Tanggal 31 bulan 8 57..
Merdeka..merdeka tetaplah merdeka..ia pasti menjadi sejarah..
Mari kita seluruh warga Negara, ramai-ramai
menyambut hari merdeka..merdeka!
31 bulan 57 hari mulia..negaraku merdeka....
Kedengaran lagu nyanyian allahyarham Sudirman Hj Arshad acapkali tibanya tarikh bersejarah ini dan pastinya kita terbayang Penghibur nombor satu Asia itu memakai baju bendera Malaysia. Tahniah dan syabas kepada tanahair yang cinta kerana mencipta kejayaan sepanjang 52 tahun ini. Seharusnya kita berasa berbangga menjadi rakyat Malaysia dan bersedia untuk menyumbang sepenuh tenaga untuk kemakmuran Negara.
Tema
Tema pada tahun ini ialah 1 Malaysia, Rakyat di dahulukan…Pencapaian di utamakan, sempena misi Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Konsep 1 Malaysia yang bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan Perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Perpaduan teras kejayaan, sebagai rakyat Malaysia kita mempunyai kesedaran dan rasa tanggunjawab untuk sama membangunkan Negara tercinta. Sebagai sebuah Negara yang mempunyai multi budaya dan agama, nilai toleransi dan menghormati antara satu sama lain harus di semai di setiap jiwa individu.
8 prinsip 1 Malaysia
1) Budaya kecemerlangan
2) Ketabahan
3) Rendah diri
4) Penerimaan
5) Kesetiaan
6) Meritokrasi
7) Pendidikan
8) Intergriti
Nabi SAW pernah bersabda di dalam sebuah hadis yang menyatakan perumpamaan sebuah masyarakat seperti sebuah bangunan yang kukuh, yang mana kekuatan antara satu sama lain mempengaruhi kekukuhan tersebut. Islam mengajak manusia untuk mengenali antara satu sama lain dan memperkukuhkan perpaduan walaupun berbeza pandangan agama dan budaya.
Allah berfirman dalam surah al Hujurat, ayat 13 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman!kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian, Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.Sesungguhnya, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa”
Misi universal yang di tekankan di dalam Islam selari dengan fitrah kejadian manusia yang ingin hidup dalam keamanan dan sejahtera serta menyeru kepada al Falah dan mardhatillah.Ia Oleh itu pemerkasaan nilai moral peribadi perlu di tekankan dengan nilai akhlak mahmudah yang akan menjamin keharmonian sesebuah negara dan bangsa. Ketinggian aqal(ilmu pengetahuan) akan membawa sesuatu tamadun kepada martabat dan kejayaan yang tinggi, jika ianya berlandaskan nafsu maka kehancuran dan kebinasaan yang akan menjadi akibatnya.
Hikmah Ramadhan dalam menghargai sebuah Kemerdekaan
Alhamdulillah, kita berpeluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.Semoga amalan yang di lakukan akan di berkati. Bulan yang mulia yang mana ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dan madrasah untuk mendidik jiwa dan jasmani. Seharusnya kita mengambil ikhtibar di bulan yang barakah ini dan memahami erti kemerdekaan yang sebenar. Sempena bulan kemerdekaan yang jatuh pada bulan ramadhan ini, seharusnya kita menyedari akan hikmah ramadhan dan menginsafi diri akan nikmat kesejahteraan yang di kurniakan. Sepanjang bulan ramadhan kita di galakkan untuk bermuhasabah diri dan sentiasa berdoa, ini kerana doa orang yang berpuasa akan di perkenankan oleh Allah SWT.
Rasulullah ada bersabda yang bermaksud;
“Tiga golongan yang tidak akan di tolak doa mereka; Disebut antaranya ialah orang yang berpuasa sehingga dia membuka puasanya...”(riwayat al Tirmizi dan Ibn Majah)
Kita adalah generasi pasca merdeka yang merasai nikmat perjuangan tokoh-tokoh yang terdahulu. Betapa perit dan susahnya mereka berusaha dan berjuang untuk mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara. Hasil kejayaan yang di perolehi hendaklah di syukuri, janganlah kita menjadi insan yang takkabur dan sombong. Kita alpa dan leka atas kesenangan yang di beri dan tidak mensyukuri atas segala kejayaan yang di kecapi.
Firman Allah dalam surah Annisa’ ayat 147 yang bermaksud:
“Apa gunanya Allah menyeksa kamu jika kamu bersyukur (akan nikmatnya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan ingatlah Allah SWT sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya) lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)"
Oleh itu, madrasah Ramadhan mendidik kita menjadi insan yang sentiasa bermuhasabah diri dan mempertingkatkan nilai jati diri hamba yang taat dan patuh atas segala suruhan dan meninggalkan larangan. Sesungguhnya muhasabah diri adalah salah satu cara untuk mengubati jiwa.
Nabi SAW bersabda:
“Orang yang bijak dan pintar ialah yang menghisab dirinya dan beramal untuk selepas mati. Sementara orang yang lemah akalnya ialah sesiapa yang dirinya mengikut hawa nafsu dan menyerah kepada Allah semata-mata(tidak melakukan sesuatu terhadap nasibnya”( riwayat Ahmad ibn Hanbal)
Umar ibn al Khattab pula ada menyatakan:
“Hisabkanlah diri kamu sebelum kamu di hisabkan. Timbangkag diri kamu sebelum kamu di timbangkan kerana ianya lebih memudahkan ke atas kamu hisab pada esok hari(hari kiamat) jika kamu menghisabkan diri kamu pada hari ini”
Musabah diri menjuruskan kepada keinsafan dan refleksi diri. Oleh itu, Berpuasa bukanlah sekadar kita menahan lapar dan dahaga, tetapi segala anggota badan dan nafsu turut berpuasa. Ia menguji sejauh mana kita dapat menahan diri dan mengawal nafsu. Kita menjadi seorang yang bersyukur, sabar, turut merasai keperitan dan kesusahan orang. Keamanan dan kesejateraan yang di berikan selama 52 tahun ini adalah nikmat tidak terhingga yang Allah SWT kuniakan. Kekuatan individu bukan hanya di nilai oleh kuatnya zahiriyyah seseorang itu, tetapi kekuatan ruhiyyah yang mengangkat martabat seorang insan yang mana dirinya di pandu oleh aqal dan ilmu berlandaskan iman dan takwa yang akan mengawal emosi dan melahirkan peribadi yang unggul dan jitu dalam mendepani cabaran semasa dan mendatang.
“Individu tanpa agama dan keimanan adalah laksana ehelai bulu yang diterbangkan oleh hembusan angin yang tentunya tidak akan tetap pada suatu keadaan dan tidak akan mengetahui sesuatu arah, serta tidak akan menetap pada sesuatu tempat”
No comments:
Post a Comment