~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Friday, January 1, 2010

~Umur Itu Amanah..

 

   Ada apa pada umur? Ada orang berkata umur hanya pada angka? Ya..kiraan pada angkanya..yang penting jiwa biarlah berjiwa muda walaupun angkanya bertambah. Berbicara tentang umur, semuanya indah apabila berada di usia muda..segala-galanya dapat di lakukan, keinginan jiwa muda juga mengatasi segalanya. Jiwa yang sentiasa memberontak jika keinginan tidak di penuhi apabila di pinta. Namun, adakah kita sedar bahawa sejauh manakah umur yang di pinjamkan oleh PemilikNya ini telah di manfaatkan? .

Sabda Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis:
“Manusia yang baik ialah manusia yang panjang umurnya dan baik pula amalannya”
(Riwayat al Tirmizi).


Islam mengarahkan agar kita memanfaatkan umur sebaiknya dan sebaik-baik manusia yang menyempurnakan amanah yang di berikan oleh Allah dengan amal dan soleh dalam hidupnya.

Dalam firman Allah yang bermaksud dalam al Qasas ayat 77:
“ Carilah apa yang telah di anugerahkan Allah kepadamu (daripada kebahagiaan ) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu (daripada kenikmatan ) duniawi. Berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melakukan kerosakan.


Kehidupan di dunia janganlah di persia-siakan untuk kenikmatan dunia semata-mata. Sebelum pintu taubat tertutup...sentiasalah perbaharui niat dan mengingati akan kematiaan yang tidak mengira darjat, umur dan bangsa. Ia telah tertulis di Luh Mahfuz seseorang anak adam bermula pada seawal kejadian. 

     Sekadar peringatan untuk diri saya dan sahabat-sahabat, Ingatlah masa muda ini, apakah yang sumbangan kita kepada agama? Sudah terlaksanakah tanggungjawab sebagai hamba dan Khalifah Allah di muka bumi ini ataupun kita masih enak di buai mimpi yang indah di kala siang dan dinihari yang penuh dengan angan-angan yang belum pasti.Dalam sebuah Hadis Nabi SAW, baginda ada bersabda mengenai peringatan lima perkara sebelum lima perkara, antaranya ialah Muda sebelum tua.

Janganlah menunggu di kala senja untuk meningkatkan iman dan takwa, menambahkan mata ganjaran amal dan ibadah. Usia muda bukan di isi dengan keseronokan semata-mata.

Ibn Umar meriwayatkan Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Bercucuk tanamlah (berusahalah) untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya dan beramallah untuk akhiratmu seolah kamu akan menemui maut pada keesokan harinhya”


      Mari lah kita singkap kembali Sirah tauladan para sahabat-sabahat Rasulullah SAW dan para pembela Islam yang tercinta yang muda dan gagah dalam menyebarkan syiar Islam. Kecekalan Saidina Abu Bakar memimpin kaum Muslimin selepas kewafatan Nabi SAW, Semangat yang tinggi Saidina Umar al Khattab menyumbang sepenuh tenaga dan harta untuk agama Allah ini. Tercatat dalam lipatan sejarah Pemimpin tentera Islam, Salehuddin Al Ayubi yang berjaya menawan Baitul Maqdis daripada genggaman tentera Salib dan para ilmuwan Islam yang tersohor pada abad ke 6 dan 7, ketika itu keagungan peradaban Tamadun Islam makin berkembang dan di kagumi oleh sarjana barat. Tokoh-tokoh ilmuwan ini banyak menghabiskan usia muda mereka dengan menuntut ilmu dan berbakti kepada agama. Ini lah contoh yang patut kita contohi dan teladani.

Pesanan Imam Al Ghazali dalam al Bidayah:

“Fikirkan dan renungilah tentang singkatnya umurmu kamu sekali pun kamu telah hidup seratus tahun misalnya, dengan membandingkan dengan kedudukan kamu di Negara Akhirat yang merupakan tempat yang kekal abadi. Amat-amatilah bagaimana kamu sanggup memikul kesusahan dan kehinaan yang kamu rasai dalam menuntut dunia selama sebulan atau setahun, kerana mengharapkan kerehatan dengannya untuk 20 tahun. Kenapa kesusahan selama beberapa hari tidak terdaya kamu tanggung dan hadapinya kerana mengharapkan kerehatan selama-lamanya. Janganlah kamu memanjangkan angan-angan kerana ia akan memberatkan lagi amalan ke atas kamu. Rasakanlah maut itu benar-benar hampir dengan kamu dan katakanlah pada diri kamu “ Aku tanggung kesusahan hari ini, moga-moga aku akan mati pada malamnya. Aku bersabar pada malam ini, moga-moga aku akan mati keesokannya”

     Umur itu amanah...maka jaga dan peliharalah amanah ini, jangan biarkan Ladang tanaman dunia ini membuahkan hasil yang tidak elok ketika hendak menuainya di Ladang akhirat nanti. Siramilah ia dengan titisan air amalan dan di bajai dengan iman dan takwa yang akan terus mekar di hiasi dengan akhlaq mahmudah sebaik-baik hiasan duniawi. Umur bukanlah untuk di persia-siakan, tidak boleh di beli atau di tukar dengan wang ringgit..tetapi ia akan tiba tamat tempohnya pada bila-bila yang akan di pulangkan kepada Pemilik asalnya..Allah Rabbul ‘Izzati.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails