~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Sunday, May 8, 2011

~~Sejuta cinta untuk ibunda...~~

Assalamualaikum w.b.t sahabat2, semoga kalian sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan kasih NYA.Syukur pada masih di bernafas di muka bumi ini untuk terus melaksanakan taklifan hamba dan khalifahNYA. Untuk edisi perkongisan 1 bulan 1 buku kali ini, buku nukilan Burhan Sodiq menjadi pilihan untuk di kongsikan bersama sahabat2. Pendekatan muhasabah di pilih oleh penulis ayat yang mudah di fahami dan menyelitkan kisah-kisah yang sarat dengan hikmah daripada al-Qur'an dan Hadis Rasulullah SAW.
Antara bab-bab yang di ketengahkan oleh penulis ialah; Ibu, Aku sayang kamu, Aku ingin menyintaimu, Beza Birrul walidain dan uququl walidaon, keutamaan berbakti kepada ibubapa, menjadi soleh di mata Ibunda, Ibubapa berbeza agama, Aku ingin mendoakannya dan sebalik pembohongan ibu.
Akhir zaman kini, kita dapat melihat dan perhatikan anak yang derhaka kepada ibubapa mereka. Mereka mengabaikan hak dan tanggungjawab sebenar terhadap ibu. Pada sesiapa yang masih punya ibu, mari kita muhasabah diri...sejauhmana kita menghargai mereka..Pada sesiapa yang ibu sudah kembali kepada PenciptaNYA..bingkiskanlah doa kepada mereka..kerana itu anak-anak yang soleh dan solehah adalah saham akhirat ibu dan ayah.

Daripada sahabat, Abu Abdirrahman Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda:
"Abdullah bin Mas'ud menceritakan, "Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang amal-amal yang utama dan dicintai Allah? Nabi SAW menjawab: Pertama, Solat pada waktunya (dalam riwayat yang lain di sebutkan solat pada awal waktunya). Kedua, berbakti kepada kedua ibubapa. Ketiga, jihad di jalan Allah" ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Buku ini akan membuatkan anda menangis dan menginsafi diri..tanyalah ibu anda.Ibu, adakah ibu meredai saya?"- Penulis.

"Naskah yang seharusnya dimiliki oleh setiap daripada kita yang bergelar anak kerana setiap daripada kita lahir ke dunia kerana ibu,"Tanpa ayah dan ibu siapalah kita..hanya memiliki reda mereka, kita dapat memiliki redha ALLAH SWT"...~ Tuan Guru Dato' Nik Aziz bin Nik Mat.

Untuk ibuku...
**ibu,
dalam dakapanmu..
ku rasa tenang...
ibu,
dalam senyummu..
penawar dukaku..

tabahnya hatimu..
ibu,
terima kasih kerana melahirkan ku..
tanpamu, aku tidak bisa di sini...
pengorbananmu terlalu berharga..
terima kasih ibu....

redup wajah mu di mamah usia..
senyuman itu sentiasa terpalit untuk anak-anakmu...
tidak ada keluh kesah...
tabahnya hatimu...

saat kejauhan ini..ku titipkan kerinduan buatmu ibu..
lantas ku menadah tangan dan berdoa...
Ya Allah, berikanlah ibu balasan yang sebaik-baiknya atas
didikan ibu padaku dan pahala yang besar
atas sayang yang
ibu limpahkan padaku..
peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku...


>>> Terima kasih kpd Ukhti Ain Che Razali..kerana menghadiahkan buku ini...**Tarbiyyah berterusan..Ukhuwah berpanjangan...uhibbuki fillah...:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails