Begini lah..suasana kat lebuh raya bila tibanya musim balik kampung terutamanya cuti perayaan Aidil Fitri ataupun Tahun Baru Cina. Alhamdulillah, tahun ni ana berpeluang untuk balik awal seminggu sebelum Aidil Fitri. UIA bermula cuti raya 14hb-27hb.Awal seminggu sebelum orang ramai pulang bercuti ke kampung. Semalam pun dah ada yang pulang ke kampung, jika tak ada kelas hari jumaat. Insya Allah, ana akan bertolak pada pukul 11.15 malam nie, di hentian Duta. Betapa syoknya nak balik bercuti nie(",), setelah 2 bulan tidak pulang ke kampung. Minggu nie merupakan minggu yang terlalu sibuk dengan Mid Term Exam semua subjek...bermujahadah di bulan Ramadhan nie di samping banyak tugasan yang perlu di siapkan...jangan kerana berpuasa menjadi alasan kita untuk tidak bersemangat belajar dan menyiapkan semua kerja-kerja yang di berikan.
Pada musim perayaan yang bakal tiba nie, pihak PDRM.. setiap tahun akan melancarkan Ops Sikap dan menambah anggota Polis yang akan bertigas sepangjang musim perayaan ni. Malaysia merupakan negara yang paling tinggi jumlah kemalangan setiap tahun, angka yang terkorban makin meningkat apabila tibanya musim perayaan,Jangan kerana sikap kita ketika memandu..menyebabkan nyawa yang terkorban. Jangan biarkan Aidilfitri yg bakal disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran...bertukar menjadi tragedi dan di tangisi pemergiaan orang yang tersayang.Jumlah kemalangan Ops Sikap pada TAHUN 2008 (24/09/2008-08/10/2008) ialah 15,996 dengan jumlah kematian- 208 orang(Sumber: Web Rasmi PDRM).
Keletihan juga di kaitkan sebagai punca kemalangan, oleh itu selain memastikan kenderaan di dalam keadaan yang baik, pemandu juga mestilah berada di dalam keadaan yang baik dan stabil, pastikan mendapat rehat yang secukupnya sebelum memandu. Bersama-sama ini, ana kongsikan maklumat yang berguna untuk melancarkan perjalanan jauh nanti. Semoga dapat di manfaatkan bersama...
Tanda-tanda keletihan* Kerap menguap dan mengantuk
* Keliru dan pemikiran yang kabur
* Murung dan mudah baran
* Tindak balas dan reaksi yang lambat
* Khayal atau berangan-angan
* Sukar hendak membuka mata, terasa penat, sakit-sakit badan, mengawal stering sambil lewa
* Tidak nampak lampu isyarat atau papan tanda
* Gagal menumpukan perhatian
* Tidak dapat mengingat apa yang berlaku dalam tempoh beberapa minit atau beberapa saat lalu
* Badan atau kepala bergoyang-goyang kerana tersengguk-sengguk
* Kereta terbabas atau termasuk ke lorong lain
* Tersengguk-sengguk semasa memandu
* Peningkatan sensitiviti mata terhadap cahaya (tidak dapat menahan silau cahaya).
Pengurusan sendiri
* Perlahankan kereta anda
* Berhenti dan berehat di tempat yang sesuai
* Berbual dengan penumpang jika ada
* Pasangkan radio anda dan cuba menyanyi bersama-sama dengan alunan muzik yang dimainkan
* Turunkan tingkap kereta agar udara segar dapat masuk atau pasangkan penghawa dingin pada tahap maksimum
* Keluar dari kereta dan berjalan-jalan sekejap
* Berhenti sekejap untuk minum
* Berhenti rehat untuk mandi
* Bermalam dahulu sebelum memulakan balik perjalanan yang jauh
Amalkan tabiat baru
* Berhenti sekejap untuk berehat bagi setiap satu atau dua jam memandu
* Berkongsi memandu dalam perjalanan yang jauh dan pastikan anda berehat apabila sampai giliran bertukar pemandu
* Jika anda telah penat bekerja seharian, janganlah memandu untuk perjalanan yang jauh
* Sesekali biarkan udara segar memasuki kereta anda kerana kereta yang sentiasa tertutup boleh membuatkan anda mengantuk
* Rancanglah perjalanan anda dengan mengambil kira tempat-tempat persinggahan menarik yang boleh dilawati di sepanjang perjalanan
* Awasi tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin letih seperti sakit-sakit badan, mata terasa penat dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika memandu. Jika ini berlaku, berhenti dan berehatlah
* Rancanglah untuk bermalam di sesuatu tempat jika anda dalam perjalanan yang jauh
* Pastikan ubat-ubatan yang anda ambil tidak mempengaruhi keupayaan anda memandu. Dapatkan maklumat lengkap mengenainya daripada doktor atau pegawai farmasi.
(Dipetik dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan).
Pelbagai tindakan yang di lakukan oleh pelbagai pihak untuk mengurangkan jumlah kemalangan saban tahun, kempen, pertukaran waktu untuk setiap jenis kenderaan ,ceramah kesedaran dan lain-lain lagi. Walaubagaimana pun , sikap pemandu itu sendiri perlu berubah, tingkatkan kesedaran terhadap diri sendiri.akhir kalam.. sebagai seorang muslim janagn lupa membaca doa ketika naik kenderaan dan amalkan ayat kursi walau di mana kita berada.."pandu selamat jiwa selamat...ingatlah orang yang tersayang"
No comments:
Post a Comment