~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Saturday, February 12, 2011

Langkah bermula...

Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara…blog yang sudah hampir tak di jenguk lantaran kesibukan sejak kebelakangan ini. Alhamdulillah, langkah baru telah bermula...sebagai seorang pendidik.DIA Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Menghadiri temuduga sebagai Guru KPLI-Jqaf dan Guru Pendidikan Islam MRSM amat memberi seribu pengalaman pahit dan manis.Kepayahan itu akhirnya sampai ke penghujungnya.Pasti pengalaman yang tidak akan di lupakan dan ada hikmahnya..


Guru MRSM

Aku melewati tiap peringkat daripada ke Perlis(Ujian personality Guru/Pensyarah MARA),Penang (Micro Teaching) dan akhirnya ke KL(Temuduga)…destinasi terakhir untuk di uji dan di nilai.Pada minggu yang sama temuduga KPLI j-QAF di IPG Kampus Darul Aman. Jika hendak d bandingkan kedua-duanya temuduga Guru MRSM lebih menyenangkan dan mudah kalau Alhamdulillah…sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ku.Berkat doa mak dan ayah..akhirnya…..

Guru KPLI jqaf

Syukur di panjatkan kepada Ilahi..Aku berjaya dan di tawarkan sebagai Guru Pelatih(Pendidikan Islam) KPLI j-QAF di IPG Kampus Sultan Abd Halim, Sungai Petani Kedah. Selesai sudah 2 minggu Minggu pengurusan pelajar baru dan Taklimat Modul Kokurikulum Mod LPBS KPLI Jqaf. Ramai kawan2 di IPG Kampus Darul Aman, IPG yg lebih dekat dengan rumah. Tapi, aku di tempatkan di selatan kedah.Walaubagaimana pun, hati berbunga riang dan gembira dapat mengenali sahabat2 baru. Merasai suasana pembelajaran baru di IPG yang ternyata berbeza ketika di alam universiti. Terima kasih kepada semua rakan KPLI jQAF IPSAH ambilan Jan 2011...semoga kita di beri kekuatan dan semangat oleh NYA untuk memikulkan amanah mendidik anak bangsa dan berjaya menjadi seorang murabbi yang cemerlang di dunia dan akhirat..ameen…


Mod LPBS

Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah ada mod latihan bagi Guru Pelatih jQAF. Tempoh Kursus ini adalah selama 16 bulan. Kini setelah Modul, Model P&P dan segala skop pengajaran di dedahkan ketika minggu taklimat Pengajaran...Penempatan sekolah belum di ketahui. Insya Allah..akan mula bertugas pada 21hb Feb ini. KDC (kursus dalam cuti) akan di adakan pada tiap cuti sekolah.Interaksi pertama akan bermula Mac ini.

Sejak pengambilan guru jQAF di hentikan seketika pada tahun 2010, ambilan tahun ini mencecah 2000 orang lebih graduan pengajian Islam yang berjaya mendapat tempat di seluruh IPG di Malaysia.

Akhir kalam..salam juang buat semua rakan guru jQAF...kepada sahabat-sahabat semenanjung yang berada di IPG Sabah dan Sarawak...Moga terus diberi kekuatan..walau di mana kita di tempatkan...bersedialah, kuatkan semangat...selamat bertugas dengan penuh dedikasi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails