~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Friday, May 7, 2010

..Tajdid Niat..

       Permulaan kita pada setiap hari adakah di mulakan dengan niat? Ayuh!bersama-sama kia perbaharui niat setiap hari. Adakah hari-hari yang di lalui tiada perubahan?Kita menjalani rutin harian seperti sedia kala. Bangun lah setiap pagi menjadi orang yang sentiasa bersemangat dan Berjaya melakukan kepada diri untuk menjadi seorang yang cemerlang dan berjasa di dunia dan di akhirat. Niat adalah perkara penting dalam sesuatu amalan. Niat bukan sekadar dalam tindakan dalam ibadah semata-mata malah dalam rutin seharian. Pahala atau dosa seseorang itu di atas segala perlakuannya di hitung berdasarkan dengan niat yang baik yang bermula di dalam hati. Setiap amalan akan di catatkan baginya pahala jika seseorang itu berniat dengan ikhlas kerana Allah dan juga termasuk dalam faktor-faktor penyelamat yang terbesar dan terpenting.
Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya manusia itu dibangkitkan mengikut niat-niat mereka” (Riawayat al Syaikhan)

Ini kerana niat merupakan amalan hati dan hati itu lebih mulia daripada anggota zahir. Maka amalan hati adalah lebih adalah lebih baik daripada amalan anggota badan.Bahkan, kerana niat semata-mata boleh mendatangkan manfaat. Sedangkan, amal anggota badan tanpa mempunyai niat tidak ada manfaatnya.
Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang berkeinginan melakukan suatu kebaikan tetapi belum melakukannya, maka Allah telah mencatat di sisiNya satu kebaikan yang sempurna” ( Riwayat al Baihaqi & al Tabrani).

Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud “niat orang Mukmin lebih baik daripada amalannya” (Riwayat Shaikhan)

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa memperelokan niat dan ikhlas kerana Allah. Janganlah melakukan sesuatu melainkan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah demi mencari dan mendapatkan keredhaanNya serta menginginkan pahala di akhirat yang telah di janjikan oleh Allah atas ketaatan yang di lakukannya hasil dari kurniaan Allah semata-mata.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails