~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~

Sunday, April 24, 2011

Kandungan Syampu Musnah DNA

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

KUALA LUMPUR: Beberapa jenama syampu di pasaran, termasuk yang popular dipercayai mengandungi bahan kimia formaldehid berlebihan sehingga mendedahkan pengguna kepada risiko kanser, alahan, ruam, kulit merekah dan lecur yang teruk.

Lebih menakutkan, formaldehid, bahan yang turut digunakan untuk mengawet mayat, boleh menyebabkan penuaan mendadak kepada pengguna, seterusnya membinasakan asid deoksiribonukleik (DNA) dan protein dalam badan pada jangka masa singkat sekiranya diambil dalam kuantiti berlebihan dan secara berterusan.

Bagi sesetengah pengeluar kosmetik, formaldehid bukan saja digunakan sebagai bahan pengawet dan penstabil dalam syampu, perapi rambut, gel mandian dan cecair pencuci tangan, malah turut digunakan untuk pembuatan produk kebersihan diri kanak-kanak.

Ahli Farmasi, Pusat Racun Negara, Sulastri Samsudin, berkata penggunaan asal bahan pengawet itu bertujuan memastikan produk yang dihasilkan mampu bertahan lima hingga enam tahun berbanding produk tanpa formaldehid yang mudah terdedah kepada pembiakan bakteria selepas enam hingga 12 bulan dihasilkan.

Namun, katanya, disebabkan sikap taksub pengguna yang mudah terpengaruh dengan iklan komersial yang memperagakan model jelita dan ternama, pengeluar produk dandanan diri mengambil kesempatan dengan mengetepikan kesan sampingan bahan kimia berbahaya itu kepada pengguna.

Bagi pengeluar terbabit, yang penting keuntungan bakal diperoleh mereka berlipat kali ganda berbanding kesengsaraan pengguna yang kurang pengetahuan mengenai saluran aduan yang betul setiap kali menghadapi kesulitan.

Menurut Sulastri, kandungan maksimum formaldehid yang dibenarkan dalam kosmetik adalah 0.2 peratus daripada keseluruhan kandungan produk manakala cecair pembersih luaran tidak melebihi 0.1 peratus.

“Bagi pengeluar produk kosmetik, mereka perlu mengisytiharkan kandungan formaldehid sekiranya penggunaan bahan terbabit dalam produk mereka melebihi 0.05 peratus.

“Mana-mana produk yang mengandungi formaldehid tidak melebihi kadar ditetapkan masih boleh digunakan semua peringkat umur termasuk kanak-kanak,” katanya.

Katanya, formaldehid adalah antara bahan pengawet yang biasa digunakan pengeluar syampu dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah selagi mematuhi peratusan dibenarkan Kementerian Kesihatan.

“Namun dengan penggunaan yang terlalu lama dan berulang, ia boleh mendatangkan masalah kulit yang serius lebih-lebih lagi kepada pengguna yang mempunyai masalah alahan atau luka pada permukaan kulit kepala.

“Ini boleh menyumbang kepada penuaan kulit berikutan kesan negatif yang menimpa pengguna,” kata Sulastri.

Beliau berpendapat individu yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser perlu lebih berhati-hati kerana mereka akan menghadapi risiko lebih tinggi berbanding pengguna biasa.

“Ia berikutan rangsangan yang dihadapi boleh mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam badan seterusnya meningkatkan jumlah pesakit kanser,” katanya.

Mengulas isu terbabit, Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa, Unit Perlindungan Pengguna, Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata pihaknya sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan kandungan produk syampu di pasaran menepati Akta Racun 1952.

“Bagaimanapun, sekiranya kementerian mengesan sebarang produk yang melanggar akta berkenaan, amaran kepada pengeluar dan rampasan produk akan dibuat.

“Produk terbabit juga akan dikeluarkan daripada senarai pasaran bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Darshan Singh, berkata pihak bertanggungjawab perlu mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kandungan setiap bahan kimia berbahaya dalam kosmetik dan alat penjagaan diri sentiasa mematuhi tahap ditentukan.

“Mereka tidak boleh berdiam diri dan bertindak berdasarkan aduan pengguna sahaja tetapi perlu merangka satu strategi untuk mengadakan sistem pantauan secara rambang pada satu jangka masa tertentu.

“Contohnya di luar negara, mereka mempunyai polisi ‘kaji semula produk’ yang membolehkan pihak berwajib menjalankan kajian terhadap produk secara rambang bagi memastikan ia sentiasa menepati gred yang ditetapkan,” katanya.

Harian metro

Sumber: www.muslimconsumer.org

Wednesday, April 20, 2011

Hakikat sebuah pernikahan..~~

Sepanjang bulan ni, sudah mula menerima jemputan walimah sahabat-sahabat yang bakal menamatkan zaman bujang mereka pada akhir bulan April, Mei dan awal Jun ini. Perkongsiaan artikel untuk renungan bersama..(^_^)...
~~Selamat Pengantin Baru kepada sahabat-sahabat yang bakal melangsungkan perkahwinan..Barakallahulakuma..semoga nur sakinah, mawaddah dan rahmah menyinari bait al muslim kalian, beroleh keberkataan daripada NYA...dan berbahagia hingga ke syurga..ameen..~~

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan. Hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan?

1. Jika hakikat pernikahan adalah kerana nafsu,
maka pasangan sering bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

2. Jika hakikat pernikahan adalah kerana harta,
maka pasangan bakal berpisah jika bangkrup atau jatuh miskin.

3. Jika hakikat pernikahan adalah kerana kecantikan,
maka pasangan bakal lari jika rambut mula beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana zuriat,
maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

5. Jika hakikat pernikahan adalah kerana keperibadian,
maka pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6. Jika hakikat pernikahan adalah kerana cinta,
hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik. Manusia yang dicintai juga akan pergi menyahut seruan Ilahi.

7. Jika hakikat pernikahan adalah kerana ibadah kepada Allah,
sesungguhnya Allah itu kekal dan maha pemberi hidup kepada makhluk-Nya. Dan Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai Allah.

Jadi yang mana satu pilihan kita?


sumber: amirsaid7

Tuesday, April 12, 2011

Perindu Cinta Abadi


Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia

Terasa bagai baying-bayang

Gelap walau di suluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah

Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hias rumah kasih abadi

Serik menghiasi singgahsanamu

Kau berjaya merubah segala

Kasih semalam menjadi esok
Kelunakan tangisan kasihmu

Dalam simpuhan ketaatan

Bagi mengharapkan keredhaan
Dari mu Tuhan pencipta alam
Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta

Sungguh agung pengabdianmu

Kau berjaya menjadi ikhtibar


Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat

Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman

Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

(Nasyeed: In team)

Lirik lagu Rabiatul Adawiyah menggambarkan sebenar..nukilan tsejarah hidup seorang Srikandi Islam, Nur Mujahidah seorang kekasih ALLAH. Titipan coretan pada kali ini, saya ingin berkongsi sebuah novel islami..kisah seorang wali Allah...Rabiatul Adawiyah..hasil karya Zahiruddin Zabidi. Penulisan sastera yang cukup indah, setiap bab menarik minat pembaca. Jika sebelum ini kita hanya mengetahui Rabiah seorang kekasih Allah yang hanya menghabiskan masa hingga hujung nyawanya bermunajat dan merindui Kekasih Abadi. Namun, di celah-celah kehidupannya, Rabiah melalui saat-saat yang getir dan kepayahan dalam hidup.

Rabiahtul Adawiyah adalah wanita yang di angkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cintanya tidak mampu di miliki oleh lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun Sultan negara yang datang merisik.Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untukNYA. Selepas kematian ayah dan ibunya, Rabiah terpisah daripada saudaranya dan di culik menjadi seorang hamba.

Tidak sedikit pun Rabiah kesal.Untuknya, Allah tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir ke arahnya,kerana dia terlalu rindu kepada KekasihNYA.
Merentasi lebaran kisah hidup kekasih Allah ini, membuat kita terfikir..betapa agung NYA cinta dan kasih untuk hamba-hamba yang bertakwa.Semoga kita sentiasa menjadi perindu cinta ABADI...mendamba kasih Ilahi...
Related Posts with Thumbnails