~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Thursday, October 20, 2011

:.Bingkisan Hati:.


Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah..hujan yang mula turun sepanjang 3 hari ini, setelah 2 minggu lebih cuaca yang agak panas. Syukur, siap menanda kertas peperiksaan PKSR 2 2011, sekali siap untuk di "key in dalam web SAPS.Tinggal lebih kurang 3 minggu lagi untuk menghabiskan sesi persekolah 2012. Seperti biasa, guru dalam latihan seperti kami ni, kena lah pulang ke kampus IPGM untuk menghadiri kuliah dalam cuti (KDC).Kembali bermain dengan nota-nota, tugasan pensyarah, bergelumahg di padang untuk GERKO dll. Pejam celik...hampir sembilan bulan aku di tempatkan di SK Lelaki Methodist Sentul, Kuala Lumpur. Masih berbaki 7 bulan untuk menghabislkan pengajian KPLI.

**Untuk sahabat-sahabat KPLI di luar sana, teguhkan tekad!ayuh!motivasi kan diri..bebanan kerja dan tugas di sekolah bukan alasan untuk tidak menyiapkan tugasan yang di berikan.

**Setahun sudah bergelar graduan UIAM, apabila melihat gambar-gambar adik-adik dan sahabat-sahabat yang bergraduasi pada Majlis Konvokesyen kali ke 27 UIAM baru-baru ini, teringat kembali saat-saat bersejarah itu. Kita adalah produk Taman Ilmu dan Budi. Kita adalah amanah untuk ummah. Tanggungjawab kita sebagai khalifah di lapangan dakwah tidak terhenti di dunia kampus sahaja . Laksanakan lah amanah itu.
Bila dah habis belajar, mula lah mencari peluang kerjaya. In sha Allah..yakin lah dengan rezeki daripada Allah.Apa yang pentinga ada usaha, ikhtiar dan berdoa. Yakin lah dengan janjiNYA. Jangan mudah mengalah.
Firman Allah yang bermaksud: " Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang kafir" (Surah Yusuf: 87)

Teringat perbualan ini:

** "Mudah ya, tak sampai setahun grad, dah dapat keja.Akak dulu berkali-kali mohon KPLI, pi interview sana sini" kata seorang kakak yang aku kenali selepas dapat KPLI j-QAF. "Alhamdulillah, kak.rezeki dari NYA...syukur.tak sangka juga sebab masa MTest dan interview sangat susah.ada kenangan pahit saya masa nak pi interview kat IPGM Darul Aman bulan November tahun lepas" "Aha, kan rezeki awak lah kan....alhamdulillah, DIA uji awak nak tengok sejauh mana awak bergantung harap padaNYA"

** Dalam bulan oktober dan november tahun lepas, saya menghadiri dua proses kelayakan di dalam bidang pendidikan (KPLI & GURU MARA). Kedua-duanya sangat mencabar. KPLI perlu melalui dua peringkat.Manakala, GURU MARA 3 peringkat yang sangat mencabar (Ujian bertulis, Microteaching, Temuduga). Alhamdulillah, rezeki yang tak di sangka-sangka, kedua-dua berjaya. Istikharah memberi petunjuk..DIA tahu apa yang terbaik untuk kita...=)

**Perkongsian pengalaman yang di kongsikan dengan graduan baru di luar sana: bersiap sedialah dengan cabaran di dunia kerjaya.Manfaatkan ilmu yang ada. Setinggi mana CGPA anda bukan ukuran, yang penting kualiti.Jika anda datang dengan pakej yang lengkap (CGPA tinggi, nilai-nilai kepimpinan, kemahiran komunikasi yang baik dll) CGPA tinggi adalah bonus untuk anda.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SELEPAS BERGRADUASI ?
- Manfaatkan masa yang ada untuk cari peluang pengalaman bekerja sementara dapat jawatan tetap, isi masa dengan melibatkan diri dengan aktiviti jemaah, NGO.
- Rajin-rajinkan diri untuk menolong ibu di dapur, belajar memasak (Untuk perempuan..=) )
- Jika belum mempunyai lesen kenderaan (silalah berbuat demikian)
- Siapkan sijil-sijil, buat salinan dan pengesahan.
- Ilmu & teknik@tips2 menghadiri Temuduga
- Sentiasa "alert" dengan iklan Jawatan kosong (Daftar di JobsMalysia, SPA)
- Jika ingin menyambung Sarjana, buat kaji selidik bidang dan IPTA yang ingin memohon
- Solat Hajat, Solat Sunat Dhuda (amalan harian..in sha Allah), doa+tawakkal.

Pesanan juga buat adik-adik yang masih berada di dunia kampus, manfaatkan peluang dan ruang anda di Universiti. Universiti bukan dunia untuk anda menelaah buku, menyiapkan tugasan pensyarah, bersuka ria dengan kawan-kawan. Dunia kampus adalah madrasah yang perlu di gali ilmu dan pengalaman sebanyak yang mungkin.



#Selamat menduduki Mtest pada semua yang layak. pada hari sabtu ni Persiapkan diri!Insha Allah..semoga di permudahkan segalanya.

Firman Allah SWT yg bermaksud:"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar.Dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” ( 65:2-3)

Tuesday, October 18, 2011

:.Di bawah lindungan NYA:.



Catatan Naurah:.
**Tarikh:18 Oktober 2011, tempat: bilik gerakan SKLMS,Aktiviti: Mesyuarat Guru.Aku menerima lebih dua kali panggilan daripada adik ku, Dia bertugas di Hospital Langkawi sebagai Juru Teknologi Makmal Perubatan di Jabatan Patologi.
Sms: aku nyaris accident!!traumaa..
sms: Ya Allah!apa dh jadi??
Selesai menyuarat, aku terus mendail dan bercakap dengan dia, adik ku masih lagi dalam suara yang berkeadaan trauma. Pulang dari lunch hours, on d way balik ke hospital, kereta dia hampir terbabas kerana kereta Pajero di lorong kanan merempuh tiang lampu. Kejadian ngeri itu terjadi betul-betul depan mata. Keadaan pemandu amat teruk!
** Alhamdulillah..adik, diri mu dalam peliharaNYA.Buat kali pertama, sejak setahun memiliki kereta sendiri...pengalaman ngeri itu di alami.Ini sebagai peringatan untuk diri sendiri..supaya lebih berhati-hati ..malang tak berbau.walaupun kadang-kadang bukan daripada kesilapan kita.Oleh itu, ingatilah dan sentiasalah berdoa kepada NYA supaya di jauhkan daripada sebarang kecelakaan..in sha Allah..semoga kita sentiasa di lindungi oleh NYA.....ameenn...


Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Peliharalah ALLAH, nescaya engkau akan dapati NYA di hadapan engkau.Kenalilah ALLAH ketika senang, nescaya DIA akan mengenali engkau ketika susah.Ketahuilah bahawa apa-apa yang di takdirkan tidak menimpa mu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu, ia bukan tersilap menimpamu. ketahuilah kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas daripada kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan "(Riwayat Al Tabarani)





















Monday, October 17, 2011

:.uJiAN ciNTa:.



♥♥ Ujian CINTA itu BERAT..jika ujian cinta itu MENJALAR dalam segenap HIDUP manusia sepanjang zaman, takkan dua SUMBER yang agung ini (Al-Quran dan Sunnah) tidak memberi PANDUAN tentangnya? Panduan untuk MENGURUSKANNYA bukan untuk MEMBUNUHNYA..masakan Islam agama yang FITRAH mahu membunuh fitrah? ♥♥

Islam MEMANDU kita untuk menyalurkannya secara MULIA, TERHORMAT dan BERMARUAH..bersama dengan ...REDHA Allah..

✿~..Indahnya cinta jika BERSYARIAT..indahnya cinta jika ada KEBERKATAN, indahnya cinta jika BERKEKALAN KE SYURGA..indahnya cinta jika BUKAN DORONGAN NAFSU SEMATA...indah lagi cinta jika kita MELETAKKAN AL WADUD sebagai CINTA UTAMA..✿ܓ

Ya Allah..jadikanlah hati-hati ini, hati yang IKHLAS mencintaiMu..
Sesungguhnya kami TAKUT akan SYIRIK CINTA..
Bimbing kami ya Allah..♥♥

Keinsafan diri...




DISAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI

BAK LAUTAN BERGELOMBANG
SIANG MALAM PAGI JUGA PETANG
MENGHARAPKAN KETENANGAN
DARI TUHAN YANG ESA

BETAPA RIMBUNNYA DOSAKU
SEMUA TERLAKAR DILEMBAH USIAKU
SALAH DAN SILAP DIMASA YANG LALU
KINI KU SESALI

KU TIDAK LAYAK KESYURGAMU
NAMUN TAK SANGGUP KE NERAKAMU
KUTUNDUK SUJUD MERENDAH DIRI
KEMBALI PADAMU

CHORUS....

KU TETAP SETIA
PADAMU OH TUHANKU
AKAN KU PATUHI SEGALA
SURUHANMU

AKAN KU JAUHI
SEGALA LARANGANMU
ITULAH TANDA CINTA
CINTA ILAHI

Saturday, October 15, 2011

s.u.c.c.e.s.s


7 secrets of sucess in your room itself.


1. Roof says aim high.
2. Fan says be cool.
3. Clock says every minute is precious.
4. Mirror says reflect before you act.
5. Window says see the world.
6. Calender says be update.
7. Door says push hard to achieve your goals.

Thursday, October 13, 2011

DIA sebaik-baik Penolong...


Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US.


... KENAPA TAK ROGOL SAYA???

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

**Kisah yang saya ambil kt note FB's friends.
Kisah yang menarik untuk di jadikan panduan...sama-sama kita mengambil keberkatan ayat Kursi. Peringatan untuk diri saya dan sahabat-sahabat di luar sana, terutamanya wanita.

*** Pada satu malam, terasa malas pulak nak masak malam ni, bersama dengan dua kawan serumah pergi lah makan kat atas Pasar Bandar Baru Sentul, jalan kaki je dari rumah. Pak cik yang berniaga air datang menegur..memandangkan kami ni pelanggan setia kat gerai makan sebelahnya.
"Korang ni stay kat mana?Sri Perak ke ( Pangsapuri depan masjid Amru al Asr, Bandar Baru Sentul)?"
"Tak lah pak cik, kami dok kat blok 57 sebelah surau Al Islah..."
"Ooo..sama lah kita, pak cik kat blok 67..."
"Korang ni cikgu ke?"
" Ya, saya di Methodist Boy dan lagi dua orang ni..Covent Sentul 1"
"Hati2 la ye..dok kt area sentul ni, macam2 kes...jenayah pun tinggi kat sini..dah lama pak cik kat..sejak tahun 1984...."
Kami bertiga amat menghargai tiap nasihat dan perkongsiaan pak cik ni, banyak jugak dia ingatkan.
Dia lebih tahu di sini, berbanding dengan kami bertiga yang beberapa bulan menetap di sini.

**Berulang alik ke sekolah dengan berjalan kaki, bukan lah menjadi halangan, ini kerana jarak rumah dan sekolah kurang 1km.
Kawasan parking kereta LRT Sentul yang agak sunyi terutamanya ketika pulang dari sekolah. Beberapa bulan yang lepas, hangat kes simbah asid, kes ragut pun tinggi di kawasan ni.
[Perbualan saya dengan seorang murid tahun 5M]
Murid: Saya risau la tgk ustazah balik jalan sorang2..hati tau..malam semalam ada kes ragut dekat rumah saya..blok 25...
Ustazah:In sha Allah...ustazah akan sentiasa beringat, DIA ada bersama-sama kita..^___^

Setiap kali kaki melangakah dari rumah, ayat kursi & doa keluar rumah pasti di sematkan di dalam hati...In sha Allah..semoga di bawah jagaanNYA...

cukuplah ALLAH sebagai Penolong kami dan DIA adalah sebaik-baik Pelindung...

Wednesday, October 5, 2011

IPGKSAH B.I.G 26-29 SEPT 2011


khemah kami yang di landa ribut pada jam 5pagi....:)

Sg Petani 26, sept 2011- Pada jam 7.30 pagi, seramai 62 peserta bertolak ke Kg Telaga Batu, Empangan Beris, Sik Kedah. 62 orang peserta ini melibatkan guru GDL KPLI jQAF dan KDPM Pengajian Bahasa Cina dan Pengajian Tamil. Kem Bina Insan Guru adalah modul wajib bagi kursus Perguruan Malaysia. Bagi pelatih KPLI, BIG hanya di adakan sekali dalam tempoh pengajian.Perkhemahan 4 hari 3 malam yang bertujuan untuk menyemai nilai -nilai dan membina insan Pendidik.

***Alhamdulillah selesai sudah BIG siri penutup(SIRI 10/2011) bagi IPG KSAH. pelbagai suka duka di tempuhi sepanjang BIG kali ini. Semangat 1 Malaysia juga di suburkan sepanjang kem. Jurulatih-jurulatih yang terdiri daripada pensyarah dan staf IPG KSAH.

****Di sini lah kami mengenali potensi diri, mengenali siapakah insan yang bernama guru, mengenali analogi sebenar suasana di sekolah. Segala ilmu dan pengalaman di curahkan dalam perkhemahan ni. Semangat dalam 1 pasukan, bekerjasama dan toleransi.

****Antara pengalaman yang tak dapat di lupakan ialah, apabila kami di beri 3 batang buluh, 6 buah pelampung dan tali rafia. Kami perlu membuat rakit dan merentangi tasik yang jauhnya lebih kurang 16km kira-kira 1/2 jam mendayung "paddle", fuh!memang keletihan yang amat sangat, tapi itulah pengalaman yang paling bermakna. Alhamdulilah..selamat pergi dan kembali semula ke base camp...berada di tengah-tengah tasik dengan keadaan angin yang kuat dan hujan benar-benar menguji ketahanan dan semangat setia kawan. Di situlah "keluar" diri kita yang sebenar.

**** terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat, pengalaman dan perkenalan bersama kalian tidak akan di lupakan....^___^



Related Posts with Thumbnails