~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Thursday, October 20, 2011

:.Bingkisan Hati:.


Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah..hujan yang mula turun sepanjang 3 hari ini, setelah 2 minggu lebih cuaca yang agak panas. Syukur, siap menanda kertas peperiksaan PKSR 2 2011, sekali siap untuk di "key in dalam web SAPS.Tinggal lebih kurang 3 minggu lagi untuk menghabiskan sesi persekolah 2012. Seperti biasa, guru dalam latihan seperti kami ni, kena lah pulang ke kampus IPGM untuk menghadiri kuliah dalam cuti (KDC).Kembali bermain dengan nota-nota, tugasan pensyarah, bergelumahg di padang untuk GERKO dll. Pejam celik...hampir sembilan bulan aku di tempatkan di SK Lelaki Methodist Sentul, Kuala Lumpur. Masih berbaki 7 bulan untuk menghabislkan pengajian KPLI.

**Untuk sahabat-sahabat KPLI di luar sana, teguhkan tekad!ayuh!motivasi kan diri..bebanan kerja dan tugas di sekolah bukan alasan untuk tidak menyiapkan tugasan yang di berikan.

**Setahun sudah bergelar graduan UIAM, apabila melihat gambar-gambar adik-adik dan sahabat-sahabat yang bergraduasi pada Majlis Konvokesyen kali ke 27 UIAM baru-baru ini, teringat kembali saat-saat bersejarah itu. Kita adalah produk Taman Ilmu dan Budi. Kita adalah amanah untuk ummah. Tanggungjawab kita sebagai khalifah di lapangan dakwah tidak terhenti di dunia kampus sahaja . Laksanakan lah amanah itu.
Bila dah habis belajar, mula lah mencari peluang kerjaya. In sha Allah..yakin lah dengan rezeki daripada Allah.Apa yang pentinga ada usaha, ikhtiar dan berdoa. Yakin lah dengan janjiNYA. Jangan mudah mengalah.
Firman Allah yang bermaksud: " Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang kafir" (Surah Yusuf: 87)

Teringat perbualan ini:

** "Mudah ya, tak sampai setahun grad, dah dapat keja.Akak dulu berkali-kali mohon KPLI, pi interview sana sini" kata seorang kakak yang aku kenali selepas dapat KPLI j-QAF. "Alhamdulillah, kak.rezeki dari NYA...syukur.tak sangka juga sebab masa MTest dan interview sangat susah.ada kenangan pahit saya masa nak pi interview kat IPGM Darul Aman bulan November tahun lepas" "Aha, kan rezeki awak lah kan....alhamdulillah, DIA uji awak nak tengok sejauh mana awak bergantung harap padaNYA"

** Dalam bulan oktober dan november tahun lepas, saya menghadiri dua proses kelayakan di dalam bidang pendidikan (KPLI & GURU MARA). Kedua-duanya sangat mencabar. KPLI perlu melalui dua peringkat.Manakala, GURU MARA 3 peringkat yang sangat mencabar (Ujian bertulis, Microteaching, Temuduga). Alhamdulillah, rezeki yang tak di sangka-sangka, kedua-dua berjaya. Istikharah memberi petunjuk..DIA tahu apa yang terbaik untuk kita...=)

**Perkongsian pengalaman yang di kongsikan dengan graduan baru di luar sana: bersiap sedialah dengan cabaran di dunia kerjaya.Manfaatkan ilmu yang ada. Setinggi mana CGPA anda bukan ukuran, yang penting kualiti.Jika anda datang dengan pakej yang lengkap (CGPA tinggi, nilai-nilai kepimpinan, kemahiran komunikasi yang baik dll) CGPA tinggi adalah bonus untuk anda.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SELEPAS BERGRADUASI ?
- Manfaatkan masa yang ada untuk cari peluang pengalaman bekerja sementara dapat jawatan tetap, isi masa dengan melibatkan diri dengan aktiviti jemaah, NGO.
- Rajin-rajinkan diri untuk menolong ibu di dapur, belajar memasak (Untuk perempuan..=) )
- Jika belum mempunyai lesen kenderaan (silalah berbuat demikian)
- Siapkan sijil-sijil, buat salinan dan pengesahan.
- Ilmu & teknik@tips2 menghadiri Temuduga
- Sentiasa "alert" dengan iklan Jawatan kosong (Daftar di JobsMalysia, SPA)
- Jika ingin menyambung Sarjana, buat kaji selidik bidang dan IPTA yang ingin memohon
- Solat Hajat, Solat Sunat Dhuda (amalan harian..in sha Allah), doa+tawakkal.

Pesanan juga buat adik-adik yang masih berada di dunia kampus, manfaatkan peluang dan ruang anda di Universiti. Universiti bukan dunia untuk anda menelaah buku, menyiapkan tugasan pensyarah, bersuka ria dengan kawan-kawan. Dunia kampus adalah madrasah yang perlu di gali ilmu dan pengalaman sebanyak yang mungkin.



#Selamat menduduki Mtest pada semua yang layak. pada hari sabtu ni Persiapkan diri!Insha Allah..semoga di permudahkan segalanya.

Firman Allah SWT yg bermaksud:"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar.Dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” ( 65:2-3)

3 comments:

  1. tol suggestion dr cik syida tuh,,,para fresh graduate b'usahalah m'cr pluang dan ruang ;-)dan kpd kwn2 KDC mg allah permudahkan usaha kita utk complete our assgmnt yg btimbun2 tu yer insyaallah.

    ReplyDelete
  2. kak kin:thank u for ur support....in sha Allah..moga Allah permudahkan urusan kita..:),ehem2...bila nk kenduri

    Fa: me too...really miss u dear...i'm hepi when u hepi..:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails