~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Sunday, October 31, 2010

Reality


All you got to do is see
My hijab makes me free
I’m free like a bird
This is reality

No man oppresses me
I’m free to be
I respect myself
This is reality
No strange man can see my beauty
Propaganda makes Muslim woman seem like dummies
We want to be seen for what is in our minds
This is reality

Hijab is nothing new
We cover ourselves like nuns do
But are labeled as outcast
Why is this reality?

We refuse to be victim of the male
Pleasing fashion industry
I don’t judge others then why do they judge me?
Why is this reality?

For those people who stare just become aware
I don’t mind I will give you a smile return
I am free
This is reality


.:Milenia Muslim Feb, 2009

Saturday, October 30, 2010

sadaqah


Dalam satu riwayat diceritakan , suatu hari Allah SWT mendatangkan seekor belalang emas yang hinggap di lengan baju nabi Ayub a.s. Tetapi baginda menepis lengan bajunya agar belalang tersebut jatuh. Lalu Allah SWT berfirman: "Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?". Nabi Ayub a.s menjawab: "Ya Benar, wahai Yang Maha Pencipta!Demi keagungan-MU apalah makna kekayaan tanpa keberkata

Kisah di atas menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kekayaan tifak akan membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan cukup.Sebaliknya, tanpa keberkatan rezeki yang meskipun banyak akan dirasakan kurag dan masih berasa susah.

Agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi berkat, Rasullulah SAW menganjurkan kepada umatnya untuk memperbanyak sedekah.Sabda Baginda SAW: " belilah semua kesyukuran dengan sedekah".Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan "Setiap awal pagi, semasa terbitnya matahari, ada dua malaikat menyeru manusia di bumi.Yang satu menyeru, "Yah Tuhanku, kurniakan lah anti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah."Yang satu lagi menyeru, musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah SWT.Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan merugi di dunia dan akhirat kerana tidak ada keberkatan pada hartanya. Jadi, tegasnya orang yang bersedekah sebenarnya adalah untuk kepentingannya.

Keutamaan sedekah bagi orang yang mengamalkannya:

1) Allah berfirman dalam Al-Quran bahawa Dia akan membalas setiap kebaikan hamba-hambaNYA dengan 10 kebaikan.Bahkan, dia ayat yang lain dinyatakan 700 kebaikan."Pancinglah rezeki dengan sedekah"

2) Sedekah menolak bala.Rasulullah SAW bersabda: "Bersegeralah bersedekah, sebab bala tidak pernah mendahului sedekah."

3) Sedekah dapat menyembuhkan penyakit.Rasulullah SAW menyatakan: "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah"

4) sedekah dapat memanjangkan umur, Sabda Rasulullah, "Perbanyaklah sedekah, sebab, sedekah boleh memanjangkan umur.

Mengapa semua itu boleh berlaku? Sebab, Allah SWT mencintai orang-orang yang bersedekah.Kalau Allah SWT sudah mencintai seorang hamba-NYA, maka tidak ada perkara yang tidak boleh di selesaikan, tidak ada permintaan dan doa yang Allah tidak makbulkan, serta tidak ada dosa yang Allah tidak ampuni, dan hamba tersebut akan meninggal dalam keadaan husnul khatimah..Kekuatan dan kekuasaan Allah jauh lebih besar dari persoalan yang di hadapi oleh manusia.Kalaulah manfaat sedekah bagitu dasyatnya, adakah kita masih belum juga tergerak untuk mencintai sedekah?..


Friday, October 29, 2010

~ perhatian kpd kaum Hawa....



Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


wasalam……

p/s: fwd from tmn2 syurga...........bgus tuk peringatan kita....kaum hawa....sila ambil perhatian.....share la dgn yg lain..mayb ada yg pernah bc...tp bc skali lg tuk peringatan kita....

sumber: ILuvislam.com

Friday, October 15, 2010

..saat lafaz sakinah..


Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu




Artis : Far East

Friday, October 8, 2010

Renovate!!


Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tetapi apabila isi ikan itu mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar di nodai, tetapi bila hati telah mati, mudahnya di pengaruhi..

Semoga Allah sentiasa pelihara hati kita, hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahNYA sudah tentu hati yang menyesali akan dosa-d0sanya..

Semoga hati kita ini ialah sentiasa mendamba cinta dan kasih ILAHI ...saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka..

Di situlah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka
kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih..

hati kita seeloknya selalu berbisik:
"Aku tahu bila ALLAH mencintaiku iaitu saat aku membenci segala kejahatanku.."

"Apabila hati insan mengalami perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain, diri insan itu juga akan berubah.Apabila seseorang individu berubah. Ummah jua akan berubah. Apabila kau inginkan perubahan, maka baikilah hati manusia dengan mengenalkannya dengan Allah secara hakiki"-Hasan Al Banna

ayuh marilah kita sama-sama menyucikan hati dengan sesucinya. Penuhilah hati dengan dzikrullah. Mudah-mudahan saat akhir hidup kita yang terlontar dari bibir adalah kalimah Allah. InsyaAllah…Didiklah hati ini dan ajari hati ini dengan kebesaran Allah.

Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday, October 6, 2010

UIA di hati ku...


Syukur di panjatkan kpd NYA kerana telah mempermudahkan segalanya. Alhamdulillah, saat yang di nanti oleh insan yang bergelar mahasiswa..detik-detik majlis istiadat menerima ijazah di hari konvokesyen yang penuh dengan saat kegembiraan dan kesayuan. 6 tahun membesar di UIA bukanlah tempoh yang pendek, pelbagai rintangan di lalui, pengorbanan masa, tenaga dan lain-lain lagi. Di bumi Taman Ilmu dan Budi ini lah banyak mengajar aku segalanya. Integrasi ilmu dan Islamisasi ilmu merupakan nilai utama pengajian di UIA. Aku mengenali Jemaah dan terdidik dengan tarbiyyah yg banyak memberi pengajaran dalam melayari bahtera hidup ini. Saat debaran berada di dalam dewan pelbagai perasaan di rasai..sedih, terharu, gembira dan bahagia. Tak tergambar oleh kata-kata.







Di kesempatan ini, segalung tahniah di ucapkan kepada semua sahabat-sahabat yg telah berjaya menerima ijazah pada hari yang di tunggu itu . Semoga kita dapat membawa misi dan visi UIA. Kitalah produk UIAM yang akan menyumbang kepada pembangunan ummah dan membawa misi rahmatan lil’alamin…Insya Allah

Terima kasih kepada Ayah, Mak yang banyak berkorban untuk anak mu ini. Doa yang sentiasa di panjatkan kepada NYA untuk kejayaan diri ini. Kini anak mu kembali ke desa halaman untuk menyumbang jasa dan pengorbanan demi bangsa, agama dan Negara. Moga Allah merahmati Ayah dan Mak. Kalian sumber inspirasi hidupku. Buat abang, kakak, adik-adik ku..terima kasih kerana sokongan kalian untuk aku terus berusaha dan Berjaya dalam hidup. Semoga sinar kebahagiaan akan sentiasa mewarnai keluarga kita…

Kepada rakan-rakan sekuliyyah..Suhaila, Ros, Sad, Sarah, Bushra, Yam , Jihah, Dja dan semua yang mengenali diri ini..terima kasih kerana bersama-sama di kala suka dan duka.sama-sama bertungkus lumus, sepanjang persahabatan kita sejak di Matrikulasi (2004) pelbagai di tempuhi. Memori kita semua akan abadi tersemat di hati ini…Luv u all. Tak di lupakan juga buat semua pensyarah-pensyarah yang tidak mengenal letih dan jemu untuk mendidik dan curahan ilmu kpd kami….Dr. Haslina, Dr. Farid, Dr. Wan, Dr. Kamar, Dr. Yamin dan seluruh tenaga pengajar di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama dan juga Jabatan Komunikasi UIA..pensyarah course Minor yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan dorongan untuk terus Berjaya. Semoga Allah merahmati kalian..aminnn.

Seribu Penghargaan dan terima kasih buat sabahat-sahabat seperjuangan PKPIM-ABIM- WADAH..sahabat-sahabat GEN-2 PKPIM UIA, abg2 , kakak2 dan adik2…bersyukur kepadaNYA kerana telah mempertemukan kita..indahnya Ukhuwah kerana NYA..segala suka dan duka bersama-sama akan sentiasa tersemat di sanubari. Semoga kita akan terus istiqamah dalam medan ini. ..Hidup Biar Berjasa.

Salam kejayaan untuk semua..selamat melangkah ke dunia yang lebih mencabar…semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita di dunia dan di akhirat..aminnn


P/s**Hati menjadi sayu dan sebak apabila menghayati dan menyanyikan lagu UIA yang baru ketika di dalam dewan…:


Let ‘s lead the way
Enlighten the future
Share the wisdom
Through the spirit of Islam

Revelation and Reason
We shall excel, we shall prevail
Merging faith and knowledge
We’re the khalīfah
We’ll fulfill the Amānah

Chorus:

Together,
We make the world a better place
Forever,
Expand the culture of Iqra’
IIUM,
Is to realise, the meaning of…
Rahmatan li’l-Alamīn

Together,
We make the world a better place
Forever,
Expand the culture of Iqra’
IIUM,
Is to realise, the meaning of…

(Mercy to all the worlds)

For all mankind


Related Posts with Thumbnails