~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Sunday, October 18, 2009

Panduan Zikir Harian

       Manusia inginkan kedamaian dan ketenangan. Banyak usaha telah dibuat oleh manusia untuk mencapai ketengan dan kebahagiaan dalam hidup. Antaranya ialah dengan meluahkan perasaan kepada pihak yang sanggup menerima pengaduan serta mendengar segala permintaan. Beberapa sistem meditasi telah di perkenalkan tetapi kedamaian dan kebahagiaan tidak juga diperolehi.
Islam mengalakkan amalan berzikir. Terdapat di dalam al-Qur’an menyebut tentang pentingnya berzikir dan yang paling jelas dalam surah
Al-Baqarah, ayat 125, yang bermaksud:
“Hendaklah akamu semua mengingati Aku (melakukan zikir kepada-Ku) nanti Aku akan mengingati kamu dan berterima kasihlah kepadaKu dan jangan kamu mengingkari Aku”


Oleh itu, zikir bukan sekadar pengucapan atau ungkapan tahlil, tahmid, tasbig dan takbir, malah termasuk dalam jenis amalan yang di lakukan untuk mentaati Allah. Pada lahirnya ia muncul dalam bentuk pergerakan lidah dan restu daripada hati.

Zikir terbahagi kepada 3 bahagian:
1) Zikr bil lisan; zikir dengan lidah seperti bertasbih, berthmid dan bertahlil, bertakbir, berselawat dan membaca al-Qur’an.
2) Zikr bil Qalb: zikir dengan hati iaitu memikirkan dan mengingati dengan hati tentang kebesaran dan kekuasaan Allah seperti kejadian langit dan bumi.
3) Zikr bil jawarih: zikir dengan menunaikan semua bentuk ketaatan seperti mengerjakan ibadat sembahyang, puasa, haji berjalan ke tempat-tempat ibadat dan majlis-majlis ilmu. Oleh itu, Ibn Ata’ menegaskan setiap majlis yang memperkatakan soal (hukum syarak) mahu majlis tersebut dinamakan majlis zikir, kerana majlis itu mengingatkan kita akan kelalaian dan mendampingkan diri kita kepada Allah.

Antara objektif zikir adalah:
1) Mensyukuri nikmat-nikmat Allah yang telah dikurniakan ke atas kita.
2) Untuk mendampingkan kita dengan Allah( Taqarrub ila Allah)
3) Mengamalkan zikir-zikir yang al Mathurah.

Unsur-unsur Zikir:
1) Pujian kepada Allah
2) Doa kepada Allah
3) Istighfar kepada Allah
4) Memohon sesuatu kepada Allah
5) Ketaatan kepada Allah
6) Bacaan beberapa potong ayat al-Qur’an (Unsur ini lah yang di galakkan)

Beberapa kaedah zikir

Terdapat berbagai-bagai yang di anjurkan oleh para Ulama’ untuk di patuhi apabila seseorang berzikir:
1) Hendaklah di usahakan seberapa yang boleh untuk memusatkan fikiran dan
Perasaan hanya kepada Allah SWT
2) Meneguhkan keyakinan terhadap kesediaan Allah menerima amalan-amalan
Yang dilakukan
3) Menanam keyakinan bahawa Allah tidak mengenepikan permintaan dan harapan.
4) Menyatakan segala sebutan yang di ungkapi dengan tereang dan jelas
5) Menggunakan suara yang sederhana.

        Setelah manusia mencapai satu tahap tamadun yang tinggi maka penyelesaian hampir diperolehi menerusi latihan yanng di buat dalam bentuk pemusatan pemikiran. Dengan wujudnya latihan pemusatan pemikiran maka beberapa masalah tekanan jiwa secara beransur-ansur dapat di rasai. Unsur pemusatan fikiran itulah yang terdapat dalam satu amalan yang digalakkan oleh Islam yang di kenali dengan zikir. Pada entri ini saya berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai Zikir pada pandangan Islam dan beberapa kaedah zikir dalam Islam, Ulasan daripada buku Panduan Zikir Harian, terbitan JAKIM, edisi percuma sempena Majlis Tilawah al-Qur’an peringkat Antarabangsa kali ke-43,semoga dapat di manfaatkan bersama, Insya Allah...=)..~Jiwa mukmin yang tenang, ketika Allah sentiasa hadir di hati~

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails