~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Friday, October 30, 2009

Salam mujadah..


Final examination is coming!! Be prepared=)

Assalamualaikum, 

  Terasa begitu pantas masa yang berlalu, dah sampai ke penghujung semester 1 2009/2010. Demam final exam dah bermula…dah bersedia?Insya Allah..semoga Allah permudahkan semuanya. Alhamdulillah, semua coursework sudah di siapkan dengan sebaiknya. Bersyukur dapat hantar research proposal(tugasan terakhir) pagi tadi, setelah bertungkus lumus siapkan sejak beberapa hari yang lalu. Ini semester kedua terakhir saya..Insya Allah akan meninggalkan Taman Ilmu dan Budi ini pada semester akan datang. Pejam..celik..pejam dah berada pada tahun akhir, ramai sahabat yang akan graduated sem ni. Ini kerana hanya single major, tak minor. Jadi, sem ni adalah semester terakhir lah. Maka bersiapkanlah diri...fizikal, mental dan spiritual. Jaga kesihatan badan, pastikan tidur yang cukup, makan makanan yang berkhasiat..moga di jauhkan dari segala musibah dan sakit dalam menghadapi musim exam ni..jagalah hubungan dengan al Khaliq..Dia lah tempat kita memohon dan sandarkan pengharapan..setelah di iringi dengan usaha.

Teringat pesanan dari seorang pensyarah kesayangan saya,
“Basically, to get an A is easy, you must include in your answer sheet additional value(what you have done in the assigment is very helpful) , be critical and not depend on the note and handouts that had been given to you”. Jadi, ayuh!lakukan perubahan pada diri...

Hari yang di nanti=)

1) Arabic for Academic purpose (LQ4000) 3/11/2009
2) Intercultural Communication (COMM 2050) 12/11/2009
3) Principles and Practices of Journalism ( COMM 3020) 16/11/2009
4) Communication Law and Ethics (COMM 3250 ) 19/11/2009


  (Usaha+ doa+tawakkal = kejayaan)




 Renungan..

“Peliharalah Allah, nescaya kamu dapati-Nya berada di hadapan kamu, menyertai dan menolong kamu. Dan kenalilah Allah pada masa lapang, nescaya Dia kenal kamu di kala susah dan tika kamu hadapi kesukaran”

  Untuk peringatan bersama...ingatlah Allah setiap masa dan keadaan. Jangan jadikan medan peperiksaan sekadar menguji ketajaman minda untuk menghafal dan memahami...bukan sekadar exam-oriented, tetapi knowlegde oriented!..mengamalkan apa yang di pelajari. Bergelar seorang mahasiswa, bukan hanya gah dan bangga dengan segulung ijazah, tetapi...ketrampilan akhlak dan budi amat perlu di tekankan serta nilai tambah yang di timba sepanjang berada di menara gading (idealisma, aktivisme, spiritualisme) Bak kata orang, “ikutlah resmi padi..semakin berisi, makin tunduk ke bumi”

Akhir kalam, salam imtihan buat semua rakan seperjuangan ma’a taufiq wannajah..ampun dan maaf sepanjang persahabatan kita..moga sentiasa beroleh keberkatan dalam setiap kejayaan, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak membantu dan sentiasa memberi kritikan membina untuk pelajarnya..buat ayah dan ibu, doakan kejayaan anak mu ini..





No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails