Sejambak Mawar
(Dr.'Aidh Abdullah Al Qarni)
Kuntum 1: ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta, dan menerima yang bertaubat
Kuntum 2: Prihatinlah dengan orang yang lemah, anada akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan di sembuhkan, jangan membawa kebenciaan anda akan di hargai
Kuntum 3: Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohon keampunan untuk mu , dan syurga telah menanti anda.
Kuntum 4: bersikap optimislah dalam hidup, berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah di kurniakan kepada anda.
Kuntum 5: Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seseorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginannya.
Kuntum 6: Contohi lah pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan jika di baling dengan batu, ia membalas dengan mengugurkan buahnya.
Kuntum 7: Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan?.Lantas apa guna anda bersedih?
Kuntum 8: Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.
Kuntum 9: Siramilah apa kebenciaan anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah membuat salah kepada anda.
Kuntum 10: Mandi, berwudhuk, memakai wangian dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan.
No comments:
Post a Comment