~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Friday, December 25, 2009

~Syurga Rumah Tangga~



Dedikasi khas buat sahabat-sahabat yang telah selamat ijab & kabul(“,)


Renungilah....

Syurga Rumah Tangga......

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri nurani yang pinta di isi
Kerana si dara rela diperisteri
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Masing-masing membawa harapan
Agar terbinalah rumah tangga penjana
Kebahagiaan..

Matlamat yang sana satu, tapi jalannya berliku
Destinasi sama, kaedahnya berbeza
Lalu bersimpang siurlah jalan ke sana
Pelbagai jalan menimbulkan dilemma
Mencari yang jitu mengundang keliru

Binalah rumahtangga di telapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerna dan untuk…Allah jua

Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan, Islam itu jalan..
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah jadi sambungan madrasah
Berputiklah rahmah, berbuahlah ulfah

Inilah kunci kebahagiaan rumah tangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah :
Mahmudah demi mahmudah
Yang melahirkan zuriat
Yang soleh dan solehah……


(Ustaz Pahrol Mohd Juoi...petikan: buku “Tentang Cinta”)



     Untuk entri khas kali ini, saya ingin berkongsi rasa gembira dan sekalung tahniah buat pasangan-pasangan Raja Sehari yang telah selamat melangsungkan perkahwinan sepanjang cuti sekolah ini.Alhamdulillah, saya sempat untuk menghadiri Walimah sahabat-sahabat..seribu juga kemaafan di pohon kerana tidak dapat memenuhi sebahagian lagi jemputan perkahwinan kerana masa yang ada  di penuhi untuk melaksanakan amanah yang telah di pertanggungjwabkan.
 
     Perkahwinan adalah satu sunnah yang amat dituntut dalam Islam. Melalui ikatan perkahwinan maka lengkaplah sebahagian lagi iman seseorang Muslim. Apabila sekumpulan daripada sahabat hendak memilih hidup membujang dan berterusan beribadat dengan berpuasa di siang hari dan beribadat sepanjang malam serta menjauhkan wanita,
Rasullulah s.a.w bersabda :
“ Adakah kamu yang kata begini?Sesungguhnya aku takut kepada Allah berbanding kamu dan bertakwa kpdNya lebih dari kamu, tetapi aku berpuasa, aku bangun malam (sebahagiannya) dan tidur (sebahagiannya), aku mengahwini wanita-wanita. Barangsiapa yang menjauhkan sunnahku ia sebenarnya bukan dari kalanganku..” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Islam telah menggariskan panduan dalam melayari sebuah bahtera rumah tangga..si suami sebagai nakhoda dan isteri sebagai pembantu...Allah telah memberi amanah kepada pasangan suami dan isteri untuk membina sebuah keluarga yang harmoni. Tanggungjawab ini merupakan ibadah yang mesti di laksanakan berlandaskan syari’at Islam bagi memastikan ia membawa kebahagian kepada keluarga.
   Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud :
“ Antara kebahagiaan anak Adam ialah tiga dan antara kesengsaraan anak Adam juga adalah tiga. Antara kebahagiaan anak Adam ialah, wanita (isteri solehah), kediaman yang selesa dan tunggangan yang baik. Antara kesengsaraan anak Adam ialah..wanita (isteri) yang jahat, kediaman yang tidak selesa dan tunggangan yang tidak baik.”(Riwayat Ahmad).
     Oleh itu, suami dan isteri haruslah sedar akan tuntutan hak dan tanggungjawab masing-masing. Wahai suami pimpin, fahami dan sayangi isterimu.. agar dia mentaati mu dan patuh kepada agama Pemilik alam ini. Wahai Isteri..taati lah suami mu..semoga dirimu menjadi isteri yang solehah..penyejuk mata..penawar di hati.
Di dalam sebuah hadith Rasulullah bersabda kepada Umar r.a, yang bermaksud:
“Sukakah kamu aku beritahu tentang sebaik-baik aset yang di simpan oleh seseorang?.Wanita yang soleh, apabila ia melihat kepadanya (isterinya) ia menggembirakannya, apabila ia memerintahkan ia mentaatinya dan apabila ia tidak bersamanya ia akan menjaga kehormatannya”
.Hikmah ijab dan kabul bukan hanya memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, tetapi ia lebih daripada itu. Tanggungjawab yang di amanahkan tidak boleh di ambil mudah. Terimalah kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya..kerana kekurangan dan kelebihan itu lah yang melengkapkan antara keduanya.
 
         Pada zaman jahiliah wanita adalah hamba nafsu buas bagi lelaki, betapa hinanya wanita di pandangan lelaki. Di barat, kemunculan fahaman feminisme berkembang luas pengaruhnya apabila darjat wanita di pandang rendah dan hina. Pengajaran kisah Eve (Hawa) seperti mana yang terkandung dalam Bible (bab Genesis)...wanita di persalahkan kerana tergoda dengan hasutan syaitan kerana memakan buah larangan. Oleh itu, agama Kristian menganggap wanita adalah pembawa malang bagi lelaki. Maka, bangkit lah fahaman feminis di barat untuk memperjuangkan hak-hak persamaan gender dan isu penindasan terhadap wanita. Agama Kristian menetapkan perkahwinan adalah yang sangat suci dan terikat dengan agama (gereja)..Maka, penceraian amatlah di larang sama sekali. Pasangan yang telah berkahwin tidak boleh berpisah jika terjadi konflik rumah tangga terjadi. Permohonan penceraian amatlah rumit. Dengan itu, di barat memilih untuk berkahwin bukanlah satu pilihan oleh pasangan yang telah bersedudukan.Mereka lebih selesa untuk tidak mempunyai komitmen dalam perkahwinan.  Mereka menganggap berkahwin  adalah suatu merumitkan dan menyusahkan.
      Seharusnya kita bersyukur kerana menjadi seorang Muslim... Islam itu indah..indah untuk kita hayati dan patuhi..Islam itu syumul, setiap sudut ruang kehidupan manusia ada aturan yang lengkap dan di pandukan atas lunas-lunas kemanusian serta fitrah azali seorang insan.

Firman Allah yang bermaksud dalam surah Ar-Rum ayat : “ Dan di antara kekuasaNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadaNya, dan di jadikan dia antara rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”

    Maka perkahwinan adalah institusi asas sesebuah masyarakat. Anak-anak soleh dan solehah yang di lahirkan daripada usrah yang mawaddah dan sakinah akan membahagiakan dan menyumbang sepenuh kudrat untuk agama, masyarakat dan negara.
Teringat bait-bait  lirik nasyid.. kumpulan  In team ni..."kasihmu amanahku.."
Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia 
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah 
Untuk bersama belayar ke muara 

Pernikahan, menginsafkan kita 
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha 
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi...



Semoga mahligai kasih yang di bina berkekalan hingga ke syurga..maka terbinalah Bait al Muslim yang akan sentiasa bersinar dengan cahaya sakinah dan mawaddah...insya Allah(“,)...waAllahu’alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails