Langit yg sentiasa berubah keadaannya.
Langit bumbung bumi...rumah insani di alam, persinggahan sementara menuju destinasi yg hakiki..
Birunya Langit....indah setenangnya laut..
Tiba- tiba awan hitam berarak muncul...berlalu lah langit biru itu...
bila akan muncul kembali? aku terus menanti...
ku tabahkan hati..Langit tidak akan selalunya cerah..
Langkah di gagahkan juga dalam ribut dan taufan..
takkan ku hirau..hujan turun merenjis ke bumi kontang ini..
ku yakin..ada rahmatNya di atas segala sesuatu...
Tabahnya sekeping hati itu...di redahi walau apa jua..
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
.."Langit kehidupan ini akan sentiasa mendung dengan pelbagai episod dan peristiwa. Hujan, kilat, petir dan guruh akan sentiasa melakarkan suka dan nestapa di kanvas kehidupan kita.."-www.genta-rasa.com
No comments:
Post a Comment