~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Friday, July 10, 2009

Malukah kita??

       Malu bertanya sesat jalan…itu lah yang sering kita dengar apabila seseorang segan(malu) nak bersuara atau bertanya. Malah berat terasa berat mulut ni nak mengucapkan sesuatu padahal kita benar-benar ingin tahu. Masyarakat melayu terkenal dengan sifat sopan santun, tinggi dengan budi bahasa..ermmm mungkin juga pemalu orangnya. Benarkah pendapat orang, malu biar bertempat?sudah semestinya...melihat kepada keadaan. Islam sendiri telah menggariskan panduan sifat mahmudah bagi seseorang mukmin untuk membina sifat terpuji. Bahkan, bukan kah malu itu sebahagian daripada iman?. Sebagai seorang mahasiswa, sudah semestinya apabila sepanjang pensyarah memberi kuliah di dalam kelas, tidak semua ilmu yang di sampaikan dapat difahami dengan mudahnya. Kita di galakkan untuk bertanya. Tetapi pelbagai persepsi apabila bertanya...ada yang mengatakan..nak tunjuk pandai lah,nanti orang ketawa kan kita dan macam-macam lagi. Menuntut di UIAM, ana berpeluang berkenalan rakan-rakan daripada pelbagai negara. Tidak di nafikan, pelajar asing paling aktif di dalam kelas dan banyak bertanya. Mereka suka berhujah dan bertanya itu ini...Pelajar Melayu pula hanya mampu melihat dan mendengar(tidak majoriti). Sikap begini lah yang perlu di ubah. Takkan melayu mundur terkebelakang...betul tak?(sama-sama fikirkan). Malu tidak menghasikan sesuatu kecuali kebaikan. Jadi, malu yang bagaimana?

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah Ibn ‘Amru al Ansari al Badri r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu”(Hadis Riwayat al Imam al Bukhori.

Pengajaran Hadis:

1) Malu adalah sifat mahmudah atau sifat yang terpuji. Sifat yang menjadi warisan dan akhlak para Rasul, anbiya dan malaikat al Muqarrabin.

2) “....Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu...”bukanlah satu suruhan atau perintah supaya melakukan, sebaliknya dikira sebagai tahdid (kecaman) supaya menjauhi dan meninggalkan sikap “tidak malu” yang menjadi lemahnya iman seseorang.

3) Sifat malu bersandarkan iman sebagai perisai dan benteng bagi seseorang muslim daripada melakukan maksiat.

4) Sifat malu yang terpuji di bahagikan kepada dua bahagian :
a) Yang boleh di usahakan, malu yang di latih hingga menjadi pakaian diri. Makriifatullah adalah satu kaedah untuk melatih diri untuk malu yang terpuji. Mengenal Allah dan merasai muqarabah dengan Nya. Kita merasai diri sentiasa di pantau dan di awasi.

b) Yang tidak boleh di usahakan, malu fitrah yang di berikan Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

5) Malu yang di cela (mazmumah), malu yang tidak menepati syarak, seperti malu bertanya tentang agama. Misalnya, malu bertanya tentang cara beribadat dan malu melakukan perintah Allah, seperti malu untuk menutup aurat. Demikian juga malu melakukan kebaikan, ia adalah malu yang di cela dan di larang oleh agama.

6) Malu salah satu sifat utama mukmin kerana ia sebahagian iman. Malu dan iman adalah berpasangan. Apabila salah satu daripadanya hilang maka keduanya turut hilang.

7) Sejarah peradaban membuktikan bahawa keinginan nafsu manusia itu amat tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan penghayatan sifat malu sahaja, mereka mampu membendung dan menjurusnya kearah kemuliaan.

8) Malu yang sejati ialah malu yang di dorong perasaan iman kepada Allah.


     Oleh itu, inilah malu yang sepatutnya bagi setiap muslim untuk mencapai kemuliaan seseorang mukmin. Semestinya kita ingin di pandang mulia di pandangan Allah. Bentuk lah peribadi yang terpuji yang akan menjadi perisai daripada melakukan noda dan dosa, semoga hasilnya dapat di tuai di Syurga Abadi di kemudian hari..insya Allah. Renung-renungkan dan selamat beramal(“,).

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails