~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Tuesday, October 18, 2011

:.Di bawah lindungan NYA:.



Catatan Naurah:.
**Tarikh:18 Oktober 2011, tempat: bilik gerakan SKLMS,Aktiviti: Mesyuarat Guru.Aku menerima lebih dua kali panggilan daripada adik ku, Dia bertugas di Hospital Langkawi sebagai Juru Teknologi Makmal Perubatan di Jabatan Patologi.
Sms: aku nyaris accident!!traumaa..
sms: Ya Allah!apa dh jadi??
Selesai menyuarat, aku terus mendail dan bercakap dengan dia, adik ku masih lagi dalam suara yang berkeadaan trauma. Pulang dari lunch hours, on d way balik ke hospital, kereta dia hampir terbabas kerana kereta Pajero di lorong kanan merempuh tiang lampu. Kejadian ngeri itu terjadi betul-betul depan mata. Keadaan pemandu amat teruk!
** Alhamdulillah..adik, diri mu dalam peliharaNYA.Buat kali pertama, sejak setahun memiliki kereta sendiri...pengalaman ngeri itu di alami.Ini sebagai peringatan untuk diri sendiri..supaya lebih berhati-hati ..malang tak berbau.walaupun kadang-kadang bukan daripada kesilapan kita.Oleh itu, ingatilah dan sentiasalah berdoa kepada NYA supaya di jauhkan daripada sebarang kecelakaan..in sha Allah..semoga kita sentiasa di lindungi oleh NYA.....ameenn...


Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Peliharalah ALLAH, nescaya engkau akan dapati NYA di hadapan engkau.Kenalilah ALLAH ketika senang, nescaya DIA akan mengenali engkau ketika susah.Ketahuilah bahawa apa-apa yang di takdirkan tidak menimpa mu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu, ia bukan tersilap menimpamu. ketahuilah kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas daripada kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan "(Riwayat Al Tabarani)





















No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails