Cuti sekolah kini kembali, Angkatan Belia Islam Daerah Padang terap dengan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) telah menganjurkan KEMBARA DAKWAH 2010 pada 11 hingga 14 Jun yang lalu. Antara objektif KEMBARA DAKWAH ialah Menjadikan rehlah sebagai metodologi dakwah khususnya terhadap golongan remaja, melahirkan golongan remaja Islam yang berakhlak mulia, mempunyai perasaan kasih sayang, tolong menolong dsb melalui perjalanan kembara terancang, melahirkan remaja yang berusaha memperbaiki diri dari semasa ke semasa dan menjadi contoh terbaik kepada remaja yang lain dan membentuk peribadi remaja Islam yang berdaya saing dan sentiasa mampu mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan mempunyai sahsiah terpuji dengan menjadikan solat sebagai benteng dalam kehidupan seharian.
Alhamdulillah Kembara Dakwah pada kali ini menamatkan pengembaraan dengan jayanya walaupun pelbagai dugaan dan ujian daripada Nya.Namun begitu, itu bukanlah halangan yang mematahkan semangat peserta KEMBARA. Kembara yang julungnya di anjurkan oleh ABIM Padang Terap terdiri daripada 30 orang termasuk 3 orang urusetia.
11 Jun 2010
Pada jam 10.30 malam, kami bertolak dari SMK Dato’ Syed Ahmad. Bas yang sepatutnya di naiki pada malam itu telah rosak, alhamdulillah bas rosak itu telah di gantikan dengan bas seat vip.
12 Jun 2010
Kami tiba di masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 4.45 pagi.Usai kendiri, solat subuh dan tazkirah oleh Imam masjid tersebut, kami sempat meluangkan masa(sharing moment) bersama Tuan Imam Masjid Wilayah. Setelah itu sesi bersama Ustaz Khairul Anuar, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAWI, Ustaz Kamaruddin(LANDAS) dan beberapa pegawai daripada JAWI. Pada hari pertama Kembara Dakwah ini, peserta dibawa melawat ke Muzium Keseniaan Islam Malaysia, Masjid Putra dan Masjid besi (Tuanku Mizan) di putrajaya. Peserta di minta mencatat pemerhatian mereka di tempat-tempat tersebut, apa yang mereka lihat di sekeliling kawasan dan mengedar risalah mengenai zina dan aurat di Masjid Tuanku Mizan. Pada malamnya, KEMBARA DAKWAH meneruskan perjalanan Ziarah Mahabbah ke Kolej Dar Al Hikmah, institusi Pengajian Tinggi ABIM. Sesi taklimat KDH oleh En. Zaihan selaku Eksekutif HEP KDH. Terima kasih kepada pihak KDH yg menyediakan penginapan sementara buat rombongan kami dan sudi menyambut kedatangan KEMBARA kami. Selesai ziarah ke KDH, kami bertolak ke penginapan di Masjid Muhsinin, Taman Danau Desa di Jalan Klang Lama.
13 Jun 2010
Kami berkesempatan beramah mesra dengan Chen Thau Chi Association Taman Danau Desa.Pengalaman yang menarik bertaichi, senaman yang terkenal di kalangan bangsa Tionghua. Peserta Kembara di tekankan untuk belajar berkomunikasi dengan non muslim. Ahli-ahli persatuan ini sangat ramah dan mesra. Terpancar Semangat 1 Malaysia di wajah mereka. Seperti mana yang telah dirancangkan kembara ini akan melawat sebuah gereja di Brickfield, St.Mary Church. Namun begitu, hajat kami tidak kesampaian. Pihak gereja memaklumkan bahawa mereka belum bersedia menerima lawatan kami. Terpalit sedikit kekecewaan di wajah para peserta Kembara Dakwah untuk melihat sendiri upacara keagamaan penganut agama Kristian pada hari ahad.
Walaubagaimanapun, aktiviti pada hari kedua kami di Kuala Lumpur di manfaatkan bersama Ustaz Abd Halim Zakaria, pakar Pengamal Perubatan Islam untuk peserta perempuan di bilik mesyuarat Sek Ren Islam Darul Ulum, Masjid Muhsinin dan lawatan ke Masjid Sri Petaling untuk peserta lelaki. Peserta melawat masjid yang menjadi tumpuan jamaah Tabligh dan berpeluang melihat suasana aktiviti jamaah tabligh di masjid tersebut. Pengisian daripada Ustaz Abd Halim Zakaria berjaya menarik perhatian adik-adik untuk bertanyakan soalan yang berkisar mengenai rawatan pukau, sihir, histeria, gangguan makhluk halus dan petua amalan surah-surah terpilih untuk rawatan perubatan Islam. Selepas zohor Kembara di teruskan ke KLCC untuk latihan dakwah lapangan. Sebelum bertolak, du’at KEMBARA dakwah di beri taklimat oleh ustaz Kamaruddin. Adik-adik di berikan risalah dan buku the call to Islam (JAKIM)
Selesai latihan lapangan di KLCC, kami pulang ke Masjid Muhsinin. Peserta KEMBARA diminta untuk membentangkan laporan hasil temubual mereka bersama-sama dengan pengunjung KLCC. Melalui latihan ini , peserta di beri peluang untuk belajar mendekati mad’u terutamanya yang sebaya dengan mereka. Selepas maghrib, kami bertolak ke KL Sentral. Kesesakan di Platform amat di rasai kerana musim cuti sekolah begini keretapi menjadi pilihan orang awam untuk bercuti atau pulang ke kampung. Perasaan teruja dan seronok amat di rasai kerana rata-rata peserta belum pernah menaiki keretapi perjalanan jauh dari Kuala Lumpur yang mengambil masa lebih kurang 10 jam. Seperti yang di jadualkan pada tiket yang telah di beli, keretapi yang akan berlepas ke A.Star bertolak pada jam 9.10 mlm. Dengan bersesak bersama-sama penumpang yang lain kesemua peserta KEMBARA Turun ke Platform. Setelah masuk ke dalam gerabak. Keadaan agak kelam kabut kerana kami tidak mempunyai tempat duduk. Ustaz Abdullah, selaku Ketua KEMBARA menyedari bahawa tiket yang kami bertarikh 14 Jun, bukan 13 Jun. Kami semua tidak menyangka hal ini akan terjadi. Tidak seorang pun menyedari tiket yang salah tarikh yang telah di beli seminggu lebih awal dari tarikh perjalanan kami. Sehingga semua telah masuk ke dalam gerabak. Kesedihan dan kekecewaan menyelubungi perasaan peserta KEMBARA kerana tidak sabar menaiki keretapi pada malam. Kami hanya mampu melihat keretapi itu beransur-ansur perlahan-lahan meninggalkan stesen KL Sentral. Di mana kami akan menginap pada malan itu?apa yang di lakukan sementara menanti perjalanan malam esok?. Perjalanan Kembara Dakwah ini benar-benar di uji olehNya. Kami menenangkan adik-adik peserta untuk bersabar dengan dugaan ini, pasti ada hikmah di sebaliknya...
Bersambung....(“,)
No comments:
Post a Comment