"Angah, cuba lah makan elok-elok...tak baik meniup minuman, biarlah sejuk sikit"tegur Adibah pada adiknya.
"Panas la along, angah kan batuk, berbuka tak boleh nak minum sejuk..."rungut Atikah...
Macam-macam keletah adik-beradik ni, bila dah tiba waktu berbuka...
Masa ni lah...macam nak melahap semua hidangan depan mata, ish-ish..kena kawal nafsu makan tu..di bulan puasa ni..jom kita ikut..panduan sunnah ketika berbuka.
MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA
Adalah sunnah mensegerakan berbuka puasa, kerana mengikut sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaih wa-sallam dan para Salaf as-Soleh yang menjunjung sunnah, mereka mengambil kelebihan (fadilat) berpuasa dengan mensegerakan berbuka (tidak melambat-lambatkan), iaitu “Setelah matahari terbenam, maka baginda terus berbuka”. Dan sunnah hukumnya melewatkan makan sahur sehingga menghampiri waktu fajar. Dalilnya adalah hadis-hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفِطْرَ
“Manusia akan sentiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka (puasanya)”. (HADIS RIWAYAT Bukhari 4/173. Muslim 1093)
لاَيَزَالُ الدِّيْنُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرِ ، لأَنَّ الْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُوْنَ
“Agama ini (Islam) akan sentiasa zahir selagi umat manusia menyegerakan berbuka puasa, kerana orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasara melambat-lambatkannya”. (HADIS RIWAYAT Abu Daud 2/305 dan Ibnu Majah 224, sanad hadis ini hasan).
لاَ يَزَالُ أُمَّتِيْ عَلَى سُنَّتِيْ مَالَمْ تَنْتَظِرُ بِفِطْرِهَا النُّجُوْمَ
“Ummatku akan sentiasa di atas sunnah selagi tidak melambatkan (menunda) puasanya sehingga terbit bintang”. (HADIS RIWAYAT Ibnu Hibban 891 dengan sanad yang sahih)
عَنْ عُمَر رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ مِنْ هَاهُنَا ، وَأَدْبِرَ النَّهَارُ مِنْ هَاهُنَا ، وَغَرَبَتِ الشَّمْسُ فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ
“Dari Umar radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Apabila malam telah menjelang dari arah sini dan siang telah berlalu dari arah sini, serta matahari pun telah terbenam, maka berbukalah orang yang berpuasa”. (HADIS RIWAYAT Bukhari 4/171- 199. Muslim 1100. Ahmad 4/381. Abu Daud 2352. Abdulrazzak 4/226).
DOA KETIKA BERBUKA PUASA
Antara waktu-waktu berdoa yang paling makabul (mustajab) atau diterima oleh Allah Azza wa-Jalla, ialah berdoa dimasa berbuka puasa. Sebagaimana hadis dari Abu hurairah radiallahu anhu, beliau berkata:
ثَلاَثٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ : الصَّائِمُ حِيْنَ يُفْطِرُ ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ
“Tiga orang yang tidak ditolak doanya: Orang yang sedang berpuasa diketika dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi”. (Hadis Riwayat Tirmizi 2528. Ibnu Majah 1752. Ibnu Hibban 2407)
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, diketika berbuka nescaya doanya tidak akan ditolak”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah 1/557. al-Hakim 1/422. At-Tayalisi 299. al-Busairi (2/81) mengatakan: Sanad hadis ini sahih dan rijalnya siqah)
ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ : دَعْوَةُ الصَّائِمِ ، دَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ
“Tiga jenis doa bagi orang yang berdoa akan dikabulkan (mustajab): Iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang sedang musafir”. (Lihat: ad-Du’afa 1/72. al-‘Uqaili)
Antara sebaik-baik doa yang boleh dibaca yang warid/tsabit dari Rasulullah s.a.w. ialah:
ذَهَبَ الظَّمَاءُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ ، وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ
“Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala insyaAllah”. (H/R Abu Daud 2/306. an-Nasii dalam Amalul Yaum wa-Lailah, 269. al-Baihaqi 4/239. al-Hakim 1/422. Menurut Imam ad-Daraqutni (2/185) sanad hadis ini bertaraf hasan)
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِيْ وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي ْ.
“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu, supaya memberi ampunan atasku.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah 1/557. Sahih menurut Al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Takhrij al-Adzkar, lihat Syarah al-Adzkar 4/342)
Moga di amalkan bersama..Insya Allah..(",)
No comments:
Post a Comment