~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~
Showing posts with label Jurnal. Show all posts
Showing posts with label Jurnal. Show all posts

Monday, January 16, 2012

tudung saji & lesung batu


Assalamualaikum..w.b.t

Kesibukan tugasan pendidik di awal tahun memang sangat menguji semangat ketekunan jiwaku.Ermm...rasanya, bukan sahaja pada awal tahun.Malah sepanjang tahun..alhamdulillah...hari ini 16 Januari 2012, minggu ke 3 persekolahan bagi sesi 2012. Murid-murid ku semakin menunjukkan bunga-bunga "wajah" mereka yang sebenar....:). Semangat di awal tahun, moga-moga berterusan hingga ke penggal kedua nanti.

Tahun 2012...dimulakan dengan kisah suka dan duka...
Januari 2012 juga perpisahan dengan insan yang rapat dan baik denganku.
Nuriah, rakan pendidik di SKLMS, yang terpaksa di tukarkan atas arahan PPD Sentul. Pertukaran untuk mendapatkan seorang guru Sains.Perpindahan yang tidak di jangka dalam waktu terdekat ini. Saat majlis perpisahan di umum, pertukaran Ustazah Nuriah, murid-murid terkejut dan tidak menjangkakan.Walaupun perkenalan setahun di MBS, tetap merasakan kuatnya ukhuwah antara kami. Ya, bertugasa di MBS sangat "istimewa", mungkin kerana sekolah yang kecil dan bilangan murid yang tidak ramai.Ini membuatkan kami sangat rapat.
Walaubagaimananpun, kami terpaksa akur dengan arahan, Nuriah di tukarkan. "Semoga jiwa pendidik yang ada dalam jiwamu, menguatkan semangat untuk berkorban mendidik anak-anak bangsa..in sha Allah...".Selamat bertugas di sekolah baru..teruskan kecemerlangan sebagai seorang murabbi yang berjaya di dunia dan akhirat.

SKLMS kehilangan seorang lagi guru yang berwibawa...

Tahun 2012 juga, perpisahan kakak teman serumahku, guru SK Convent Sentul 1, yang telah mendapat tawaran DPLI di UPSI. Terima kasih kak Mie atas segalanya, halalkan makan dan minum, mohon maaf atas segala silap dan salah.....

Hehe..terima kasih, hadiah bufday (gambar di atas)....dah lama nak beli kedua-duanya, tapi tak jugak di beli. Hari ini kak mie datang ambil , barang-barang yang masih ada di rumah. Pabila mengakat tudung saji, ada lesung batu yang comel."tak ade lesung se comel tu kat sentul ni, terima kasih kak mi"kataku pada kak Mie.

Kak mi:ambil la shida, kak mie memang nak kasi kat shida, dah lama kan shida dok cari lesung batu.Shida kan suka masak yang pedas-pedas, senang nak buat sambal belacan, kalau ada lesung ni..:)

Terharu la....:)

terima kasih kak mie untuk kedua-duanya..
I will miss u....:'( .sedih la....dah kurang sorang teman serumah yang baik macam kak mie...

Tudung saji pun baru ada kan...dok rumah ni dah hampir setahun, tudung saji baru nak di gunakan.Tiap kali dah makan, mesti makanan letak dalam peti ais.
Itulah alkisah lesung batu dan tudung saji.....

**ku mendoakan moga kalian berdua berjaya & menjadi pendidik..murabbi yang cemerlang di dunia dan akhirat.Semoga tabah mendidik dan melayan karenah anak-anak murid yang semakin hari, semakin mencabar tugas seorang guru......

Wednesday, October 5, 2011

IPGKSAH B.I.G 26-29 SEPT 2011


khemah kami yang di landa ribut pada jam 5pagi....:)

Sg Petani 26, sept 2011- Pada jam 7.30 pagi, seramai 62 peserta bertolak ke Kg Telaga Batu, Empangan Beris, Sik Kedah. 62 orang peserta ini melibatkan guru GDL KPLI jQAF dan KDPM Pengajian Bahasa Cina dan Pengajian Tamil. Kem Bina Insan Guru adalah modul wajib bagi kursus Perguruan Malaysia. Bagi pelatih KPLI, BIG hanya di adakan sekali dalam tempoh pengajian.Perkhemahan 4 hari 3 malam yang bertujuan untuk menyemai nilai -nilai dan membina insan Pendidik.

***Alhamdulillah selesai sudah BIG siri penutup(SIRI 10/2011) bagi IPG KSAH. pelbagai suka duka di tempuhi sepanjang BIG kali ini. Semangat 1 Malaysia juga di suburkan sepanjang kem. Jurulatih-jurulatih yang terdiri daripada pensyarah dan staf IPG KSAH.

****Di sini lah kami mengenali potensi diri, mengenali siapakah insan yang bernama guru, mengenali analogi sebenar suasana di sekolah. Segala ilmu dan pengalaman di curahkan dalam perkhemahan ni. Semangat dalam 1 pasukan, bekerjasama dan toleransi.

****Antara pengalaman yang tak dapat di lupakan ialah, apabila kami di beri 3 batang buluh, 6 buah pelampung dan tali rafia. Kami perlu membuat rakit dan merentangi tasik yang jauhnya lebih kurang 16km kira-kira 1/2 jam mendayung "paddle", fuh!memang keletihan yang amat sangat, tapi itulah pengalaman yang paling bermakna. Alhamdulilah..selamat pergi dan kembali semula ke base camp...berada di tengah-tengah tasik dengan keadaan angin yang kuat dan hujan benar-benar menguji ketahanan dan semangat setia kawan. Di situlah "keluar" diri kita yang sebenar.

**** terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat, pengalaman dan perkenalan bersama kalian tidak akan di lupakan....^___^



Monday, March 21, 2011

Kisah di sini...



Sesuatu yg tak di jangka apabila Opsyen KPLI PAI IPSAH semuanya di tempatkan luar negeri Kedah.Hanya BA mendapat penempatan di kedah.Pada tahun ini BPG telah melakukan perubahan yg besar utk penempatan.Kami perlu bersedia berkorban tenaga, masa dan RM utk bersedia berada di mana2 shj.apatah lg dalam tempoh KDC ini...

21hb Feb 2011...Hari pertama aku melapor diri di Sekolah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul, KL..

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar, Guru Besar tidak hadir ke sekolah pada hari pertama aku.Jadi, GPK 1 & GPK HEM..membantu dan memperkenalkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru.
Pabila kaki pertama kali melangkah masuk, ingatkan ramai la jugak pelajarnya.Rupa-rupanya..anak didik di SKLMS hanya 95 org..majoriti Melayu, dan 1/3 nya adalah berbangsa India.



Guru2 dan staf bukan guru hanya 20 org. Walaupun, jumlahnya yg kecil, tapi cabaran mendidik dan mengajar murid lelaki amat berbeza jika di bandingkan dengan sekolah yg bercampur lelaki dan perempuan. Mereka lebih suka bermain dan cepat bosan di dalam kelas.Jadi, mulai saat ini, aku perlu kreatif untuk memudahkan proses P&P dalam kelas{cabaran gak tu}..Minggu pertama, GDL (Guru Dalam Latihan), tidak di benarkan mengajar kerana perlu menyiapkan MOS (Minggu orientasi Sekolah), tetapi di sebabkan kekosongan seorang guru jQAF,aku terpaksa menggantikan kelas Kak Nodi yang 3 bulan cuti bersalin.Kelas BA & Pemulihan jQAF...dari tahun 2-5. Persiapan rohani, ilmu dan jasmani harus di pertingkatkan..insya Allah..moga Allah permudahkan.


Kerja dan tugasan pensyarah IPG juga perlu di siapkan. Cuti sekolah bulan 3 ni akan bermula miggu interaksi yang pertama.masih ada tugasan yg masih belum di siapkan dan masih ada modul2 yg perlu di baca sebelum kuliah bermula.Kepada sahabat-sahabat IPSAH, dan shbt2 IPG 1 Msia.. kuatkan semngat dan tanamkan jiwa pendidik di hati kita...betulkan niat, jgn mudah mengalah, sesungguhnya tugas sebagai murabbi ini mulia..biar di mana pun kita ditempatkan..redha dan berbaik sangka kpdNYA..pasti ada ujian dan hikmahnya.DIA mengetahui apa yg terbaik utk kita..(^_^).
"ya Allah, Engkau berilah kami kekuatan dan permudahkan sgalanya"

Wednesday, October 6, 2010

UIA di hati ku...


Syukur di panjatkan kpd NYA kerana telah mempermudahkan segalanya. Alhamdulillah, saat yang di nanti oleh insan yang bergelar mahasiswa..detik-detik majlis istiadat menerima ijazah di hari konvokesyen yang penuh dengan saat kegembiraan dan kesayuan. 6 tahun membesar di UIA bukanlah tempoh yang pendek, pelbagai rintangan di lalui, pengorbanan masa, tenaga dan lain-lain lagi. Di bumi Taman Ilmu dan Budi ini lah banyak mengajar aku segalanya. Integrasi ilmu dan Islamisasi ilmu merupakan nilai utama pengajian di UIA. Aku mengenali Jemaah dan terdidik dengan tarbiyyah yg banyak memberi pengajaran dalam melayari bahtera hidup ini. Saat debaran berada di dalam dewan pelbagai perasaan di rasai..sedih, terharu, gembira dan bahagia. Tak tergambar oleh kata-kata.







Di kesempatan ini, segalung tahniah di ucapkan kepada semua sahabat-sahabat yg telah berjaya menerima ijazah pada hari yang di tunggu itu . Semoga kita dapat membawa misi dan visi UIA. Kitalah produk UIAM yang akan menyumbang kepada pembangunan ummah dan membawa misi rahmatan lil’alamin…Insya Allah

Terima kasih kepada Ayah, Mak yang banyak berkorban untuk anak mu ini. Doa yang sentiasa di panjatkan kepada NYA untuk kejayaan diri ini. Kini anak mu kembali ke desa halaman untuk menyumbang jasa dan pengorbanan demi bangsa, agama dan Negara. Moga Allah merahmati Ayah dan Mak. Kalian sumber inspirasi hidupku. Buat abang, kakak, adik-adik ku..terima kasih kerana sokongan kalian untuk aku terus berusaha dan Berjaya dalam hidup. Semoga sinar kebahagiaan akan sentiasa mewarnai keluarga kita…

Kepada rakan-rakan sekuliyyah..Suhaila, Ros, Sad, Sarah, Bushra, Yam , Jihah, Dja dan semua yang mengenali diri ini..terima kasih kerana bersama-sama di kala suka dan duka.sama-sama bertungkus lumus, sepanjang persahabatan kita sejak di Matrikulasi (2004) pelbagai di tempuhi. Memori kita semua akan abadi tersemat di hati ini…Luv u all. Tak di lupakan juga buat semua pensyarah-pensyarah yang tidak mengenal letih dan jemu untuk mendidik dan curahan ilmu kpd kami….Dr. Haslina, Dr. Farid, Dr. Wan, Dr. Kamar, Dr. Yamin dan seluruh tenaga pengajar di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama dan juga Jabatan Komunikasi UIA..pensyarah course Minor yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan dorongan untuk terus Berjaya. Semoga Allah merahmati kalian..aminnn.

Seribu Penghargaan dan terima kasih buat sabahat-sahabat seperjuangan PKPIM-ABIM- WADAH..sahabat-sahabat GEN-2 PKPIM UIA, abg2 , kakak2 dan adik2…bersyukur kepadaNYA kerana telah mempertemukan kita..indahnya Ukhuwah kerana NYA..segala suka dan duka bersama-sama akan sentiasa tersemat di sanubari. Semoga kita akan terus istiqamah dalam medan ini. ..Hidup Biar Berjasa.

Salam kejayaan untuk semua..selamat melangkah ke dunia yang lebih mencabar…semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita di dunia dan di akhirat..aminnn


P/s**Hati menjadi sayu dan sebak apabila menghayati dan menyanyikan lagu UIA yang baru ketika di dalam dewan…:


Let ‘s lead the way
Enlighten the future
Share the wisdom
Through the spirit of Islam

Revelation and Reason
We shall excel, we shall prevail
Merging faith and knowledge
We’re the khalīfah
We’ll fulfill the Amānah

Chorus:

Together,
We make the world a better place
Forever,
Expand the culture of Iqra’
IIUM,
Is to realise, the meaning of…
Rahmatan li’l-Alamīn

Together,
We make the world a better place
Forever,
Expand the culture of Iqra’
IIUM,
Is to realise, the meaning of…

(Mercy to all the worlds)

For all mankind


Wednesday, June 30, 2010

...sepetang di belakang rumah..

        Sepetang di belakang rumah, aku manfaatkan bersama-sama adik-adik ku dan anak-anak jiran untuk mengai (mancing). Dah lama tak jenguk-jenguk sawah yg dah mula keluar padinya..




     Terkenang zaman kecilku..bersama-sama kawan-kawan bermain di sawah ni, main pondok-pondok, tangkap ikan ketika musim menuai, mandi sungai dan macam-macam lagi..=)..seronok sangat. sekarang semua itu sudah berlalu...namun, kenangan itu kukuh terpahat di kotak memoriku..

Cacing tanah..umpan kami untuk ikan..


       Alhamdulillah, hasil joran kami...anak-anak ikan je...ikan puyu dan haruan...=)


     Sawah nan hijau,menanti masa untuk di tuai...mata pencarian untuk  seisi keluarga, berbudi pada tanah...menghargai hak milik Penciptanya...Allah Yang Maha Kaya dan Maha Agung..

Kekadang hasilnya tidak seberapa setelah kudrat di kerah untuk hasilnya nanti. Namun, tetap bersyukur rezeki masih lagi di berikan oleh Nya.

"Jika kamu bersyukur kepada Ku, maka Aku akan tambahkan (nikmat-nikmat) kepada kamu, dan sesiapa yang kufur, sesungguhnyanya azab Ku amat pedih"(Ibrahim:7)

*Catatan Naurah: 

     Begitulah juga kembara seorang insan di dunia ini. Kita sedang menanam dan berusaha untuk menanam “padi” untuk hasil di sana nanti. Banyak halangan dan masalah yang di hadapi untuk mendapat hasil tuaian yang elok. Mungkin sawah kita nanti kurang baik hasilnya berbanding dengan orang lain. Masing-masing bersaing untuk dapat hasil tuaian yang terbaik. Usaha dan tawakal kepada Nya untuk peroleh keberkatan dan rahmat dari Nya.


“Sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kamu itu mengubah dulu apa yang ada di dalam jiwa mereka” (Al- Ra’d: 11)


Tanaman itu perlu di baja, di jaga agar ia tidak rosak sebelum tiba musim tuiannya. Semoga persiapan dan penjagaan yang rapi untuk hasilnya nanti.


Imam Ghazali: Sesiapa yang mahukan dunia, maka hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu, jika dia berkehendakan kedua-duanya sekali, maka hendaklah juga dengan ilmu”.


Moga hasil kita di sana nanti beroleh keredhaan dan ganjaran yang akan di kurniakan oleh Nya. 

Renung-renungkan~ “dunia dan akhirat itu umpama rumput dan padi..tanam padi rumput kan tumbuh jua, tetapi tanam rumput, takkan tertumbuh padi..begitulah jua dunia dan akhirat.Kejar akhirat dunia akan dapat bersama, kejar dunia hanyalah dunia semata-mata..”


Friday, September 11, 2009

Balik kampung...oooo..balik kampung..


         Begini lah..suasana kat lebuh raya bila tibanya musim balik kampung terutamanya cuti perayaan Aidil Fitri ataupun Tahun Baru Cina. Alhamdulillah, tahun ni ana berpeluang untuk balik awal seminggu sebelum Aidil Fitri. UIA bermula cuti raya 14hb-27hb.Awal seminggu sebelum orang ramai pulang bercuti ke kampung. Semalam pun dah ada yang pulang ke kampung, jika tak ada kelas hari jumaat. Insya Allah, ana akan bertolak pada pukul 11.15 malam nie, di hentian Duta. Betapa syoknya nak balik bercuti nie(",), setelah 2 bulan tidak pulang ke kampung. Minggu nie merupakan minggu yang terlalu sibuk dengan Mid Term Exam semua subjek...bermujahadah di bulan Ramadhan nie di samping banyak tugasan yang perlu di siapkan...jangan kerana berpuasa menjadi alasan kita untuk tidak bersemangat belajar dan menyiapkan semua kerja-kerja yang di berikan. 

      Pada musim perayaan yang bakal tiba nie, pihak PDRM.. setiap tahun akan melancarkan Ops Sikap dan menambah anggota Polis yang akan bertigas sepangjang musim perayaan ni. Malaysia merupakan negara yang paling tinggi jumlah kemalangan setiap tahun, angka yang terkorban makin meningkat apabila tibanya musim perayaan,Jangan kerana sikap kita ketika memandu..menyebabkan nyawa yang terkorban. Jangan biarkan Aidilfitri yg bakal disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran...bertukar menjadi tragedi dan di tangisi pemergiaan orang yang tersayang.Jumlah kemalangan Ops Sikap pada TAHUN 2008 (24/09/2008-08/10/2008) ialah 15,996 dengan jumlah kematian- 208 orang(Sumber: Web Rasmi PDRM). 


        Keletihan juga di kaitkan sebagai punca kemalangan, oleh itu selain memastikan kenderaan di dalam keadaan yang baik, pemandu juga mestilah berada di dalam keadaan yang baik dan stabil, pastikan mendapat rehat yang secukupnya sebelum memandu. Bersama-sama ini, ana kongsikan maklumat yang berguna untuk melancarkan perjalanan jauh nanti. Semoga dapat di manfaatkan bersama...

 Tanda-tanda keletihan

* Kerap menguap dan mengantuk
* Keliru dan pemikiran yang kabur
* Murung dan mudah baran
* Tindak balas dan reaksi yang lambat
* Khayal atau berangan-angan
* Sukar hendak membuka mata, terasa penat, sakit-sakit badan, mengawal stering sambil lewa
* Tidak nampak lampu isyarat atau papan tanda
* Gagal menumpukan perhatian
* Tidak dapat mengingat apa yang berlaku dalam tempoh beberapa minit atau beberapa saat lalu
* Badan atau kepala bergoyang-goyang kerana tersengguk-sengguk
* Kereta terbabas atau termasuk ke lorong lain
* Tersengguk-sengguk semasa memandu
* Peningkatan sensitiviti mata terhadap cahaya (tidak dapat menahan silau cahaya).

Pengurusan sendiri

* Perlahankan kereta anda
* Berhenti dan berehat di tempat yang sesuai
* Berbual dengan penumpang jika ada
* Pasangkan radio anda dan cuba menyanyi bersama-sama dengan alunan muzik yang dimainkan
* Turunkan tingkap kereta agar udara segar dapat masuk atau pasangkan penghawa dingin pada tahap maksimum
* Keluar dari kereta dan berjalan-jalan sekejap
* Berhenti sekejap untuk minum
* Berhenti rehat untuk mandi
* Bermalam dahulu sebelum memulakan balik perjalanan yang jauh

Amalkan tabiat baru

* Berhenti sekejap untuk berehat bagi setiap satu atau dua jam memandu
* Berkongsi memandu dalam perjalanan yang jauh dan pastikan anda berehat apabila sampai giliran bertukar pemandu
* Jika anda telah penat bekerja seharian, janganlah memandu untuk perjalanan yang jauh
* Sesekali biarkan udara segar memasuki kereta anda kerana kereta yang sentiasa tertutup boleh membuatkan anda mengantuk
* Rancanglah perjalanan anda dengan mengambil kira tempat-tempat persinggahan menarik yang boleh dilawati di sepanjang perjalanan
* Awasi tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin letih seperti sakit-sakit badan, mata terasa penat dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika memandu. Jika ini berlaku, berhenti dan berehatlah
* Rancanglah untuk bermalam di sesuatu tempat jika anda dalam perjalanan yang jauh
* Pastikan ubat-ubatan yang anda ambil tidak mempengaruhi keupayaan anda memandu. Dapatkan maklumat lengkap mengenainya daripada doktor atau pegawai farmasi.


(Dipetik dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan).

Pelbagai tindakan yang di lakukan oleh pelbagai pihak untuk mengurangkan jumlah kemalangan saban tahun, kempen, pertukaran waktu untuk setiap jenis kenderaan ,ceramah kesedaran dan lain-lain lagi. Walaubagaimana pun , sikap pemandu itu sendiri perlu berubah, tingkatkan kesedaran terhadap diri sendiri.akhir kalam.. sebagai seorang muslim janagn lupa membaca doa ketika naik kenderaan dan amalkan ayat kursi walau di mana kita berada.."pandu selamat jiwa selamat...ingatlah orang yang tersayang"


Related Posts with Thumbnails