Setelah 2 bulan menjalani Internship di PADPT, terasa sayu di hati nak berpisah dengan rakan-rakan dan staf2 di pejabat tue. Alhamdulillah, sepanjang dua bulan nie, byk pengalaman yg diperolehi…terutamanya working experience, Communcation skills with the public, administration of organization, pengurusan hal ehwal Islam di daerah dan lain-lain lagi . Jutaan penghargaan di berikan kepada semua staf-staf, Pegawai Agama..Tuan Syeikh Zainul Mukhtar, Tuan Haji Ahmad, Ustaz Harun, Ustaz Daud, K. Nab, K. Na, Abg Am, En. Nabil dan semua yg banyak membantu sepanjang tempoh internship nie.Jasa kalian tetap ku kenang…terima kasih yang tak terhingga. Dan tak lupa jugak pada sahabat-sahabat…Najihah, Mizah, Farhana (UKM) dan K.Kin(USIM). Saat dan kenangan terindah bersama kalian akan terpahat di hati dan ingatan ini. Salam rindu dan salam sayang buat kalian...semoga ukhuwah yg terjalin akan kekal selamanya. merasai alam pekerjaan bukan semudah yang di sangka, semoga pengalaman yg ana peroleh dapat di manfaatkan ketika menempuh alam pekerjaan nanti.
Syukran ya Ukhti Najihah..kata-kata yg indah ini..
Semusim yg lalu, tangan di hulurkan tanda persahabatan..
Terbinanya ukhuwah silaturaahim lalu kau titipkan
Arca kekuatan diri...lantas kau lagukan memori
Kenangan setiap detik dan waktu..
Ku layarkan doa agar kau bahagia di dunia dan akhirat
Hanya itu mampuku hulurkan pada sahabat teristimewa yg tiada gantinya..
Syukran ya Ukhti Najihah..kata-kata yg indah ini..
Semusim yg lalu, tangan di hulurkan tanda persahabatan..
Terbinanya ukhuwah silaturaahim lalu kau titipkan
Arca kekuatan diri...lantas kau lagukan memori
Kenangan setiap detik dan waktu..
Ku layarkan doa agar kau bahagia di dunia dan akhirat
Hanya itu mampuku hulurkan pada sahabat teristimewa yg tiada gantinya..
Buat Dr. Haslina Ibrahim yang banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan dan motivasi. Lecturer kesayangan yang ana anggap seperti kakak kandung sendiri…terima kasih Kak Has;). Kepada Dr Aldila..Deputy Director Alumni and Career Services IIUM…yang telah byk membantu dan bimbingan dalam tempoh Internship nie dan meluangkan masa melawat ana semasa dalam tempoh Internship...Thanks Madam!. Semester 1 akan bermula pada 13hb nie, kena siapkan report internship nie cepat-cepat, nanti dah balik sana, banyak lagi urusan kena laksanakan...lama bercuti ni, berat rasa nak kembali ke Taman Ilmu dan Budi. Walaubagaimanapun, perjuangan harus di teruskan...tanggugjawab dan amanah yang perlu di laksanakan. Hidup Biar Berjasa...(",)
No comments:
Post a Comment