~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Wednesday, September 21, 2011

1 Bulan 1 Buku: Siti Hajar..Citra Cinta & Pengorbanan


Siti Hajar Wanita mulia
Insan terpilih dan istimewa,
Perintah suami dituruti segala,
Di duga Allah meningkat imannya,
Biarpun di tinggalkan di lembah tandus dan gersang,
Bersama Ismail putera tercinta.
Jiwanya tabah menempuh rintangan.

Perintah Tuhan, Hajar laksanakan, di lembah Bakkah tandus dan kering-kontang
Bekalan makanan sedikit tersisa,
Habis semua kembali lapar dan dahaga,
Kuasa Tuhan tiada siapa mampu menghalang,
Terpancarlah mata air Zam Zam, kurniaan Tuhan melimpah-limpah.

Bukir Safa dan Marwa menyaksikan keimanan,
Berlari-lari tujuh kali Hajar laksanakan,
Hikmah di sebalik apa yang di lakukan,
Itulah sai di kerjakan insan.

Menunaikan ibadah haji,
di umpamakan insan yang lahir bersifat bersih dan suci,
Di kota Makkah manusi mengerumuni, mengakui kelemahan diri,
Dalam sebuah pencarian kehidupan ini,
Ibadah korban di tunaikan tanda cinta sejati,
Mencari reda daripada Ilahi,
Kerana Tuhan adalah...
Yang Maha Benar dan Hakiki...


**Catatan Naurah:
Judul: Siti Hajar..cinta citra dan pengorbanan
Penulis : Nurasyikin Ahmad
Terbitan: PTS Millennia.

Resepi Cinta Ibnu Athaillah



Cuaca tika senja ini sungguh indah, sekawan burung riang berterbangan di layar angkasa. Agaknya baru pulang dari mencari rezeki, desis hatiku. Mentari pula mula menyorokkan diri bagi memberikan peluang sinar sang rembulan menjelma...

"Subhanallah banyak sungguh nikmat-Mu. Namun, mengapa manusia masih mendustakan?"

Selang beberapa minit, seruan azan mula berkumandang, sayup-sayup di ruang angkasa menandakan waktu maghrib sudah tiba. Tanpa berlengah ku bawa diriku menghadap Pencipta yang esa. Seusainya solat, ada tazkirah yang disampaikan oleh pak imam. Hatiku berbunga.Sudah lama aku tidak mendengar tazkirah sebegini.Tika itu memoriku mengimbau kenangan indah bersama-sama rakan seperjuangan di alma mater. Rindu sungguh!!! Tajuk yang ingin disampaikan hari ini sungguh menarik, terutamanya kepada golongan remaja seperti aku.Tajuknya, 'Resepi Cinta Ibnu Athaillah'. Ayuh kita selaminya bersama...

Sidang hadirin sekalian, Ibnu Athaillah pernah mengungkapkan dalam kitabnya bahawa tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kesenangan dunia selain rasa takut kita kepada Allah sehinggakan mampu menggetarkan jiwa atau rasa rindu kita kepada Allah yang boleh membuatkan hati kita merana. Ingatlah, kita tidak dapat mengelakkan diri dari disapa hembusan hangatnya cinta. Namun sedarlah kembali, apakah tujuan dan matlamat penciptaan diri kita ini, iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah. Sedarlah wahai pemuda, bahawa cinta pada perempuan yang bukan isteri kita adalah syahwat dan cinta kepada seorang lelaki yang bukan suami kita juga adalah syahwat. Sebaiknya kita keluarkannya daripada hati kita secepat yang mungkin. Usah dibiarkan ia terus mengotori sekeping hati kita. Hati adalah raja yang mentadbir diri kita. Jika baik hati itu, maka baiklah diri kita. Namun jika buruk hati itu, maka buruklah diri kita. Sesungguhnya perasaan itu sukar untuk kita keluarkan atau usir dari dalam diri kita melainkan kita memiliki dua perkara iaitu:-

Pertama: Rasa cinta kita kepada Allah yang luar biasa. Rasa cinta yang menggetarkan dinding hati. Sehingga di hati kita hanya timbul kecintaan mendalam kepada Allah. Cinta kepada yang selain dari-Nya akan lenyap dan terusir dengan sendirinya seperti hembusan angin meniup pepasir di padang tandus.
Kedua: Rasa kerinduan kita kepada Allah yang maha dahsyat, sehingga membuatkan diri kita terpenjara merana. Andai kita berasa merana kerana rindu kita kepada Allah, maka kita tidak mungkin merana kerana cinta kita pada yang lain. Andai fikiran kita sudah sibuk memikirkan Allah maka tiada masanya lagi otak kita ligat berfikir mengenai yang lain.

Wah sungguh menarik kata imam tersebut.Terkesan sungguh sehingga mencecah lubuk dasar hatiku. Sekarang baru ku sedar, bahawa cinta kepada manusia bukanlah seindah yang disangka kerana mungkin akan membawa kepada perpisahan tetapi cinta kepada Allah sudah semestinya kekal abadi. Begitulah tazkirah yang ringkas tetapi meninggalkan sisa positif dalam hatiku. Ingatkan tukang masak saja ada resepi yang hebat rupanya pemikir islam dahulu lebih hebat dan hangat resepinya. Begitulah resepi cinta Ibnu Athaillah, seorang ahli sufi...

sumber: www.iluvislam.com

Sunday, September 18, 2011

Semudah ini kah?in sha Allah..pasti boleh...:)


✿Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
✿Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
✿Belajarlah TAAT walau BERAT
✿Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
✿Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
✿Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
✿Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
✿Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu....^__^

imbauan 40 Tahun ABIM:Mempopularkan Budaya bertudung


Oleh: Prof Dr Khalijah Salleh, Setiausaha Wanita ABIM (Ketua HELWA ABIM), 1973-1974

Saya masih ingat kenangan ketika mula-mula mempelopori pemakaian tudung kepala bersama beberapa orang rakan. Hasrat ini timbul setelah membaca Al-Qur'an. Semasa itu hasrat untuk mengamalkannya begitu mendalam. Bagaimanapun pada peringkat awal, kami mendapat tentangan kuat daripada pelbagai pihak yang tidak menyenanginya. Kami banyak kali disindir dan digelar dengan bermacam-macam gelaran seperti "orang pakai dakwah","hantu bungkus" dan sebagainya.

Alhamdullilah, dalam hal ini kami mendapat sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya Kementerian Pendidikan. Kini pemakaian tudung tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik bagi kaum wanita di Malaysia, malah majoriti wanita Melayu dan Islam mula menyedari keperluan dan tuntutan memakai tudung ini. (Dipetik daripada buku, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 1971-1996)

*Antara Hasil nukilan
allahyarhamah Prof Dr.Khalijah Mohd Salleh. Seorang ibu, mujahidah, srikandi yang telah melalui pahit, getir di medan dakwah..

Pesan allahyarhamah Prof Khalijah sblm beliau tenat:
1) Terus didik generasi muda utk cinta pd kerja dakwah, berbakti pd masyarakat sebagai bekalan di akhira t.
2) perkukuh ukhuwwah kerana Allah: ini kekuatan!
3) Terus realisasikan idea2 besar dlm bentuk program2 supaya sampai manfaat pd masyarakat.
4) Tugas mulia ialah untuk terus membina watak manusia bteraskan keimanan yg tinggi pd Allah.


Semoga Allah menempatkan allahyarhamah di kalangan orang-orang yang beriman..al fatihah.Semoga generasi penyambung perjuangan terus bersemangat untuk menggalas taklifan ini. Kita adalah daie, murabbi penyambung wasilah anbiya'....


Sumber: www.abim.org.my

Al Fatihah untuk PROF KHALIJAH SALLEH


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerima khabar sedih kembalinya Profesor Dr. Khalijah Salleh, mantan Ketua Hal Ehwal Wanita ABIM ke hadrat Allah Subahanallah Ta’ala pada jam 10:01 pagi, 17 September 2011. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Wad Warga, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Jenazah beliau ketika ini sedang diuruskan di rumah beliau di Seksyen 8, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Pemergian beliau sebagai seorang tokoh akademik dan sains yang disegani serta aktivis dakwah yang komited pastinya amat dirasai oleh ABIM dan umat Islam di Malaysia. Prof Dr Khalijah juga sangat terkenal sebagai tokoh yang mempelopori bidang Sains dan Tauhidik. Kebitaraan beliau di dalam bidang ini menjadikan beliau sangat dihormati dan disegani dalam bidang kepakarannya kerana berjaya menonjolkan kaitan sains dan paksi tauhid sebagai asas memperkukuh aqidah ummat islam.


Di saat beliau tenat terbaring, beliau masih gagah untuk terus berpesan agar terus mendidik generasi muda untuk terus mencintai kerja dakwah dan terus berbakti kepada masyarakat. Sehari sebelum pemergiannya pada tanggal 16 September, wakil keluarga beliau menyampaikan penyerahan sumbangan Waqf tanah beliau untuk projek pendidikan ABIM Selangor.


Sesungguhnya Prof.Khalijah telah mengajar kita erti pengorbanan dan perjuangan. Usaha memperkukuh ukhuwwah kerana Allah SWT dan agenda merealisasikan idea-idea besar untuk manfaat ummat seperti yang dipamerkan oleh Allahyarhamah mesti diteruskan oleh watak manusia berteraskan keimanan yang tinggi kepada Allah SWT.

Barisan pimpinan ABIM dengan ini merakamkan ucapan takziah buat keluarga beliau dan tetaplah bersabar menerima ujian dan ketentuan Allah SWT. Marilah kita memanjatkan doa moga ruh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Al Fatihah.

AMIDI DATO' ABDUL MANAN
Presiden
11:00 pagi, 17 September 2011

Sumber: www.abim.org.my

sharing is caring.....^___^


Artikel yang menarik!
Moga menjadi panduan dan pengajaran dalam hidup untuk menempuhi alam perkahwinan...

Takutlah kalian sebelum menempuh pernikahan..

Coretan ini ditulis, ditujukan khas kepada Akh Doc Abdullah Ameen & Ukht Ummu Umair yang akan bernikah beberapa ketika dulu dan juga kepada teman lain yang bakal menyandang status suami isteri, yang akan disatukan di persada pernikahan, moga ALLAH mengumpulkan kalian dalam keberkatan..

Nukilan ini berdasarkan sedikit pengalaman sendiri dan banyaknya pengalaman orang lain yang dikongsi dan diperhati.. Moga menjadi tazkirah pada saya dan kita semua yang bergelar isteri dan suami.

* * *




Sekian lama kalian menyusun tarikh perkahwinan

Kalian mempersiap rumah untuk hari baru suami isteri

Berbulan, bertahun kalian pening kepala untuk walimah satu hari

Warna tema, dulang hantaran, DJ Team, senarai tetamu..

Hidangan buffet kah, lembukah, ayamkah, kerbaukah..



Di sebalik kalian merisaukan kewangan yang terhad

Kalian memikirkan perancangan berbulan madu

Kalian memikirkan kebahagiaan alam perkahwinan

Kalian membayangkan segala kebaikan dan keindahan



Duhai teman,

Takutlah jika kalian memasuki perkahwinan dengan jiwa yang miskin

Jiwa yang miskin sering sempit, sering keluh kesah

Tidak menghitung kebaikan pasangan

Tak mampu menghargai pemberian dia yang tersayang

Tidak mensyukuri cinta yang dianugerahkan tuhan



Takutlah berkahwin jika kalian tipis kesabaran tipis sangka baik

Takutlah melangkah ke alam pernikahan jika kalian mudah marah kerap merajuk

Mudah lepas cakap, mudah menyalahkan

Takutlah jika kalian punya sikap sukar memberi maaf, sukar memohon maaf



Takutlah kalian dengan sikap yang suka memberontak

Takutlah kalian dengan hati yang keras dan mudah melawan

Takutlah kalian jika kalian sering ego mengakui kesilapan

Takutlah jika kalian ego melakukan perubahan dan perbaikan



Takutlah kalian jika kalian memiliki banyak karakter buruk ini

Kasih sayang hanya mekar setahun, atau sebulan



Bertahun kalian merancang pernikahan

Mudah sahaja pernikahan bergolak andai sifat mazmumah tidak dibersihkan

Takutlah menginjak ke alam pernikahan andai kabur hakikat kehidupan

Takutlah kalian andai ilmu dan buku bukan teman kalian yang sering berdampinan

Takutlah kalian andai ALLAH dan Rasul bukan menjadi tujuan pernikahan



Takutlah kalian jika enggan dan tak pandai menerima peringatan pasangan

Takutlah kalian jika sering tak berhikmah menyampaikan teguran

Takutlah sekarang, jika kalian sering mendahulukan perasaan dari ilmu dan iman

Bersedialah rumahtangga itu menjadi medan pergaduhan

Yang membara dengan kebencian

Yang tak ditembus rahmah dan kasih sayang



Apatah lagi jika roh solat dan quran berjauhan dari sanubari kalian

Pasti.. dengan akhlak yang tak dicantikkan, adalah pasti kepada hambarnya sebuah percintaan

Pasti .. dengan melupakan tuhan, adalah pasti pada kosong peritnyanya sebuah perkongsian kehidupan



Kerana pernikahan itu bahagia dengan akhlak yang baik

Kerana pernikahan itu indah dengan suburnya jiwa mahmudah

Kerana pernikahan itu manis pada kesungguhan membahagiakan pasangan

Dan..

Pernikahan itu bahagia barokah pada hubungan dengan ALLAH yang selalu diteguhkan...


..t.h.a.n.k.f.u.l...


"A calamity that makes you turn to ALLAH
is better for you than a blessing which makes you forget
the remembrance of ALLAH" - Syeikh Ibn Tamiyyah

Saturday, September 17, 2011

~Mujahadah~


Syair yang di ungkapkan oleh Imam Syafie:
"Sesungguhnya aku mencintai orang soleh, padahal aku bukan daripada kalangan mereka.
Harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka nanti.
Dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat walaupun aku sendiri mungkin daripada golongan mereka"
(Fiqh al 'ibadat, jil.1, halaman.24)


Al Raghib al Asfahani berkata: "Mujahadah ialah mencurahkan segala kemampuan untuk melawan musuh."


Sunday, September 11, 2011

Kisah cinta Muslimah



“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami pendamping yang dapat mententeramkan hati kami

Yang dapat mendekatkan diri kami kepada-MuYang dapat mengistiqamahkan kami di jalan-Mu

Yang rela syahid di jalan-Mu”

Tak pernah menyebut sebuah nama dalam memanjatkan doa kepada Allah SWT,

Sebagaimana sebuah pesan yang indah :

“Mana lelaki baik yang kamu tunggu-tunggu itu?

Yang menutup pendengarannya dari hal-hal yang haram,

yang menundukkan pandangannya dan yang mencari wanita yang baik,

melalui jalan yang digariskan?

Lelaki itu namanya tidak tercatat dalam ingatanmu,

Juga tidak alamat,atau nombor telefonnya.

Ia hanyalah deretan sifat-sifat yang jika terdapat pada seorang lelaki yang melamarmu,

Maka dialah calon suamimu…

Cinta seorang muslimah mahal harganya

Hanya akan dilabuhkan cinta pada seseorang yang diredhai Allah SWT,

Hanya boleh dibeli dengan sebuah mitsaqan ghalizan

Hanya dengan akad nikah yang indah

Yang disaksikan oleh Allah SWT dan malaikat-malaikat-Nya, keluarga, dan sahabat

Wanita dicipta bukan untuk dikagumi banyak lelaki,

Tapi untuk seorang lelaki.. Suami.

Suami adalah anugerah dari Allah SWT untuk meraih syurga-Nya

Seorang wanita boleh memasuki pintu surga,

Melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya,

Cukup dengan 4 syarat saja, iaitu :

solat 5 waktu, puasa di Bulan Ramadhan,taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya

Mengharungi bahtera keluarga dengan doa:

“Ya Allah.. Engkau jadikanlah rumah tangga, syurga sebelum syurga

Tuhan.. jadikanlah rumahku masjid-Mu untuk mengingati-Mu,

Sumber ilham dan ilmu.. Sumber ketenangan

“Ya Allah.. Engkau jadikanlah keluargaku tapak perjuanganku”

Amiin..

sumber:pakarcinta.com

Wednesday, September 7, 2011

Hanya pada MU....


"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku.

Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu.

Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim.

Ya Allah bahawasanya waktu duha itu duha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-Mu.

Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika di atas bumi, keluarkanlah, jika sukar memudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah cahaya yang menerangi langit dan bumi serta seisinya, Engkau yang hak,janji-Mu adalah haq (benar), menghadap kepada-Mu itu juga haq (pasti), syurga itu haq (benar), neraka itu haq, hari kiamat itu haq,nabi itu-nabi itu adalah haq dan nabi Muhammad itu haq.

Ya Allah, kepada-Mu sajalah aku berserah diri, kepada-Mu sajalah aku bertawakal, hanya pepada-Mu aku bertawakal, hanya kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu sajalah aku bertahkim.

Maka ampunilah dosaku yang silam dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang nyata. Engkau yang awal dan Engkau yang terakhir.

Tiada Tuhan selain Engkau. dan tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."
Related Posts with Thumbnails