~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Nota RAMADAN 1



HEBATNYA KURMA!!

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.


Tenaga Serta-merta
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.


Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium.

Menguatkan Ingatan
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Meredakan Tekanan Darah
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.

Kandungan Kurma
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Kurma Dalam al-Qur'an; Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur'an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.


**Makanan sunnah Nabi Muhammad SAW yang mempunyai banyak khasiatnya...ayuh!kita amalkan...^__^


sumber :www.sihatselalu.com.my

Sunday, April 24, 2011

Kandungan Syampu Musnah DNA

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

KUALA LUMPUR: Beberapa jenama syampu di pasaran, termasuk yang popular dipercayai mengandungi bahan kimia formaldehid berlebihan sehingga mendedahkan pengguna kepada risiko kanser, alahan, ruam, kulit merekah dan lecur yang teruk.

Lebih menakutkan, formaldehid, bahan yang turut digunakan untuk mengawet mayat, boleh menyebabkan penuaan mendadak kepada pengguna, seterusnya membinasakan asid deoksiribonukleik (DNA) dan protein dalam badan pada jangka masa singkat sekiranya diambil dalam kuantiti berlebihan dan secara berterusan.

Bagi sesetengah pengeluar kosmetik, formaldehid bukan saja digunakan sebagai bahan pengawet dan penstabil dalam syampu, perapi rambut, gel mandian dan cecair pencuci tangan, malah turut digunakan untuk pembuatan produk kebersihan diri kanak-kanak.

Ahli Farmasi, Pusat Racun Negara, Sulastri Samsudin, berkata penggunaan asal bahan pengawet itu bertujuan memastikan produk yang dihasilkan mampu bertahan lima hingga enam tahun berbanding produk tanpa formaldehid yang mudah terdedah kepada pembiakan bakteria selepas enam hingga 12 bulan dihasilkan.

Namun, katanya, disebabkan sikap taksub pengguna yang mudah terpengaruh dengan iklan komersial yang memperagakan model jelita dan ternama, pengeluar produk dandanan diri mengambil kesempatan dengan mengetepikan kesan sampingan bahan kimia berbahaya itu kepada pengguna.

Bagi pengeluar terbabit, yang penting keuntungan bakal diperoleh mereka berlipat kali ganda berbanding kesengsaraan pengguna yang kurang pengetahuan mengenai saluran aduan yang betul setiap kali menghadapi kesulitan.

Menurut Sulastri, kandungan maksimum formaldehid yang dibenarkan dalam kosmetik adalah 0.2 peratus daripada keseluruhan kandungan produk manakala cecair pembersih luaran tidak melebihi 0.1 peratus.

“Bagi pengeluar produk kosmetik, mereka perlu mengisytiharkan kandungan formaldehid sekiranya penggunaan bahan terbabit dalam produk mereka melebihi 0.05 peratus.

“Mana-mana produk yang mengandungi formaldehid tidak melebihi kadar ditetapkan masih boleh digunakan semua peringkat umur termasuk kanak-kanak,” katanya.

Katanya, formaldehid adalah antara bahan pengawet yang biasa digunakan pengeluar syampu dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah selagi mematuhi peratusan dibenarkan Kementerian Kesihatan.

“Namun dengan penggunaan yang terlalu lama dan berulang, ia boleh mendatangkan masalah kulit yang serius lebih-lebih lagi kepada pengguna yang mempunyai masalah alahan atau luka pada permukaan kulit kepala.

“Ini boleh menyumbang kepada penuaan kulit berikutan kesan negatif yang menimpa pengguna,” kata Sulastri.

Beliau berpendapat individu yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser perlu lebih berhati-hati kerana mereka akan menghadapi risiko lebih tinggi berbanding pengguna biasa.

“Ia berikutan rangsangan yang dihadapi boleh mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam badan seterusnya meningkatkan jumlah pesakit kanser,” katanya.

Mengulas isu terbabit, Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa, Unit Perlindungan Pengguna, Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata pihaknya sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan kandungan produk syampu di pasaran menepati Akta Racun 1952.

“Bagaimanapun, sekiranya kementerian mengesan sebarang produk yang melanggar akta berkenaan, amaran kepada pengeluar dan rampasan produk akan dibuat.

“Produk terbabit juga akan dikeluarkan daripada senarai pasaran bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Darshan Singh, berkata pihak bertanggungjawab perlu mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kandungan setiap bahan kimia berbahaya dalam kosmetik dan alat penjagaan diri sentiasa mematuhi tahap ditentukan.

“Mereka tidak boleh berdiam diri dan bertindak berdasarkan aduan pengguna sahaja tetapi perlu merangka satu strategi untuk mengadakan sistem pantauan secara rambang pada satu jangka masa tertentu.

“Contohnya di luar negara, mereka mempunyai polisi ‘kaji semula produk’ yang membolehkan pihak berwajib menjalankan kajian terhadap produk secara rambang bagi memastikan ia sentiasa menepati gred yang ditetapkan,” katanya.

Harian metro

Sumber: www.muslimconsumer.org

Monday, September 14, 2009

Biskut Tart dan Nenas




Pada musim perayaan ni, berbagai juadah dan kuih-muih menjadi hidangan…seolah-olah melepaskan kempunan nak makan macam-macam ketika berpuasa. Boleh nak makan tu, tetapi biarlah berpada-pada dan elakkan lah berlaku sikap boros dan berlebih-lebihan. Tibanya hari raya, amalan ziarah-menziarahi sanak-saudara dan rakan taulan menjadi adat tradisi masyarakat majmuk di Malaysia. Semestinya pelbagai aneka biskut menjadi hidangan. Tart Nenas antara biskut yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia….kena cara hendak membuatnya, memang lah sedap=). Sebut sahaja Tart semua orang suka, tetapi nenas tak pula semua orang suka makan. Kenapa ya?. Nenas antara buah tropika yang mudah terdapat di mana-mana sahaja. Kisahnya Tart Nenas nie, berbagai rupa dan bentuk..ada yang roll, bunga dan lain-lain lagi. Ada sesetengah orang, sangat lah suka kuih Tart ni, kalau menjadi biskut di Aidil Fitri, jadi tak lengkap hidangan Syawal nanti, ermmm..betul ke?.

Okay lah..jom kita selongkari apakah keistimewaan buah nenas dan khasiatnya~~(Sumber: Majalah Mingguan Wanita September 2009)


Nama saintifik: Ananas Comosus/Pineapple(English)
Asal: Amerika selatan, muncul di Hawaii pada kurun ke-19(Kenapa Hawaii?, Nenas selalu di kaitkan dengan Hawaii kerana suasan Pantai di Hawaii dan jus nenas, terutamanya dalam filem-filem barat)

Khasiat:
1) Mengandungi vitamin, mineral, enzim yang berguna untuk membantu proses pencernaan(Enzim Bromelin) dan membantu mengekekalkan bentuk badan yang ideal kerana Nenas membantu proses metabolisme dalam badan.
2) Mengandungi lemak dan garam yang rendah
3) Kaya Vitamin C
4) Sumber komersial bagi asid askorbik, asid malik dan asid sitrik
5) Batang dan buah boleh digunakan untuk melembutkan daging.
6) Membantu proses penyembuhan luka dan mengurangkan pembengkakan atau jangkitan dalam tubuh.
7) Membantu keseimbangan keasidan dalam badan

8) Melegakan penderitaan pesakit Asma, Bronkitis, Pnemonia dan Sinustisis

9) Mengurangkan pengeluaran Asid gastrik yang berlebihan, anti radang, diuretik, membersihkan sel kulit mati, menggangu pertumbuhan sel kanser dan menghalang pembekuan darah

10) Menormalkan edaran haid(adakah mitos selama ini, nenas tak elok di makan untuk perempuan yang period?). Mungkin fakta sains ini membetulkan tanggapan bahawa nenas “tajam” dan tidak elok untuk tempod period.


Sesetengah orang tak boleh makan nenas terlalu banyak boleh menyebabkan sakit kepala dan menyebababkan alahan seperti gatal-gatal dan kulit menjadi merah. Untuk menghindari gejala ini, potong nenas dan rendamkan ke dalam air garam seketika. Sepanjang syawal ini,sebaik-baiknya kita mengamalkan pemakanan yang seimbang dan pastikan juadah yang di makan mengandungi khasiat dan nutrisi yang baik untuk keperluan kesihatan badan kita(“,).


Related Posts with Thumbnails