~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Wednesday, June 30, 2010

...sepetang di belakang rumah..

        Sepetang di belakang rumah, aku manfaatkan bersama-sama adik-adik ku dan anak-anak jiran untuk mengai (mancing). Dah lama tak jenguk-jenguk sawah yg dah mula keluar padinya..




     Terkenang zaman kecilku..bersama-sama kawan-kawan bermain di sawah ni, main pondok-pondok, tangkap ikan ketika musim menuai, mandi sungai dan macam-macam lagi..=)..seronok sangat. sekarang semua itu sudah berlalu...namun, kenangan itu kukuh terpahat di kotak memoriku..

Cacing tanah..umpan kami untuk ikan..


       Alhamdulillah, hasil joran kami...anak-anak ikan je...ikan puyu dan haruan...=)


     Sawah nan hijau,menanti masa untuk di tuai...mata pencarian untuk  seisi keluarga, berbudi pada tanah...menghargai hak milik Penciptanya...Allah Yang Maha Kaya dan Maha Agung..

Kekadang hasilnya tidak seberapa setelah kudrat di kerah untuk hasilnya nanti. Namun, tetap bersyukur rezeki masih lagi di berikan oleh Nya.

"Jika kamu bersyukur kepada Ku, maka Aku akan tambahkan (nikmat-nikmat) kepada kamu, dan sesiapa yang kufur, sesungguhnyanya azab Ku amat pedih"(Ibrahim:7)

*Catatan Naurah: 

     Begitulah juga kembara seorang insan di dunia ini. Kita sedang menanam dan berusaha untuk menanam “padi” untuk hasil di sana nanti. Banyak halangan dan masalah yang di hadapi untuk mendapat hasil tuaian yang elok. Mungkin sawah kita nanti kurang baik hasilnya berbanding dengan orang lain. Masing-masing bersaing untuk dapat hasil tuaian yang terbaik. Usaha dan tawakal kepada Nya untuk peroleh keberkatan dan rahmat dari Nya.


“Sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kamu itu mengubah dulu apa yang ada di dalam jiwa mereka” (Al- Ra’d: 11)


Tanaman itu perlu di baja, di jaga agar ia tidak rosak sebelum tiba musim tuiannya. Semoga persiapan dan penjagaan yang rapi untuk hasilnya nanti.


Imam Ghazali: Sesiapa yang mahukan dunia, maka hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu, jika dia berkehendakan kedua-duanya sekali, maka hendaklah juga dengan ilmu”.


Moga hasil kita di sana nanti beroleh keredhaan dan ganjaran yang akan di kurniakan oleh Nya. 

Renung-renungkan~ “dunia dan akhirat itu umpama rumput dan padi..tanam padi rumput kan tumbuh jua, tetapi tanam rumput, takkan tertumbuh padi..begitulah jua dunia dan akhirat.Kejar akhirat dunia akan dapat bersama, kejar dunia hanyalah dunia semata-mata..”


Monday, June 28, 2010

..Jangan bersedih...


Dunia ini masih seluas yang kau impikan
Tak perlu kau simpan luka itu
Sedalam yang kau rasa


Memang ada waktu agar kau bisa kembali semula
Percayalah padaku kita kan bisa melewatinya
Jangan bersedih oh kawanku aku masih ada disini
Semua pasti kan berlalu aku kan selalu bersamamu


Jalan hidup tak selamanya indah
Ada suka ada duka
Jalani semua yang kau rasakan
Kita pasti bisa

oleh: Edcoustic
.......................................................................................................................................................
"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah(pula) bersedih hati padahal kamu lah orang-orang yg paling tinggi ( darjatnya) jika kamu org-org yg beriman..."
(al-Imran:139)

"Dan barangsiapa mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh dan sedang ia mukmin.."(al- Fath:18)
*kebahagian itu tidak terletak pada zaman atau tempat, tetapi ia terletak pada keimanan, ketaatan kepada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani, dan berada dalam hati kerana hati subjek penilaian Tuhan.Ketika hati sudah tertancap sebuah keyakinan, maka akan muncul lah kebahagian yg akan mengalir kedamaian dan keteduhan ke dalam roh dan jiwa
~Dr.'Aidh bin 'Abdullah al Qarni
*wahai Jiwa, setiap musibah mestilah dirasakan sebagai didikan ALLAH.Sungguh DIA sedang berbicara dengan hambaNYA. Tetapi jika keluh kesah, ia bertukar menjadi bala.Jika ia sabar, ia menjadi pahala.
* Kebahagiaan itu bukanlah hanya di hujung jalan, tapi di sepanjang jalan.berbahagialah ketika memulakan langkah pertama-Pahrol Mohd Juoi

Sunday, June 27, 2010

..SKSB..sekolah ku...


    Alam persekolahan di bangku sekolah rendah adalah memori masih terpahat di kotak kenangan yang sukar luput daripada ingatan. Banyak kenangan yang menarik  menjadi topik perbualan kami.. apabila berjumpa kawan-kawan dan guru-guru. 1991-1998 aku berada di SKSB. 6 tahun berada di sekolah rendah..besar pengorbanan guru-guru mendidk anak-anak didik ini.Guru ibubapa kedua yang mengajar kita tulis, baca dan mengira.

    SKSB adalah sekolah yang terletak di kampung yang majoritinya anak-anak petani dan penoreh getah.Walaupunpun begitu, kini SKSB berjaya melahirkan insan-insan yang berjaya di Menara Gading dan hidup mereka. Jasa guru-guru mengajar dan mendidik kami tidak akan di lupakan. Penubuhan ALUMNI SKSB adalah salah satu wadah untuk merealisasikan moto sekolah “Berilmu Berbakti”. Semoga bekas pelajar dapat menyumbang bakti dan budi untuk kejayaan anak-anak kampung yang memerlukan role model yang menjadi contoh buat mereka dan pemberi motivasi untuk adik-adik supaya bersungguh untuk mencapai kejayaan. Ketika berada di kampus, kesibukan dan keterbatasan masa yang ada apabila pulang bercuti ke kampung menghadkan untuk aku menjenguk dan menziarah guru-guru di SKSB. Alhamdulillah, dengan kesempatan yang ada sekarang pasti akan di manfaatkan...insya Allah..=)

    Pada 24-26 Jun 2010 yang lalu ...aku dan sahabat-sahabat ALUMNI Sekolah Kebangsaan Seri Bakti dapat menyumbang tenaga untuk bersama-sama menjayakan Kem Kecemerlangan UPSR 2010. Kembali terkenang zaman pada suatu ketika dahulu, sangat best...dapat jumpa guru-guru yang pernah mengajar kami. 


cikgu zuki, di antara penggerak  utama yang menjayakan kem ini.Guru BM ku..antara guru yang paling lama berkhidmat di SKSB.terima kasih cikgu!


sesi yang best...ceramah motivasi oleh En. Yazi(bekas pendidik di SKSB, antara guru terawal ketika penubuhan SKSB)... guru yang berdedikasi, penyayang dan tegas orangnya, di sayangi oleh anak-anak didiknya. Kini pensyarah di IPGM Darul Aman, Jitra. Terima kasih cikgu masih ingat adik didikmu ini..=)


...seronok hampa noh..bergambaq..hehe


Cikgu dan ibu adik-adik peserta  yang sibuk masak di dapur sepanjang kem, sedap!terima kasih ..=)

       Aku dan sahabat-sahabat berusaha untuk menjadi pendamping mereka sebagai kakak yang boleh membantu dan memberi kata-kata semangat untuk mereka berjaya dalam hidup walaupun di lahirkan dalam keluarga yang kurang berkemampuan dan sederhana. Kemiskinan bukan penghalang untuk mereka berjaya.


   Akhir kalam..semoga ALUMNI SKSB terus menyemai bakti dan menabur budi untuk adik-adik SKSB...jutaan terima kasih pihak sekolah,guru-guru, waris-waris yang turun menyumbang tenaga untuk menjayakan kem ini, sahabat-sahabat ALUMNI, adik-adik yang best (penat jugak kami melayan hampa semua.., tp hampa semua memang best lah..hehe)..selamat maju jaya UPSR 2010..adik-adik mampu buat yg terbaik!nantikan progrm seterusnya ALUMNI SKSB(",)..."berilmu berbakti"..


Wednesday, June 23, 2010

aku dah bertunang

     Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian. 
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" 
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat." 
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan." 
Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?" 
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama." 
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi. 
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?" 
Aku tiada jawapan khusus. 
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya. 
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah. 
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati. 
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..." 
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata. 
"Insyirah, jom makan!" 
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman. 
"Tafaddal, ana puasa." 
Sahabiah juga semakin galak mengusik. 
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?" 
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja. 
..................................................................................................................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..." 
"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. " 
"Ya Allah, tenangnya... " 
"Moga Allah memberkatinya..."
   
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. 
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. 
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. 
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku. 
Dalam sedar tidak sedar... 
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..." 
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?" 
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh." 
"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan. 
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..." 
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'. 
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik." 
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu. 
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu." 


..................................................................................................................................
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah ‘membeli’ baju pernikahannya...
Untungnya Insyirah. Cemburunya diri ini...


~ Kullu nafsin za’iqatul maut ~

sumber: sekilasmemoir.blogspot.com


Tuesday, June 22, 2010

Gerakan Kempen Kesedaran: Rokok dan Zionisme

Gambar di sini, blog yang menarik untuk di lawati

(Artikel ini untuk disebarkan. Sila salin dan lampirkan di blog atau laman sosial anda. GKK)

Petang itu, aku dan teman bersiar-siar di tepi pantai. Melihat mentari senja yang memerah sambil menghirup aroma asin angin laut. Tiba-tiba rasa terganggu. Asap rokok berkepul-kepul berarak ke arah kami. Terganggu, kami membuka langkah untuk berlalu ke tempat yang lebih bersih udaranya.

“Tahu tak.” sapa teman. “Ada satu berita melaporkan, remaja perempuan sekarang lebih terdorong untuk merokok ketika mengandung. Kerana mereka percaya rokok boleh memudahkan proses bersalin.”

“Benarkah?” Dalam terkejut. Masakan rokok yang bagi aku tiada faedahnya itu bisa mendatangkan kebaikan?

“Iya lah. Rokok boleh merencatkan pertumbuhan janin. Janin tidak dapat membesar dengan baik, saiznya akan menjadi kecil. Maka mudah untuk para ibu bersalin.”

“Eh, mana boleh begitu? Pastinya ada kesan sampingan yang lain terhadap bayi. Mungkin cacat, mental atau fizikal?”

“Iya, tidak dinafikan. Rokok sekadar memberi kesenangan dalam jangka masa pendek. Tetapi dalam jangkamasa panjang, banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. Tumbesaran anak tersebut yang akan menghadapi banyak masalah kesihatan dan si ibu sendiri, adakah sanggup untuk menjaga anak yang tidak sempurna. Sakit bersalin pun tidak mahu tahan, apatah lagi sakit mahu membesarkan, kan?” sambung teman.

Pulangnya kami dari pantai, meninggalkan aku berfikir sendiri.

Protokol 9 [Dari Protokol Yahudi]

Kita berjaya memperbodoh dan merosakkan golongan muda bukan Yahudi dengan menenggelamkan mereka di dalam pelbagai prinsip dan teori yang sememangnya kita ketahui sebagai dusta dan palsu yang disuburkan dan sebarkan ke dalam minda mereka. Kita tidak perlu mengubah atau meminda undang-undang yang sedia ada, tetapi memadai dengan memutar belitkan interpretasinya supaya wujud percanggahan dan kekeliruan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka sendiri.

Kenapa rokok? Teringat aku sebuah petikan di HaluanPalestin [Moga Allah merahmati semua aktivis HaluanPalestin] yang berkata:

Yahudi menganggap bangsa mereka sebagai pilihan Tuhan dan boleh melakukan apa sahaja untuk membunuh manusia bukan Yahudi. Selain menjadikan kebuluran, wabak penyakit HIV/AIDS dan peperangan sebagai alat untuk membunuh, rokok juga menjadi salah satu ejen untuk mencapai cita-cita mereka. Walaupun wang dan kekayaan menjadi agenda utama, bisnes rokok lebih cepat memberikan kekayaan dan pada masa yang sama dapat membunuh secara senyap.



Gerakan Kempen Kesedaran [GKK: Lawan Zionisme]

Rokok dan Zionis

Tahukah kalian, siapa pengeluar terbesar rokok di dunia? Merekalah Philip Morris. Bermula sebagai kedai tembakau pada 1847 di Bond Street, London, kini Philip Morris menjadi syarikat nombor satu bagi pengeluar makanan di Amerika Syarikat, penjual keju yang diproses dan pengeluar rokok. Ia juga menjadi syarikat makanan kedua utama di dunia dan ketiga bagi bisnes gula-gula.Pusat operasi syarikat pengeluar rokok utama dunia ini ialah di Henrico County, Virginia, Amerika Syarikat.

Pengurusan Philip Morris diketuai oleh Michael Szymanczyk, juga seorang Yahudi dari Philip Morris Amerika Syarikat (AS). Kaitan Zionis dan bisnes rokok semakin akrab dan melibatkan rangkaian pelobian yang sangat kukuh. Setiap kali pilihan raya presiden AS, kita didedahkan kaitan calon presiden dengan pelobi-pelobi Yahudi. Siapakah pelobi-pelobi itu?

Center for Public Integrity, AS mendedahkan bahawa Atria Group [nama baru Phillip Morris yang ditukarkan pada tahun 2003] membelanjakan hampir US$101 juta untuk melobi kerajaan AS dari 1998 hingga 2004, menjadikannya organisasi kedua paling aktif melobi di negara itu.

Teringat aku, ketika menjalani latihan praktikal di Tingkat 4, aku rasa, dari 150 orang kakitangan, mungkin hanya 3 orang yang tidak merokok. Yang pasti, terlalu ramai rakyat atau lebih tepat ummat Islam merokok. Perkara yang amat merisaukan, selain ia bertentangan dengan agama, bahkan ia juga bakal merosakkan masa depan ummah. Melahirkan masyarakat yang lemah, ketagihan, menderita sakit, tidak kuat. Pastinya senang mereka mahu menakluk dan mengawal umat Islam. Na’uzubillah..

Oleh: lydecker86.wordpress.com

Jika anda ada artikel yang berkaitan boleh dikongsikan untuk membantu Kempen Kesedaran ini.

Kredit untuk HaluanPalestin dan Sepaku.net


Sunday, June 20, 2010

catatan kembara dakwah 2010~ part 1



    Cuti sekolah kini kembali, Angkatan Belia Islam Daerah Padang terap dengan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) telah menganjurkan KEMBARA DAKWAH 2010 pada 11 hingga 14 Jun yang lalu. Antara objektif KEMBARA DAKWAH ialah Menjadikan rehlah sebagai metodologi dakwah khususnya terhadap golongan remaja, melahirkan golongan remaja Islam yang berakhlak mulia, mempunyai perasaan kasih sayang, tolong menolong dsb melalui perjalanan kembara terancang, melahirkan remaja yang berusaha memperbaiki diri dari semasa ke semasa dan menjadi contoh terbaik kepada remaja yang lain dan membentuk peribadi remaja Islam yang berdaya saing dan sentiasa mampu mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan mempunyai sahsiah terpuji dengan menjadikan solat sebagai benteng dalam kehidupan seharian.


 Alhamdulillah Kembara Dakwah pada kali ini menamatkan pengembaraan dengan jayanya walaupun pelbagai dugaan dan ujian daripada Nya.Namun begitu, itu bukanlah halangan yang mematahkan semangat peserta KEMBARA. Kembara yang julungnya di anjurkan oleh ABIM Padang Terap terdiri daripada 30 orang termasuk 3 orang urusetia.  

11 Jun 2010
Pada jam 10.30 malam, kami bertolak dari SMK Dato’ Syed Ahmad. Bas yang sepatutnya di naiki pada malam itu telah rosak, alhamdulillah bas rosak itu telah di gantikan dengan bas seat vip. 

12 Jun 2010
Kami tiba di masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 4.45 pagi.Usai kendiri, solat subuh dan tazkirah oleh Imam masjid tersebut, kami sempat meluangkan masa(sharing moment) bersama Tuan Imam Masjid Wilayah. Setelah itu sesi bersama Ustaz Khairul Anuar, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAWI, Ustaz Kamaruddin(LANDAS) dan beberapa pegawai daripada JAWI. Pada hari pertama Kembara Dakwah ini, peserta dibawa melawat ke Muzium Keseniaan Islam Malaysia, Masjid Putra dan Masjid besi (Tuanku Mizan) di putrajaya. Peserta di minta mencatat pemerhatian mereka di tempat-tempat tersebut, apa yang mereka lihat di sekeliling kawasan dan mengedar risalah mengenai zina dan aurat di Masjid Tuanku Mizan. Pada malamnya, KEMBARA DAKWAH meneruskan perjalanan Ziarah Mahabbah ke Kolej Dar Al Hikmah, institusi Pengajian Tinggi ABIM. Sesi taklimat KDH oleh En. Zaihan selaku Eksekutif HEP KDH. Terima kasih kepada pihak KDH yg menyediakan penginapan sementara buat rombongan kami dan sudi menyambut kedatangan KEMBARA kami. Selesai ziarah ke KDH, kami bertolak ke penginapan di Masjid Muhsinin, Taman Danau Desa di Jalan Klang Lama. 


13 Jun 2010
  Kami berkesempatan beramah mesra dengan Chen Thau Chi Association Taman Danau Desa.Pengalaman yang menarik bertaichi, senaman yang terkenal di kalangan bangsa Tionghua. Peserta Kembara di tekankan untuk belajar berkomunikasi dengan non muslim. Ahli-ahli persatuan ini sangat ramah dan mesra. Terpancar Semangat 1 Malaysia di wajah mereka. Seperti mana yang telah dirancangkan kembara ini akan melawat sebuah gereja di Brickfield, St.Mary Church. Namun begitu, hajat kami tidak kesampaian. Pihak gereja memaklumkan bahawa mereka belum bersedia menerima lawatan kami. Terpalit sedikit kekecewaan di wajah para peserta Kembara Dakwah untuk melihat sendiri upacara keagamaan penganut agama Kristian pada hari ahad. 


  Walaubagaimanapun, aktiviti pada hari kedua kami di Kuala Lumpur di manfaatkan bersama Ustaz Abd Halim Zakaria, pakar Pengamal Perubatan Islam untuk peserta perempuan di bilik mesyuarat Sek Ren Islam Darul Ulum, Masjid Muhsinin dan lawatan ke Masjid Sri Petaling untuk peserta lelaki. Peserta melawat masjid yang menjadi tumpuan jamaah Tabligh dan berpeluang melihat suasana aktiviti jamaah tabligh di masjid tersebut. Pengisian daripada Ustaz Abd Halim Zakaria berjaya menarik perhatian adik-adik untuk bertanyakan soalan yang berkisar mengenai rawatan pukau, sihir, histeria, gangguan makhluk halus dan petua amalan surah-surah terpilih untuk rawatan perubatan Islam. Selepas zohor Kembara di teruskan ke KLCC untuk latihan dakwah lapangan. Sebelum bertolak, du’at KEMBARA dakwah di beri taklimat oleh ustaz Kamaruddin. Adik-adik di berikan risalah dan buku the call to Islam (JAKIM)


  Selesai latihan lapangan di KLCC, kami pulang ke Masjid Muhsinin. Peserta KEMBARA diminta untuk membentangkan laporan hasil temubual mereka bersama-sama dengan pengunjung KLCC. Melalui latihan ini , peserta di beri peluang untuk belajar mendekati mad’u terutamanya yang sebaya dengan mereka. Selepas maghrib, kami bertolak ke KL Sentral. Kesesakan di Platform amat di rasai kerana musim cuti sekolah begini keretapi menjadi pilihan orang awam untuk bercuti atau pulang ke kampung. Perasaan teruja dan seronok amat di rasai kerana rata-rata peserta belum pernah menaiki keretapi perjalanan jauh dari Kuala Lumpur yang mengambil masa lebih kurang 10 jam. Seperti yang di jadualkan pada tiket yang telah di beli, keretapi yang akan berlepas ke A.Star bertolak pada jam 9.10 mlm. Dengan bersesak bersama-sama penumpang yang lain kesemua peserta KEMBARA Turun ke Platform. Setelah masuk ke dalam gerabak. Keadaan agak kelam kabut kerana kami tidak mempunyai tempat duduk. Ustaz Abdullah, selaku Ketua KEMBARA menyedari bahawa tiket yang kami bertarikh 14 Jun, bukan 13 Jun. Kami semua tidak menyangka hal ini akan terjadi. Tidak seorang pun menyedari tiket yang salah tarikh yang telah di beli seminggu lebih awal dari tarikh perjalanan kami. Sehingga semua telah masuk ke dalam gerabak. Kesedihan dan kekecewaan menyelubungi perasaan peserta KEMBARA kerana tidak sabar menaiki keretapi pada malam. Kami hanya mampu melihat keretapi itu beransur-ansur perlahan-lahan meninggalkan stesen KL Sentral. Di mana kami akan menginap pada malan itu?apa yang di lakukan sementara menanti perjalanan malam esok?. Perjalanan Kembara Dakwah ini benar-benar di uji olehNya. Kami menenangkan adik-adik peserta untuk bersabar dengan dugaan ini, pasti ada hikmah di sebaliknya...
Bersambung....(“,)




Related Posts with Thumbnails