Nya yang terdapat di alam yang lain, seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain.
Adalah diharapkan umat Islam yang memperingati peristiwa Israk Mikraj saban tahun tidak sekadar ikut-ikutan atau cuma memperingati tanggal berlakunya peristiwa tersebut, tetapi berlalu kosong tanpa penghayatan. Apa yang penting, berbagai hikmah yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dengan teliti, agar dapat memberi nilai tambahan dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatan ketaqwaan dan prestasi ibadah kepada Allah s.w.t. mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan terutama dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar.

sumber: Jabatan Mufti Selangor
No comments:
Post a Comment