Sebuah pesanan*
Menyorot dasyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana sini.Pemuda meratah dara sesuka hati. Gadis hilang harga diri. Anak pungut merata-rata.Ah, sekotor inikah cinta anak muda?Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekufud embun pagi. Tangan manusialah yang mengotorinya.
Aduhai pemuda-pemudi yg sedang hangat bercinta!
Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia?kenapa tidak nikah saja?boleh khalwat lama-lama.
“Ingat nikah itu senang?!” mungkin ini persoalan yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Samada jawapannya senang atau susah,setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi di berkati ini. Niat suci tersebut boleh mengundang limpahan keberkatan dari sisiNya. Niat yang bersih berperanan mengawal haluan cinta agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa yang di namakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh di nikmati selepas berumah tangga. Ingat tu!
Ku nasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi,
Dalam urusan jodoh, apapun keputusan buatlah sebagaimana yang di anjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah. Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis. Ambil langkah yang di izinkan Allah..seterusnya iaitu dengan berkhitbah dan saling setia pada janji syara’ yang di bina. Awas! Hindarilah segala perkara yang menghampiri zina lagi tidak di redhai Allah.
Bagi gadis yg suci belum berpunya, andalah pilihan- pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah. Ingat, urusan jodoh bukan di tentukan oleh lelaki, ibubapa atau sesiapa, tetapi ianya urusan Allah SWT. Dah sedia termaktub di Loh Mahfuz. Berkat usaha, anda juga boleh memulakannya jika punyai keberaniaan yang tinggi. Manusia hanya mampu berusaha tapi tak berdaya menentukan apa-apa tanpa izin Nya.Oleh itu, jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. Bersiap sedialah. Anda pasti akan di jodohkan.Jika tidak di dunia nun di syurga.
Begitu juag buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang di curahkan walaupun pinangan di tolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan Nya. Teruskan berusaha!
“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas taqwa kepada Allah, kebaikan buatmu ialah isteri yang solehah.” (HR Thorani)
Khusus buat pemuda-pemudi yang sudah jatuh cinta,
Dengarilah kalamku seterusnya istimewa buatmu. Yang masih tak meletakkan nikah sebagai priority sekarang, teruskan belajar atau bekerja atau mengejar cita-cita. Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta.
Seringkala bila di tanya pada syabab tentang kenapa tak segera berzaujah, mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap. Sedangkan ada hadis yang menyuruh agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonya. Syabab selalunya bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bidadarinya dan seluruh isi rumahnya. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betul kan ya Syabab?
Kerisauan ini lumrah. Ia lahir dari sifat bertanggungjawab. Ia juga lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggung jawab. Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik. Contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiri pun sukar di biayai apatah lagi hidup orang lain? Faktor ini membuatkan syabab takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup di kuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani kehidupan.
Al Qur’an mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwinan:
“Dan nikahlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia Nya, dan Allah Maha Luas pemberian Nya lagi Maha Mengetahui.” (An Nur:32).Nah, Allah telah pun memberi jaminan! Jaminan siapa yg lebih patut di percayai?
Umar al Khattab, Sahabat agung, pernah berkata sebagaiman di kutip dari Al-Qurtbhi:
“saya sangat hairan dan takjub dengan orang-orang yg tidak mahu menikah kerana takut miskin,dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya.”
Nabi Muhammad SAW juga memberi gambaran yang praktikal.Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a :
“Makanan dari dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang” (HR Riwayat Bukhori dan Muslim)
Tidak hairan lah Ibn Mas’ud pernah berkata:
“Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan”, kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah an Nur, ayat 32.Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dna fikiran.
Buat Hawa, yakin dan percaya lah pada insan yang telah di tunjukkan Allah dalam istikharahmu walaupun apapun keadaanya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Samada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.
Buat syabab, rezeki Allah amat luas, jangan di risaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah SAW. Beliau bersabda: “Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik”.(HR Ahmad, Baihaqi dan lain-lain).
Jika kerisauan unutk menikah di sebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, di pegang Allah dan boleh di lunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian.Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yg paling inginkan kebahagiaan untuk seorang anak, percayalah!
Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan).Perlaksanaan khitbah dalam Islam ada pelbagai cara sebagaimana di contohkan dalam sirah antaranya:
1) Khitbah melalui keluarga si gadis
2) Khitbah dengan menyampaikan secara lansung kepada si gadis, bukan walinya
3) Khitbah si gadis kepada lelaki soleh melalui orang tua atau kerabatnya atau dirinya sendiri
4) Khitbah secara sindiran semasa iddah.
Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang di rasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesuciaan ikatan.
Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina.
Laksanakanlah ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki.
Aisyah r.a menjelaskan,
“sesiapa di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.”(HR Ahmad). Oh, kaum hawa! Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat?.Oh, mudahnya kahwin itu rupanya jika ikut agama!
Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya?pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah, berdoalah pada Nya agar di permudahkan nikah buatmu.
“Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwin lah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yg tidak mampu maka berpuasalah .”(HR Bukhori).
Fatimah Syarha Mohd Noordin*

No comments:
Post a Comment