8hb Julai 2009, Kerajaan telah mengumumkan Keputusan untuk memansuhkan PPSMI. Alhamdulillah, kerajaan telah menimbang sewajarnya pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah rendah dan menengah. Malah, Keputusan yang di umumkan juga menyatakan penekanan Penguasaan Bahasa Inggeris melalui penekanan tempoh pembelajaran Bahasa Inggeris dan menambah jumlah Guru untuk mengajar Bahasa tersebut. Tahniah di ucapkan kepada pihak kementerian kerana dapat menimbang sewajarnya. Bahasa Jiwa Bangsa, tindakan ini dapat memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seterusnya memperkasa jati diri bangsa, tanpa mengabaikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua terpenting. Terdapat reaksi daripada pelbagai pihak, antaranya...
Berita Harian, 9hb Julai 2009...
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, berkata langkah itu sesuatu yang ditunggu semua lapisan masyarakat. "Ia menunjukkan kerajaan peka terhadap tuntutan rakyat termasuk pejuang bahasa supaya dua subjek itu diajar dalam bahasa Melayu semula," katanya.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, berkata partinya bersyukur dengan keputusan itu kerana murid menghadapi kesukaran belajar dalam bahasa Inggeris dan dasar itu dilihat seperti tergesa-gesa ketika dilaksanakan.
"Kerajaan perlu peka kehendak rakyat sebelum sesuatu dasar itu diumumkan," katanya.
"Kerajaan perlu peka kehendak rakyat sebelum sesuatu dasar itu diumumkan," katanya.
Bagaimanapun, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata beliau terperanjat dengan keputusan Kabinet yang hanya memansuhkan PPSMI pada 2012. Katanya, beliau hairan mengapa PPSMI diteruskan lagi dalam tempoh tiga tahun sedangkan kerajaan mendakwa dasar itu tidak begitu berjaya selepas enam tahun dilaksanakan. Beliau berpendapat keputusan itu bukan penyelesaian mengatasi pelbagai isu berbangkit berhubung dasar PPSMI.
"Kerajaan perlu membuat keputusan berani, fleksibel dan ada pendekatan baru jika mahu meningkatkan kemampuan pelajar dalam subjek Matematik dan Sains supaya masa depan mereka tidak tergadai," katanya.
Lim juga berkata, masalah PPSMI di sekolah aliran Cina mungkin tidak begitu besar tetapi mungkin menjadi beban bagi sekolah aliran Tamil dan kebangsaan.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) boleh menjejaskan masa depan generasi muda. Beliau yang kecewa dengan keputusan itu bagaimanapun mengalu-alukan langkah Kementerian Pelajaran menambah bilangan guru bahasa Inggeris dalam usaha memantapkan lagi mata pelajaran berkenaan.
Walaubagaimanapun, keputusan yang telah di putuskan oleh kerajaan adalah terbaik untuk semua pihak setelah menimbang kebaikkan dan kelemahan PPSMI. Semoga sistem pendidikan negara terus maju dan melahirkan generasi yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan agama tanpa menggadaikan bahasa dan nilai bangsa.

No comments:
Post a Comment