~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Thursday, February 4, 2010

~permata hati ayah & Umi~

    
      Cuti pertengahan semester baru-baru ini, aku dapat meluangkan masa cuti di rumah kakak di Kulim.Walaupun hanya dua hari..saat bersama amat bermakna. Dek kerana terlalu rindukan kedua cahaya mata kakak, Kak Long..tiga tahun tujuh bulan dan Adik setahun tiga bulan..wajah dua anak kecil ini .Akhirnya dapat melepaskan rindu dan peluk cium dua orang anak buah ku ini. 
     Alifah seawal setahun sudah pandai memakai tudung- tudung yang comel, langsung tak merengek untuk tanggalkan dan ada suatu ketika Kak Long tertidur dengan bertudung...hehe, comel sekali. Jika aku ke kedai, pasti Kak Long akan ikut..mula lah Kak Long mencari tudung comelnya untuk di pakai.
"Lang, kak nak itut pi dai.." Alifah dengan pelatnya yang baru mula belajar untuk bercakap, lalu berlari ke bilik mencari tudung comelnya itu...aku tersenyum. "Jom, mak Lang nak bawak pi kedai ni..."
Benarlah kata pepatah meletur buluh, biarlah dari rebungnya..kalau dari buluh baru nak di lentur..patah lah buluh tu..sudah semestinya sudah terlambat. 
Inilah anugerah yang Maha Esa kepada setiap pasangan suami Isteri, anak-anak itu amanah yang tak ternilai harganya. Seawal kelahiran anak, Islam telah meletakkan panduan supaya mengazankan di telinga kanan dan mengqamatkan di telinga kiri, di berikan nama yang baik-baik kerana nama membentuk peribadi seseorang, mengtahnikan bayi dengan manisan dan melaksanakan Aqiqah sebagai tanda kesyukuran atas kurnian cahaya mata yang tak ternilai ini.
Imam Al Ghazali:
“Anak-anak merupakan amanah bagi kedua orang tuanya.Hatinya yang suci masih bersih tanpa ukiran dan gambar.Dia sedia di ukir dan cenderung kepada apa sahaja yang mempengaruhinya.Jika dia di biasakan dan di ajar kepada kebaikan, maka tumbuhlah menjadi anak yang baik”

Anak juga sebahagian daripada ujian daripada Allah. Allah menguji dari seawal kelahiran sehingga dewasa. Susah payah ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan anak kecil itu. Keringat si ayah untuk mencari rezeki tanpa rasa jemu demi keluarga tersayang.Sungguh mulia pengorbanan kedua insan ini.
Sedih dan kecewa apabila melihat bayi-bayi yang berdosa di buang dan di gugurkan kerana perilaku manusia yang menurut tuntutan nafsu. Tegar melakukan maksiat dan sanggup menggurkan anak yang tak berdosa itu.Indahnya Islam apabila menghalalkan sesuatu yang haram dan menggariskan segala panduan berpandukan landasan fitrah insani. Keluarga adalah institusi asas sesebuah masyarakat. Anak-anak soleh dan solehah yang di lahirkan daripada usrah yang mawaddah dan sakinah akan membahagiakan dan menyumbang untuk agama, bangsa dan negara. 
Firman Allah dalam surah al Furqan ayat 74 yang bermaksud:
"Dan juga mereka (yang di redhai Allah itu ialah orang) yang berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa"

Maka terbinalah Bait al Muslim yang akan sentiasa bersinar dengan cahaya sakinah dan mawaddah dan lahirnya mujahid dan mujahidah pembela agama yang bersemangat berjuang untuk menegakkan risalah nubuwwah...insya Allah(“,)...
waAllahu’alam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails