"Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sesungguhnya ALLAH bersama orang yang berusaha membaiki amalannya" (Surah al Ankabut, 29:69)
~salam pembuka bicara~
Sunday, June 7, 2009
Malam Pertama Di Dalam Kubur….
Buku yang menarik untuk tatapan bersama, Dr. ‘Aidh Abdullah Al Qarni penulis buku Best Seller ‘Jangan Sedih’ kembali berkongsi menulis bahan ilmiah untuk panduan hidup mukmin. Selepas kejayaan buku La Tahzan, Dr mengeluarkan buah idea untuk di kongsi bersama. “Khutbah Motivasi Terbaik’. Dr ‘Aidh berpendapat di antara hikmah khutbtah boleh membuatkan seorang pengecut menjadi berani, menghibur orang bakhil menjadi dermawan, daripada fikiran negatif menjadi insan positif. Namun, kita boleh menilai sendiri bagaimana kesan khutbah yang di baca oleh khatib pada setiap hari jumaat dan apakah masyarakat mengambil intipati yang di sampaikan sebagi panduan hidup?atau sekadar tertidur sementara menunggu waktu solat Jumaat dan tidak kurang juga mengambil peluang untuk bersembang dengan rakan di kala khutbah sedang di sampaikan. Di sini, saya tertarik untuk berkongi khutbah yang pertama di dalam buku ini. Setiap hari, berapa kali kita mengingati mati?sejauh mana kita bersedia untuk menghadapinya?...tepuk dada, tanyalah iman.
Wahai akhawat sekalian, ingat dan bersyukurlah nikmat Islam dan Iman yang di perolehi. Kita di lahirkan sebagai Islam dan mati pun sebolehnya di dalam keimanan..Insya Allah. Itu lah sebaik-baik mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Khaliqnya. Allah berfirman Al Imran, ayat 102, yang bermaksud;
“ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa kepadaNya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan di dalam keadaan beragama Islam.”
Dr. ‘Aidh menyatakan bahawa, dua malam yang selalu di ingati dan di ingini dalam khayalan setiap muslim iaitu malam yang ketika mana dia dapat bergurau senda bersama isteri dan kaum keluarga. Dia akan berasa bahagia dan keadaan yang senang serta tenteram, manakala malam kedua ialah di saat dia terpisah dari tempat tidur biasa dan beralih ke liang lahad yang menjadi tempat tidurnya sementara menanti tibanya masa untuk berhadapan dengan Tuhannya di hari perhitungan nanti. Membayangkan malam pertama di dalam kubur, para ulama akan menangis dan orang-orang bijak akan mengeluh. Adakah cukup persediaan menghadapi malam pertama itu?
Allah berfirman, yang bermaksud:
“Kemudian mereka di kembalikan kepada Allah SWT penguasa mereka yang sebenarnya. Ketahuilah bahawa segala hukum (pda hari itu) adalah kepunyaan-Nya. Dan Dialah Pembuat perhitungan yang paling cepat” (Al An’am :62)
Dalam khutbah ini, Dr ‘Aidh kembali mengingatkan kepada semua supaya mempersiapkan pelita di dalam kubur kita pada malam pertama. Tidak anda yang dapat menerangi kubur kecuali amal soleh setelah beriman kepada Allah SWT. Inginkah kita?malam pertama di tempat tidur yang baru berada di dalam gelap gelita. Sedikit bekalan yang di bawa, maka gelaplah di malam pertama itu. Jika, bekalan yang di bawa banyak, damailah kita sehingga di hari Pertemuan dengan-Nya nanti.
Apakah yang telah kita sudah bersedia untuk mengahadapi malam itu, Nabi SAW mengatakan: “ Kubur itu dapat menjadi salah satu taman yang ada di syurga dan dapat pula menjadi salah satu lubang yang ada api neraka”(di sebutkan oleh Tirmizi; Hadith Gharib).
Dr. Aidh ada menyatakan, Uthman bin Affan apabila menghantar jenazah selalu menangis sehingga pengsan dan kaum muslimin membawanya ke rumahnya seperti mayat. Pada suatu waktu mereka berkata kepada Uthman: “ Ada apa dengan kamu? Dia berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Kubur adalah persinggahan akhirat pertama”. Maka, apabila seorang hamba selamat daripadanya, maka dia akan berbahagia, akan tetapi apabila dia di azab di dalamnya na udzu billah min dzaliki maka dia akan mengalami kerugian pada seluruh akhiratnya
Di khutbah yang kedua, Dr. Aidh menerangkan Allah tidak membeza-bezakan darjat seseorang ketika hidupnya. Demi Allah SWT, manusia itu akan meninggalkan kerajaan, istana, bala tentera dan seluruh harta bendanya. Dia hanya mengenakan kain kafan yang membaluti tubuhnya.
Allah berfirman di dalam surah Ar Rum, ayat 6-7 yang bermaksud:
“(Sebagai) janji yang sebenar-benarnya daripada Allah SWT. Allah SWT tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Mereka hanya mengetahui yang zahir (saja) daripada kehidupan dunia sedangkan mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.”
Oleh, wahai saudara-saudaraku seakidah, adakah kamu sudah melakukan persiapan untuk malam pertama di dalam kubur?ingatlah ajal itu tidak mengira tua dan muda.
Di kala selamat di kebumikan, maka datang penyambut tempat tidur malam pertamamu, lalu bermulah sesi soal jawab bersama mereka. Selamat tinggat buat selamanya...isteri, anak-anakmu, sanak saudara, rakan taulan dan hartamu di dunia kecuali doa anak soleh, sedekah dan amal jariah dan ilmu yang kamu ditinggalkan untuk di manfaatkan.
Pergi tak Kembali
Oleh: Rabbani
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan di tinggalkan
Hanya amalan yang di bawa
Terdengar sayup surah di baca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada..lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jaid bekalan
Sejahtera bahagia pulang..ke sana
Sekujur badan selimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirm
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad di mamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diriingi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Labels:
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment