~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Thursday, June 4, 2009

segaris bicara warna wanita


SEGARIS BICARA WARNA WANITA

Segaris pelangi di ufuk senja
Menjalur dalam tujuh warna
Berselang cantik
Mengerdip indah bak kejora di dada
Langit malam
Begitulah semarak sering mengulit
Kehidupan wanita
Yang putih bagi salju itu adalah setia
Dan ikhlasnya
Sepeti Saidatina Khadijah terhadap Nabi Muhammad S.A.W
Namun merah saga menyala adalah keberanian tanpa tanding
Bagaikan Safiah Abdul Muthalib di
Perang Khandak
Sekali menerobos ruang kehidupan
Yang ada hanyalah terus
Mara ke hadapan
Hijau kuning adalah rona dedaun
Makmur yang sering kau gembur
Laksana Ain Zubaidah dengan
Pembinaan tali airnya di wadi tandus
Tanah haram
Kerana tekad dalam dirimu bahawa
Kehidupan ini harus diadun taat
Bersama setia
Taat kepada si Pencinta dan RasulNya
Umpama Rabiatul Adawiyah buat Allah yang Esa
Sayang korbannya pula buat
Ayah bonda tercinta
Yang hanya menyulam setia buat
Seorang lelaki bernama suami
Seperti Fatimah puteri Rasulullah
Inilah palitan warna dalam hidup hawa
Tercipta dari tulang rusuk Adam khalifah di
Bumi semilir bayu petang adalah kota rasa bahagianya
Memintal erat dalam rona biru
Cinta yang hangat menyala
Membakar padang perjuangan hanya
Bertunjangkan syariat….

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails