Puasa juga dikira ibadat dan kewajipan seperti sembahyang. Kita wajib melatih anak-anak menunaikan ibadat ini.
Jika bapa atau penjaganya mendapati kanak-kanak itu sudah mampu berpuasa, bolehlah dia melatih anaknya berpuasa beberapa hari pada setiap bulan, setahun demi setahun. Misalnya dalam setahun dia melatihnya berpuasa sebanyak tiga hari, pada tahun yang lain selama seminggu, seterusnya dua minggu dan sehingga sebulan penuh. Apabila dia telah baligh, dan ditaklifkan berpuasa, dia tidak lagi susah untuk mengerjakan puasa kerana sudah biasa dan mahir.
Inilah cara Islam melatih kanak-kanak sejak dari kecil lagi dengan adab-adab Islam dan kewajipan-kewajipannya.
Seorang penyair berkata, maksudnya:
Adab itu bermanfaat semasa kecil, ia tidak memberi faedah lagi ketika telah dewasa.
Dahan yang lembut mudah teguh bila dilentur...
Dan akan menjadi keras (tidak lembut) bila ia telah menjadi kayu.
Ibu bapa dan penjaga hendaklah membiasakan anak-anak mereka, sama ada lelaki atau perempuan, berpuasa dan sembahyang. Sembahyang diajar ketika umur mereka tujuh tahun dan jika enggan bersembahyang pada umur sepuluh tahun mereka hendaklah dipukul.
Perkongsian Wardina Safiyyah bagaimana dia melatih anak-anak berpuasa amat menarik, Antara yang dia kongsikan ialah memberikan penekanan tentang solat,beri kefahaman kepada anak-anak kenapa mereka perlu berpuasa, berpuasa kerana bukan paksaaan...
**Buat renungan buat pendidik-pendidik di luar sana..^___^
--Kalau guru mengajar sambil duduk
murid akan belajar sambil mengantuk
--Kalau guru mengajar sambil berlakon
murid akan belajar dengan tekun
---kalau guru mengajar mengajar banyak cakap
pada murid akan gagap
---kalau guru pemudah cara
murid belajar pandai berbicara
---kalau guru mengajar tanpa menilai
tidak akan tahu murid bodoh atau pandai
---kalau guru berbudi bahasa
di kenang murid sepanjang masa....
No comments:
Post a Comment