"Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sesungguhnya ALLAH bersama orang yang berusaha membaiki amalannya" (Surah al Ankabut, 29:69)
~salam pembuka bicara~
Saturday, April 21, 2012
Impian
Suamiku,
terlafaz lancar sebuah akad,
setulus hati mahar diberi,
terangkat sudah segala penyekat
diriku kini kau miliki..
Dalam keharuan,
air mata ibuku berguguran,
ayahku sebak melepaskan,
Puterinya kini kau jagakan
Suamiku,
jika diriku diterima kerana kelebihan,
kau kan kecewa bila terlihat kekurangan,
jika dirimu diterima kerana kecantikan,
kau kan bosan bila ia beransur hilang
Aduhai suamiku,
Jelaskanlah niat dan matlamat,
Menerimaku kerana agama,
baru hidup beroleh berkat,
bahagia hingga ke syurga.
Ketahuilah suamiku,
kau pemilik cintaku,
setelah Allah dan Rasul,
Suluhkanlah buatku,
Jalan menuju yang Satu.
Suamiku,
hadiah mahal terbilang,
Bahtera penyelamat yang utuh,
gelombang dan karang,
tak mampu meruntuh.
Suamiku,
kita dua insan berbeza,
cita dan cinta yang sama,
Jadilah dirimu sebenarnya
terimalah aku seadaanya
Suamiku,
Asam garam rumah tangga,
khilaf dan salah pasti ada,
sama-samalah berlapang dada
pemula maaf paling mulia
Suamiku,
menang bukan bererti benar,
kalah bukan bererti salah,
dalam debat, hormat memagar
tawadukmu budi terindah.
Suamiku,
berjanjilah padaku,
Dengan kemuliaan dirimu,
kenalkan aku dan generasiku
Pada kemuliaan Penciptamu..
Hasil nukilan Fatimah Syarha (penulis Buku; Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul)
>kini ku telah dimiliki...menjadi suri hidup buat insan yang bernama suami...
Sajak ini ku tujukan khas buat suami ku...
semoga bait al muslim yang telah dibina ini akan berkekalan hingga ke syurga...
Jauh itu dekat, Allah penghubung dua hati, 1 jiwa..
"Ya Allah, Engkaulah jaga suamiku, tika aku tidak bisa ada disisinya..."Ameen...
Sunday, March 4, 2012
c.i.n.t.a MU
Saturday, March 3, 2012
mestica: mimpi yang indah..
Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

Monday, January 16, 2012
tudung saji & lesung batu
Assalamualaikum..w.b.t
Kesibukan tugasan pendidik di awal tahun memang sangat menguji semangat ketekunan jiwaku.Ermm...rasanya, bukan sahaja pada awal tahun.Malah sepanjang tahun..alhamdulillah...hari ini 16 Januari 2012, minggu ke 3 persekolahan bagi sesi 2012. Murid-murid ku semakin menunjukkan bunga-bunga "wajah" mereka yang sebenar....:). Semangat di awal tahun, moga-moga berterusan hingga ke penggal kedua nanti.
Tahun 2012...dimulakan dengan kisah suka dan duka...
Januari 2012 juga perpisahan dengan insan yang rapat dan baik denganku.
Nuriah, rakan pendidik di SKLMS, yang terpaksa di tukarkan atas arahan PPD Sentul. Pertukaran untuk mendapatkan seorang guru Sains.Perpindahan yang tidak di jangka dalam waktu terdekat ini. Saat majlis perpisahan di umum, pertukaran Ustazah Nuriah, murid-murid terkejut dan tidak menjangkakan.Walaupun perkenalan setahun di MBS, tetap merasakan kuatnya ukhuwah antara kami. Ya, bertugasa di MBS sangat "istimewa", mungkin kerana sekolah yang kecil dan bilangan murid yang tidak ramai.Ini membuatkan kami sangat rapat.
Walaubagaimananpun, kami terpaksa akur dengan arahan, Nuriah di tukarkan. "Semoga jiwa pendidik yang ada dalam jiwamu, menguatkan semangat untuk berkorban mendidik anak-anak bangsa..in sha Allah...".Selamat bertugas di sekolah baru..teruskan kecemerlangan sebagai seorang murabbi yang berjaya di dunia dan akhirat.
SKLMS kehilangan seorang lagi guru yang berwibawa...
Tahun 2012 juga, perpisahan kakak teman serumahku, guru SK Convent Sentul 1, yang telah mendapat tawaran DPLI di UPSI. Terima kasih kak Mie atas segalanya, halalkan makan dan minum, mohon maaf atas segala silap dan salah.....
Hehe..terima kasih, hadiah bufday (gambar di atas)....dah lama nak beli kedua-duanya, tapi tak jugak di beli. Hari ini kak mie datang ambil , barang-barang yang masih ada di rumah. Pabila mengakat tudung saji, ada lesung batu yang comel."tak ade lesung se comel tu kat sentul ni, terima kasih kak mi"kataku pada kak Mie.
Kak mi:ambil la shida, kak mie memang nak kasi kat shida, dah lama kan shida dok cari lesung batu.Shida kan suka masak yang pedas-pedas, senang nak buat sambal belacan, kalau ada lesung ni..:)
Terharu la....:)
terima kasih kak mie untuk kedua-duanya..
I will miss u....:'( .sedih la....dah kurang sorang teman serumah yang baik macam kak mie...
Tudung saji pun baru ada kan...dok rumah ni dah hampir setahun, tudung saji baru nak di gunakan.Tiap kali dah makan, mesti makanan letak dalam peti ais.
Itulah alkisah lesung batu dan tudung saji.....
**ku mendoakan moga kalian berdua berjaya & menjadi pendidik..murabbi yang cemerlang di dunia dan akhirat.Semoga tabah mendidik dan melayan karenah anak-anak murid yang semakin hari, semakin mencabar tugas seorang guru......

Monday, January 2, 2012
Januari 2012
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Sudah lama tidak mengemaskini teratak blog aku ni, bermula cuti sekolah kembali ke IPG selama sebulan untuk menghadiri KDC. Sungguh!kelas yang terlalu padat dan tugasan yang amat banyak. Alhamdulillah, dapat di lalui dengan hati yang tabah...^____^. Baki cuti sekolah yang ada di manfaatkan bersama keluarga.Sabar...ada lagi enam bulan untuk habiskan pengajian ni. Mohon maaf kepada semua sahabat yang selamat menamatkan zaman bujang pada cuti sekolah ni, tidak dapat menghadirkan diri semasa majlis kalian. Tahniah!semoga bait al muslim yang telah di bina berkekalan hingga ke syurga.
2012...catatan muka surat diari dan planner diari baru:).Refleksi 2011 masih ada perlu di halusi..semoga segala perancangan pada tahun baru akan di permudahkan olehNYA..
29 Disember 2011..kembali ke Kuala Lumpur
30 Disember 2011...ke sekolah, pendaftaran dan orientasi tahun 1
31 Disember 2011..Mesyuarat Khas PIBG dan Panitia. berkesempatan menghadiri Mini Karnival Indahnya Islam dan Jejak Belia Metropolitan, dakwah lapangan melihat "sakitnya" masyarakat yang menyambut tahun baru di dataran merdeka.
1 Januari...ulang tahun kelahiranku..:), terima kasih mak kerana melahirkan anak perempuan mu ini. terima kasih mak dan ayah...atas segala pengorbanan membesarkan dan mendidika kami adik-beradik.
2 Januari...Usrah Gen-2 di Putrajaya, rumah Kak Hana dan Abang Firdaus
3 Januari...ke sekolah, menyiapkan kerja di sekolah yang masih belum siap sebelum sekolah di buka pada hari rabu.
4 Januari 2012...selamat kembali ke sekolah...semoga anak-anak didik ku bersemangat ke sekolah..:)
30 Januari 2012...selamat berpraktikum kepada semua guru-guru Pelatih KPLI jQAF LPBS ambilan januari 2011..semoga semuanya dipermudahkan olehNYA...ameen...
Selamat datang Tahun 2012!
Selamat Tinggal 2011.....

Subscribe to:
Posts (Atom)