Sepetang di belakang rumah, aku manfaatkan bersama-sama adik-adik ku dan anak-anak jiran untuk mengai (mancing). Dah lama tak jenguk-jenguk sawah yg dah mula keluar padinya..
Terkenang zaman kecilku..bersama-sama kawan-kawan bermain di sawah ni, main pondok-pondok, tangkap ikan ketika musim menuai, mandi sungai dan macam-macam lagi..=)..seronok sangat. sekarang semua itu sudah berlalu...namun, kenangan itu kukuh terpahat di kotak memoriku..
Cacing tanah..umpan kami untuk ikan..
Alhamdulillah, hasil joran kami...anak-anak ikan je...ikan puyu dan haruan...=)
Sawah nan hijau,menanti masa untuk di tuai...mata pencarian untuk seisi keluarga, berbudi pada tanah...menghargai hak milik Penciptanya...Allah Yang Maha Kaya dan Maha Agung..
Kekadang hasilnya tidak seberapa setelah kudrat di kerah untuk hasilnya nanti. Namun, tetap bersyukur rezeki masih lagi di berikan oleh Nya.
"Jika kamu bersyukur kepada Ku, maka Aku akan tambahkan (nikmat-nikmat) kepada kamu, dan sesiapa yang kufur, sesungguhnyanya azab Ku amat pedih"(Ibrahim:7)
*Catatan Naurah:
Begitulah juga kembara seorang insan di dunia ini. Kita sedang menanam dan berusaha untuk menanam “padi” untuk hasil di sana nanti. Banyak halangan dan masalah yang di hadapi untuk mendapat hasil tuaian yang elok. Mungkin sawah kita nanti kurang baik hasilnya berbanding dengan orang lain. Masing-masing bersaing untuk dapat hasil tuaian yang terbaik. Usaha dan tawakal kepada Nya untuk peroleh keberkatan dan rahmat dari Nya.
“Sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kamu itu mengubah dulu apa yang ada di dalam jiwa mereka” (Al- Ra’d: 11)
Tanaman itu perlu di baja, di jaga agar ia tidak rosak sebelum tiba musim tuiannya. Semoga persiapan dan penjagaan yang rapi untuk hasilnya nanti.
Imam Ghazali: Sesiapa yang mahukan dunia, maka hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu, jika dia berkehendakan kedua-duanya sekali, maka hendaklah juga dengan ilmu”.
Moga hasil kita di sana nanti beroleh keredhaan dan ganjaran yang akan di kurniakan oleh Nya.
Renung-renungkan~ “dunia dan akhirat itu umpama rumput dan padi..tanam padi rumput kan tumbuh jua, tetapi tanam rumput, takkan tertumbuh padi..begitulah jua dunia dan akhirat.Kejar akhirat dunia akan dapat bersama, kejar dunia hanyalah dunia semata-mata..”
Eh, orang Kedah juga kah?
ReplyDeleteya, cek oghang kedah la..=)
ReplyDeleteKedah area mana ek? Saya Taman Uda ;)
ReplyDeleteoo..dok aloq staq ka..cek kt K.Nerang...=)
ReplyDelete