~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Tuesday, July 20, 2010

Di Hening Subuh...


Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam

Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi
*lirik lagu Raihan: Peristiwa Subuh

    Alhamdulillah, kita dapat bangun di pagi hari setelah merasa nikmat tidur dan "di hidupkan semula". Lantas, bangun dan berwudhuklah untuk melaksanakan kewajipan kepada NYA. Solat subuh, kewajipan solat seawal di pagi hari. Kenapa ada sesetengah orang terlalu liat atau berat nak bangun solat subuh? Dan tidak kurang juga yang selalu sahaja “subuh gajah” dengan alasan tertidur kerana tak sedar alarm berbunyi, stay up sampai lewat malam, tak ada orang kejutkan dan macam-macam lagi lah alasan. Kupasan buku yang di tulis ini (Syaikh Muhammad Shalih Al Munajijid Syaikh Murid Al Kullab, di terbitkan oleh Mustread sdn Bhd)sangat menarik, padat dan ringkas untuk di jadikan panduan bersama.

Setiap muslim seharusnya bersemangat untuk menunaikan kewajipan.Jika tertinggal solat subuh, seharusnya akan merasa ada yang kurang, kekurangan dalam diri dan kekurangan dalam keberkatan harinya dan akan merasa malu kepada Rabnya. Solat subuh juga adalah salah satu waktu solat yang di galakkan di lakukan secara berjemaah yang mana tinggi fadhilatnya.

”Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat subuh menjadi pengukur bagi keimanan seseorang.Maka darjat seseorang boleh di lihat dari kemampuannya untuk melazimkan solat subuh berjemaah. Sebahagiaan besar umat Islam tidak mampu lagi menghilangkan rasa mengantuk yang menaburi mata, sehinggakan tidak tergolong dalam jemaah solat subuh.

Di zaman Nabi SAW, mengerjakan solat subuh juga di lihat menjadi alat mengukur kemunafikan seseorang. “Barang siapa yang menunaikan solat subuh maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka jangan sampai Allah menarik kembali jaminanNya kepada kalian dengan sebab apa pun. Kerana sesungguhnya siapa saja yang Allah cabut jaminanNya pasti akan tercabut.Kemudian Allah akan membenamkan wajahnya ke dalam neraka jahanam” (HR Muslim)

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh,
sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) .” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Tip-tip yang di kongsi oleh penulis:
1) Tidur lebih awal
Tidur lebih awal agar boleh bangun dengan penuh semangat untuk melaksanakan solat subuh dan mampu untuk solat malam.
2) Bersungguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur
3) Tekad untuk bangun solat subuh
4) Berzikir kepada Allah SWT ketika bangun
Sesetengah orang, ada bangun di awal waktu namun menyambung kembali tidurnya.Apabila berzikir kepada Allah nescaya akan terlepaslah satu ikatan syaitan.Itu menjadi pendorong untuk segera bangun.Apabila kita berwudhuk dan solat subuh maka sempurnalah tekad dan syaitan pun jauh.

5) Minta bantuan keluarga atau orang-orang soleh untuk bangun solat
“Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya” (Surah Thoha: 132)

6) Berdoa kepada Allah agar di beri taufik untuk bangun solat
7) Menggunakan saranan-saranan peringatan
8) Memercikkan air di wajah orang yang tidur
9) Tidak tidur sendirian
“Bahawasanya jika tidur sendirian akan mudah terlelap dan dia tidak memiliki teman yang dapat membangunkannya untuk solat” (HR Imam Ahmad)

10)Tidak tidur di tempat yang jauh daripada orang lain
11) Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap
12) Jangan kunci jam loceng terlalu awal dari waktu solat subuh
13) Nyalakan lampu di saat bangun
14) Tidak berjaga malam terlau lama
15) Mengerjakan Qiyamulail di waktu terakhir sebelum subuh

    Alangkah indahnya sebuah masjid yang mana pada waktu subuh di penuhi jamaah untuk solat subuh bersama. Usai solat jamaah bersama, waktu yang ada di isi dengan tazkirah ringkas. Peringatan buat bersama sebelum masing-masing keluar menunaikan tanggugjawab untuk mencari rezeki di siang hari. Bukan semata-mata untuk tidur semula selepas subuh. Sesungguhnya Solat Subuh itu menjadi pembuka pintu rezeki dan pemulaan hari bagi seorang mukmin  yang mendambakan keberkatan oleh Nya.
Ayuh bangunlah
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Nya
Bersyukurlah bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaan-Nya
Begitulah peristiwa di subuh hari
Setiap pagi setiap hari...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails