BB : Break the Barriers(Pecahkan halangan) ....Mengeratkan ikatan
CC : Cash on Commonalities...... Mencetuskan pemikiran
(Tumpukan pada persamaan)
DD : Discuss the Differences...... Menggegarkan kepercayaan mereka
(Bincangkan Perbezaan)
EE : Evaluate your Efforts.......... Bimbingan tambahan
(Penilaian Usaha)
FF : Future Follow Up........ Membantu perhubungan
(Tindakan Susulan)
Satu formula yang menarik untuk dikongsikan bersama, baru-baru ini…pada 26 Jun 2009 yang lalu, ana berkesempatan menyertai Training of Trainers (TOT) ; Ke arah melahirkan para da’ie, yang di anjurkan oleh YADIM dan PERKIM Kedah dengan Kerjasama Yayasan Al Bukhori, ABIM, Hidayah Centre, PAKSI dan Persatuan Pondok Agama Kedah. Program sehari ini di adakan di Kompleks Yayasan Al Bukhori, A.Star. Alhamdulillah, banyak ilmu dan perkongsiaan pengalaman di berikan. Objektif program ini adalah melahirkan para daie yang dapat menyampaikan mesej dakwah islamiah kepada non muslim dan bagaimana membantu saudara baru. Slot-slot pengisian di kendalikan oleh Ustaz Kamaruddin Abdullah, seorang aktivis pendakwah yang sangat aktif menjalankan dakwah di kalangan non muslim dan membantu golongan yang baru mengenali Islam. Beliau merupakan Pengerusi IPSI (Islamic Propagation Society International/ www.ipsi.com.my/no.tel 04-227 4849 ) yang berpusat di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang. Slot-slot yang di sediakan lebih membincangkan tentang keperluan untuk berdakwah, bagaimana dan mengapa. Ustaz juga menyatakan berdasarkan pengalaman beliau, masyarkat muslim kini 90% mengalami krisis kurang keyakinan kepada agama. Tambahan pula, gerakan dakyah kristianisasi yang makin aktif menyebarkankan misi mereka melalui “contextualization” atau penyerapan budaya setempat. Ini lah yang membimbangkan kita. Apakah kita sedar atau tidak?apakah tindakan yang sewajarnya?. Masyarakat makin goncang imannya dan penyakit sosial yang makin serius. Ana tertarik pendekatan yang di sampaikan oleh Ustaz Kamaruddin, selepas sesi ceramah, peserta di kehendaki melakukan aktiviti praktikal dan perbincangan di dalam kumpulan. Peserta di minta melakonkan bagaimana seorang Muslim mendekati non muslim. Sebagai pelajar yang mempelajari ilmu Perbandingan Agama, ana berasa amat bertuah kerana perkongsiaan ilmu yang di berikan tidak dapat ketika di dalam kelas. Selama ini, apa yang di pelajari lebih kepada teori yang bersifat akademik. Tetapi, program ini,ia lebih menumpukan kepada teknik-teknik praktikal. Semoga ilmu yang diperolehi dapat ana aplikasikan dan bersedia untuk turun kelapangan membantu saudara-saudara baru dan menyampaikan mesej Islam yang bersifat universal dan sejagat. Islam is a way of my life...
No comments:
Post a Comment