~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Saturday, February 20, 2010

rumput..oh rumput..


Kisah sehelai rumput*


Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada guru. Ketika guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, bagaimana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita
Sayang?macamana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Ok, kamu ikut apa yang yang saya suruh.kamu pergi ke padang dan berjalan di atas rumput
Sambil memandang rumput di hadapan kamp, pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke
Belakang lagi walau pun sekali. Dan petik rumput yang paling cantik dan bawa ke kelas.


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun dengannya. Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang di pilih?

Pelajar : Tadi semasa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang Cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka   saya pun      terus berjalan ke hadapan
Sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang     lagi. Tapi sampai di penghujung
Padang,saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada yang di belakang saya tadi rumput
yang paling cantik tapi cikgu ada cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah
Rumput yang saya petik.

Cikgu: Ya , itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan orang yang kita
sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik daripada itu.kita patut hargai orang yang
berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku
tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling
kita sayang itulah yang paling Cantik dan paling baik. Walaupun nak di ikutkan banyak lagi
yang cantik dan baik seperti rumput tadi…

Mengapa manusia tidak pernah senang dan berpuas hati dengan apa yang di miliki? belajar lah untuk menghargai apa yang di anugerahkan kepada kita dan mensyukuri setiap pemberian Nya…Jika dia ialah seorang sahabat, suami atau isteri..terimalah kekurangan dan kelebihannya seadanya kerana kita saling melengkapi antara satu sama lain. Sesungguhnya, setiap manusia itu adalah sebaik-baik kejadian yang telah di ciptakan oleh Yang Maha Esa...


*Terima kasih kepada seorang sahabatku yang sudi berkongsi kisah sehelai rumput ini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails