Di kala waktu terluang Naurah selalu meluangkan masa untuk membersihkan taman bunga di halaman rumanya, bersama adik kesayangan..Farah.
“ Kak long, tak cantik lah bunga semalu ni...dah la ada duri”
“adik, walaupun tak cantik...tapi bunga nie pemalu tau...cuba sentuh daunnya, nanti pokok semalu ni akan mengunncup..aha, dia malu la tue...” jawan Farah kepada adik bongsunya, Naurah..
“Ooo...aha lah kak long, bagus kan bunga nie...”sambil tersenyum Naurah.
“Ada satu cerita tau tentang bunga semalu nie, meh duduk sini kak long cerita” Naurah pun bercerita kepada adik kesayangannya itu.
“ Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek:
1)pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
2)semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
3)semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
4)semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
“Jadi, sebagai seorang muslimah kita kena lah sentiasa mempunyai rasa malu, adik tahu kan malu itu kan daripada iman” kata Naurah setelah menghabiskan cerita poko semalu nie.
“Kita hendaklah malu dengan Allah..malu untuk melakukan larangannya”
“ Tapi kak long, kenapa sekarang adik tengok orang perempuan tak malu pun...bertudung tapi akhlaknya masih lagi ada yang kurang.Kawan-kawan adik pulak tue...”
“Insya Allah...adik cuba lah mendekati diorang, jangan kerana penampilan diorang macam tue, kita menjauhkan daripada mendekati mereka. Kita lah yang perlu membantu supaya mereka sedar akan tuntutan agama nie...”
“Adik akan ingat pesanan kak long, Insya Allah adik akan cuba...”
Naurah tersenyum bersetuju dan mengajak Farah masuk ke dalam rumah memandangkan waktu pun dah makin senja.
No comments:
Post a Comment