"Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sesungguhnya ALLAH bersama orang yang berusaha membaiki amalannya" (Surah al Ankabut, 29:69)
~salam pembuka bicara~
Tuesday, September 28, 2010
malu~
Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH SWT sifat malu
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal di perdaya pujukan nafsu
Kini si wanita sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilang MALU itu si wanita gagal melihat apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu
Aduhai, setiap lelaki juga di kurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU , si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya.JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan kata “TAKUTLAH AKAN ALLAH’
Kini, si lelaki itu hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita berbuat MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH SWT
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!
Sabda RASULLULLAH SAW, sesungguhnya MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya
MALUlah kamu dengan ALLAH kerana ingkar suruhannya
MALUlah kamu dengan Rasullullah kerana meninggalkan sunnahnya
MALUlah kamu keran lupa dan malas membaca al Qur’an
MALUlah kamu kerana tidak menghormati guru
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA
MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu
Maka percayalah bahawa itu akan menyelamatkan kita dari fasya’ walmungkar
*peringatan buat diri sendiri dan sahabat-sahabat semua…
Labels:
Muslimah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment