~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Friday, October 9, 2009

PKPIM lancar TABUNG KEMANUSIAAN UMMAT(PEMULIHAN PADANG)

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

PKPIM LANCAR TABUNG KEMANUSIAAN UMMAT (MISI PEMULIHAN PADANG)

5 OKTOBER 2009/16 SYAWAL 1430 H

Gempa bumi yang berukuran 7.6 skala Richter yang telah melanda Pariaman, Padang pada Rabu lalu telah mengakibatkan kerosakan teruk kepada harta benda serta meragut ratusan nyawa dengan angka terkini seramai 603 telah disahkan terkorban oleh Badan Menangani Bencana Sumatera Barat, Indonesia.

Dalam pada itu, dua Gempa susulan awal pagi ini yang dicatatkan di Papua Barat dengan kekuatan 6.1 skala Rechter pada pukul 10.36 pagi waktu Indonesia Barat dan di Gorontalo, Sulawesi berukuran 5.3 skala Rechter juga telah memburukkan lagi keadaan.

Justeru, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Ummat (Misi Pemulihan Padang) bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa.

Tabung Kemanusiaan Ummat ini bertujuan mengumpulkan dana yang secukupnya bagi menyediakan keperluan asas khususnya kepada mangsa di kawasan sekitar Pariaman yang masih terpinggir dari mendapat bantuan.

Tabung yang telah dilancarkan ini juga akan digerakkan di semua Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) dan sekolah-sekolah di Malaysia. Maka, PKPIM berharap agar kempen kutipan bantuan kewangan ini akan mendapat sokongan penuh daripada semua mahasiswa dan pelajar.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) turut menghantar tiga orang sukarelawan bagi menjayakan misi pertama ke Padang awal pagi ini. Misi pertama ini akan memberi fokus kepada bantuan perubatan dan sokongan hidup mangsa gempa.

Bagi memastikan kelangsungan bantuan, PKPIM turut bekerjasama dengan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) dan Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia (HMI) bagi merangka dan mengemaskini bentuk bantuan yang sewajarnya diberikan.

PKPIM yang turut menganggotai Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) telah menggesa badan induk itu untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan pelan pembangunan pasca tragedi.

“HIDUP BIAR BERJASA”


MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ 860813-38-5543

PRESIDEN,

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)


Sekretariat PKPIM Pusat
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,

Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails