~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Saturday, February 6, 2010

..Jagalah Maruah & Doa pelindung..

      Doa yang boleh di amalkan oleh semua wanita supaya terhindar daripada terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dasyat lagi penderaan seks yang di akhiri dengan pembunuhan.

1) Hadis Riwayat Abu Daud, 4/323; Al Tirmizi, 5/465 dan Ahmad Tirmizi; Hasan

“Rasululllah s.a.w bersabda sesiapa yang berdoa: Dengan nama Allah yang tiada di mudaratkan sesuatu apapun dengan nama-Nya sama ada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui sebanyak tiga kali, maka dia tidak di timpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barang siapa membacanya ketika subuh tiga kali, dia tidak di timpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya.”

2) Hadis Riwayat Ibn Hibban, 3/298

“ Nabi bertanya: “Kenapakah kamu?. “ Lelaki itu menjawab. “Aku di sengat kala. “ Nabi berkata : “Sekiranya engkau membaca pada setiap petang: Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan makhluk,” nescaya yang sempurna daripada segala kejahatan makhluk, “ nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan di timpa musibah”

3) Doa yang di baca oleh Isteri Nabi Ibrahim, Siti Sarah. Doa ini menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri.

“Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa aku beriman kepadaMu dan rasul Mu, dan aku menajga kehormatanku hanya untuk suami ku, maka lindungilah aku daripada di kuasai oleh orang kafir dan zalim”

Riwayat al Bukhari, no 2104, 2/2722: Sunan Al Baihaqi, 5/97, Musnad Ahmad, 2/403: Fath al Bari, 6/393, Umdat al Qari, 12/30, Sahih.

Semoga ia dapat di amalkan oleh semua wanota muslimah, Cuma jangan lupa bahawa, doa ini bersifat tawassul (mempunyai hubungan) dengan amal soleh anda, iaitu apabila di ikat dengan imanya kepada Allah dan rasulNya.

Justeru, seolah-olah kemakbulan doa ini diikat tentang kewajipan untuk beriman dengan Allah dan Rasul Nya dan penjagaan aurat anda.Tanpanya, doa ini masih amat di galakkan untuk di lakukan, Cuma jaminan keberkatan doa lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menetapati apa yang sebenarya penampilan fizikal anda.


Sumber: Petikan daripada buku, Untukmu Umat..Membina keyakinan diri untuk kehidupan hakiki oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails