~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Monday, August 31, 2009

BUat MAwar Mujahidah


Yang sedang merindui jalan menuju Allah…..
“Sekali wanita tergoda, gugurlah sekuntum wardah di syurga…Sekali wanita ternoda, berdekah-dekahlah syaitan di neraka…”

Rasulullah SAW generasi itu telah tiada!
 Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita.
Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula daripada seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi. Bukan baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah wahyu ketika itu, strategi Rabbi…
Ucapan baginda tidak lahir dari nafsu, melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih & jiwa yangg fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan firah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh sanubari. Juga dengan jalan hujah dan ketenangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni. Bila mana ada pendebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bila mana mendapat tekanan, rintangan serta seksaan, berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. 

Firman Allah dlm surah Al-Nahl:125. Yang bermaksud:125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

Dengan rahmat & kurniaan Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah jemaah Islam pertama, jemaah Rasulullah SAW & para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang yg asing) di Mekah, kota kelahiran sendiri.
Golongan ghuroba’ inilah yg kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, i’zzah dan menjadi generasi terbaik umat ini. Mereka tak punya apa-apa,melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah terus berkembang & panjinya berkibat tinggi.
Jalan dakwah inilah yang telah ditunjukkan oleh Raulullah SAW sehingga Islamlah eluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi & Romawi, mencabut jahiliyah dari akar umbi.
Sabda Rasulullah SAW: 
“Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa & Al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari Al-Quran.”

Duhai akhawat sayang fillah, si mawar mujahidah, ketahuilah…..

Dalam kita langkah hidup ini, hanya ada 2 jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tak memilih jalan menuju Allah, pastinya kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri iaitu jalan syaitan & jalan kesesatan itulah jalan iblis
Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi, sentiasa berusaha menyucikan jiwa & hati, sementara org yang berjalan di atas jalan iblis, tiada sensitiviti dalam mengotori & menodai hati.
Masing-masing berusaha & bergerak, meniti waktu & hari, mendekati mati. Akhirnya masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana, ada perbzaan antara keduanya di alam abadi.

Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi.
Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tak mempunyai persiapan yang serius untuk menghadapinya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta & diri demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa perjumpaan itu!

Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hatinya yang jernih, fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang ikhlas denganNya.
Adakah amalan & akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dlm golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah!

Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada di atas jalanMu. Jgn sekali-kali Kau menapis kami dari jalanMu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati & mengubah sahsiah diri.




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails