~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Gerakan Kempen Kesedaran: Rokok dan Zionisme

Gambar di sini, blog yang menarik untuk di lawati

(Artikel ini untuk disebarkan. Sila salin dan lampirkan di blog atau laman sosial anda. GKK)

Petang itu, aku dan teman bersiar-siar di tepi pantai. Melihat mentari senja yang memerah sambil menghirup aroma asin angin laut. Tiba-tiba rasa terganggu. Asap rokok berkepul-kepul berarak ke arah kami. Terganggu, kami membuka langkah untuk berlalu ke tempat yang lebih bersih udaranya.

“Tahu tak.” sapa teman. “Ada satu berita melaporkan, remaja perempuan sekarang lebih terdorong untuk merokok ketika mengandung. Kerana mereka percaya rokok boleh memudahkan proses bersalin.”

“Benarkah?” Dalam terkejut. Masakan rokok yang bagi aku tiada faedahnya itu bisa mendatangkan kebaikan?

“Iya lah. Rokok boleh merencatkan pertumbuhan janin. Janin tidak dapat membesar dengan baik, saiznya akan menjadi kecil. Maka mudah untuk para ibu bersalin.”

“Eh, mana boleh begitu? Pastinya ada kesan sampingan yang lain terhadap bayi. Mungkin cacat, mental atau fizikal?”

“Iya, tidak dinafikan. Rokok sekadar memberi kesenangan dalam jangka masa pendek. Tetapi dalam jangkamasa panjang, banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. Tumbesaran anak tersebut yang akan menghadapi banyak masalah kesihatan dan si ibu sendiri, adakah sanggup untuk menjaga anak yang tidak sempurna. Sakit bersalin pun tidak mahu tahan, apatah lagi sakit mahu membesarkan, kan?” sambung teman.

Pulangnya kami dari pantai, meninggalkan aku berfikir sendiri.

Protokol 9 [Dari Protokol Yahudi]

Kita berjaya memperbodoh dan merosakkan golongan muda bukan Yahudi dengan menenggelamkan mereka di dalam pelbagai prinsip dan teori yang sememangnya kita ketahui sebagai dusta dan palsu yang disuburkan dan sebarkan ke dalam minda mereka. Kita tidak perlu mengubah atau meminda undang-undang yang sedia ada, tetapi memadai dengan memutar belitkan interpretasinya supaya wujud percanggahan dan kekeliruan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka sendiri.

Kenapa rokok? Teringat aku sebuah petikan di HaluanPalestin [Moga Allah merahmati semua aktivis HaluanPalestin] yang berkata:

Yahudi menganggap bangsa mereka sebagai pilihan Tuhan dan boleh melakukan apa sahaja untuk membunuh manusia bukan Yahudi. Selain menjadikan kebuluran, wabak penyakit HIV/AIDS dan peperangan sebagai alat untuk membunuh, rokok juga menjadi salah satu ejen untuk mencapai cita-cita mereka. Walaupun wang dan kekayaan menjadi agenda utama, bisnes rokok lebih cepat memberikan kekayaan dan pada masa yang sama dapat membunuh secara senyap.



Gerakan Kempen Kesedaran [GKK: Lawan Zionisme]

Rokok dan Zionis

Tahukah kalian, siapa pengeluar terbesar rokok di dunia? Merekalah Philip Morris. Bermula sebagai kedai tembakau pada 1847 di Bond Street, London, kini Philip Morris menjadi syarikat nombor satu bagi pengeluar makanan di Amerika Syarikat, penjual keju yang diproses dan pengeluar rokok. Ia juga menjadi syarikat makanan kedua utama di dunia dan ketiga bagi bisnes gula-gula.Pusat operasi syarikat pengeluar rokok utama dunia ini ialah di Henrico County, Virginia, Amerika Syarikat.

Pengurusan Philip Morris diketuai oleh Michael Szymanczyk, juga seorang Yahudi dari Philip Morris Amerika Syarikat (AS). Kaitan Zionis dan bisnes rokok semakin akrab dan melibatkan rangkaian pelobian yang sangat kukuh. Setiap kali pilihan raya presiden AS, kita didedahkan kaitan calon presiden dengan pelobi-pelobi Yahudi. Siapakah pelobi-pelobi itu?

Center for Public Integrity, AS mendedahkan bahawa Atria Group [nama baru Phillip Morris yang ditukarkan pada tahun 2003] membelanjakan hampir US$101 juta untuk melobi kerajaan AS dari 1998 hingga 2004, menjadikannya organisasi kedua paling aktif melobi di negara itu.

Teringat aku, ketika menjalani latihan praktikal di Tingkat 4, aku rasa, dari 150 orang kakitangan, mungkin hanya 3 orang yang tidak merokok. Yang pasti, terlalu ramai rakyat atau lebih tepat ummat Islam merokok. Perkara yang amat merisaukan, selain ia bertentangan dengan agama, bahkan ia juga bakal merosakkan masa depan ummah. Melahirkan masyarakat yang lemah, ketagihan, menderita sakit, tidak kuat. Pastinya senang mereka mahu menakluk dan mengawal umat Islam. Na’uzubillah..

Oleh: lydecker86.wordpress.com

Jika anda ada artikel yang berkaitan boleh dikongsikan untuk membantu Kempen Kesedaran ini.

Kredit untuk HaluanPalestin dan Sepaku.net


Friday, May 21, 2010

...Jahiliyah Moden..


       Kebejatan gejala sosial kini menjadi virus yang serius sehingga menjadi pendamik yang semakin parah dan meliputi di setiap ruang lingkup masyarakat. Hari ini kita di serang pelbagai penyakit masyarakat yang meledakkan fenomena jahiliyah moden. Pergaulan bebas di antara kalangan remaja, seks bebas, budaya hedonisme yang semakin berleluasa, penyalahgunaan kemudahan teknololgi merupakan beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes pembuangan bayi yang kini semakin membimbangkan. Isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Di manakah perikemanusiaan jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.

Rasulullah bersabda bermaksud, "Setiap suami adalah pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab." (riwayat Bukhari).

Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada masa jahiliah moden ini bukan kerana gusar kerana kemiskinan tetapi mereka lakukan itu kerana untuk menutup malu yang menimpa mereka selepas berlaku perzinaan. Lebih menyedihkan lagi anak-anak muda Melayu yang beragama Islam merupakan golongan yang paling ramai terlibat dalam kancah masalah kritikal ini. Sudahlah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan menambahkan beratnya dosa dengan membuang bayi yang di lahirkan bagaikan sampah-sarap. Zina dan tindakan membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya.

Firman Allah S.W.T didalam surah an-nisa’ ayat 93:

“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”.

Ribuan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah yang dilakukan pasangan muda-mudi terlanjur dalam perhubungan mereka. Al-Quran dan sunnah acap kali memperingatkan betapa bernilai hidup setiap makhluk Allah. Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan yang sah.

Statistik baru-baru ini menunjukkan peningkatan yang mendadak saban tahun dan menjadi isu yang sentiasa menjadi perhatian di dada-dada akhbar nasional dan media elektronik. Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada 83 kes berkenaan, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan. Manakala empat kes pembuangan janin. Amat malang sekali apabila bayi yang tidak berdosa di temui di mati di dalam tong sampah kemudiannya mati terbakar, di dalam semak dan belukar, di temui di dalam sungai mati di makan binatang . Bayi-bayi juga pernah dilaporkan dibuang di dalam tandas sekolah, di dalam masjid dan institusi pengajian tinggi. Jika dulu masyarakat memandang gadis- gadis yang berpeleseran di jalanan banyak memesongkan norma-norma budaya dan larangan dalam agama.Tapi kini, golongan cerdik pandai yang di sanjung di puncak menara gading juga tidak mampu menggunakan akal yang rasional dan bijak untuk mengawal nafsu lalu terjebak dalam perbuatan terkutuk ini. Inilah barah masyarakat di zaman jahiliyah moden kini.

Menurut Persatuan Peguam Syarie Malaysia, dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007 satu kajian di Lembah Klang mendapati seorang bayi dibuang setiap 10 hari dan yang lebih membimbangkan kejadian ini tidak hanya berlaku di bandar-bandar besar sebaliknya semakin menular di desa dan luar bandar. Ini jelas terbukti apabila sejak akhir-akhir ini kes-kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku di luar bandar.Menurut Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon sebanyak 304 kes buang bayi telah dilaporkan antara tahun 2004 hingga 2007 yang membabitkan 117 bayi lelaki, 96 bayi perempuan manakala bakinya tidak diketahui jantina kerana mayat reput. Menurut Statistik Ibu Pejabat Bukit Aman pula sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan melayu mencatat jumlah tertinggi iaitu 36%.

Pelbagai cara telah di laksanakan untuk mengatasi isu serius ini.Peningkatan menubuhkan bilangan pusat-pusat pemulihan akhlak dan perlindungan wanita bukanlah langkah yang perlu di utamakan untuk menangani masalah ini. Tetapi cara yang perlu di usahakan ialah mengurangkan bilangan penghuni di pusat-pusat tersebut. Sampai bilakah masalah ini akan terus-menerus menjadi barah dalam masyarakat?. Melalui pengurangan pembinaan pusat-pusat ini moga ia akan dapat menandakan penurunan peratusan gejala sosial dalam masyarakat kita pada masa kini dan akan datang.

Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubat. Menutup lorong maksiat itu lebih baik daripada merawat penyakit yang timbul akibat daripada gejala maksiat yang berlaku.

Firman Allah dalam Surah Al-Israa’ ayat 32 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”.

Kita tidak menginginkan golongan remaja dan belia ini terus hanyut dalam fenomena jahiliyah moden ini. Mereka adalah generasi yang akan menentukan pembangunan negara pada masa hadapan.Pelbagai usaha perlu dipertingkatkan agar institusi keluarga dan masyarakat kembali memperkukuhkan dan menerapkan nilai-nilai agama dan disiplin hidup yang mampu mengawal tingkahlaku remaja kini selari dengan bertambahnya cabaran yang nilai murni dalam komuniti.

Pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengawal sebarang aktiviti dan kegiatan yang membuka peluang luas yang membawa kepada berlakunya penyakit sosial seperti pergaulan bebas, hiburan tanpa batas dan gaya hidup hedonistik yang menggalakkan penagihan dadah, alkohol dan seks bebas. Penekanan mendidik dan menyeru masyarakat untuk kembali mengamalkan ajaran agama yang menekankan gaya hidup yang murni mesti di tingkatkan dan menjadi asas yang penting untuk menangani masalah serius ini.

~Catatan naurah~

*teringat  sesi luahan rasa bersama penghuni-penghuni di rumah perlindungan Raudhatus Sakinah, menyelami perasaan mereka. Alhamdulillah..ada sirna-sirna keinsafan dan semangat untuk teruskan perjalanan hidup selepas melalui duri kehidupan yang penuh dengan dosa dan keji daripada masyarakat dan keluarga. Keinginan untuk merubah diri. Bayi yang comel lahir ke dunia di peluk dan di cium oleh si ibu, air mata taubat mengalir bersama palit dosa yang lalu. Semoga sinar hidup buat mereka akan muncul kembali. Kembara hidup perlu di teruskan untuk ke destinasi abadi. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani...

Saturday, January 2, 2010

KES KALIMAH ALLAH: PKPIM GESA KEMUKA RAYUAN

Jumaat, 1 Januari 2010- Wakil PKPIM UIAM telah turut serta dalam satu perhimpunan bagi membantah penggunaan nama Allah dalam majalah mingguan Katolik-The Herald bertempat di hadapan Masjid Wilayah sejurus selepas solat Jumaat.

Kami menyokong untuk bersama-sama Ngo-ngo Islam yang lain untuk mengemukakan rayuan bagi keputusan yang memihak kepada 'Herald Catholic'.

Berikut adalah kenyataan media dan pendirian PKPIM mengenai isu ini:



KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

31 Disember 2009/14 Muharram 1431

KES KALIMAH ALLAH: PKPIM SOKONG KEMUKA RAYUAN



Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkenaan kes tuntutan pihak Herald Catholic terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak ‘Herald Catholic Weekly’.



PKPIM melahirkan sokongan penuh kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan akan bersama-sama dalam memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan untuk menyemak semula keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic dalam cetakan bahasa Melayunya.



PKPIM ingin menegaskan bahawa dalam konteks masyarakat Malaysia dan alam Melayu, kalimah Allah adalah bersifat yang hanya merujuk kepada konsep tuhan yang difahami oleh umat Islam sahaja.



Jika kita menelusuri sejarah Melayu sebelum kedatangan Islam, kalimah Allah ini tidak digunakan sebagai rujukan kepada Tuhan, tetapi istilah Allah ini wujud dan sebati dalam masyarakat Melayu selepas berlakunya proses islamisasi akar budaya dan bahasa.



Dalam pada itu, jika diteliti dari perspektif bahasa asal, seperti yang kita sedia maklum, bahasa asal Al-Qur’an adalah bahasa Arab manakala bahasa asal untuk kitab Taurat adalah bahasa Hebrew, dan bahasa yang digunakan untuk menulis kitab Injil (Bible) adalah bahasa Greek. Justeru, kalimah yang merujuk kepada istilah tuhan dalam terbitan Herald sepatutnya menggunakan istilah yang diguna pakai dalam bahasa Greek memandangkan kalimah Allah itu adalah pinjaman dari bahasa Arab (Al-Qur’an).



Sementara itu, PKPIM mengalu-alukan keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 yang melarang mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah. PKPIM berpandangan keputusan tersebut adalah tepat, tuntas, dan seharusnya dihormati dan dipertahankan.



Dalam situasi semasa, PKPIM melihat penggunaan kalimah Allah dalam Herald ini akan menimbulkan banyak kekeliruan dalam kalangan umat Islam yang akhirnya akan membawa kepada gejala murtad sepertimana yang berlaku di Indonesia menerusi terjemahan Al-Kitab. Maka, masalah gejala murtad yang menular dalam kalangan generasi muda akan terus berleluasa.



Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM menyeru agar seluruh pertubuhan Islam dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk terus menggandakan usaha bagi menggerakkan aktiviti da’wah dan ta’dib bagi memastikan kefahaman umat Islam dapat dipertingkatkan.



Permasalahan ini tidak akan timbul jika kefahaman umat Islam Malaysia khususnya generasi muda terhadap konsep ‘aqidah benar-benar jelas dan mantap.




MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ (860813-38-5543)

Presiden,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

013-5303221

Monday, October 5, 2009

ISU SEBAT KARTIKA: JAG & SIS JANGAN MASUK CAMPUR!

Isu sebat Kartika Sari Dewi Sukanor semakin panas apabila Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters in Islam (SIS) mengatakan hukuman sebat itu melanggar hak asasi manusia dan menjatuhkan maruah si pesalah. Justeru, mereka menggesa agar hukuman sebat yang diperuntukkan dalam Mahkamah Syariah dinilai seterusnya dimansuhkan. Persoalannya, siapakah yang lebih berhak menjatuhkan hukuman?


Isu sebat Kartika ini bermula apabila model yang berusia 30-an itu telah ditangkap oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atas kesalahan meminum arak (tiger beer) secara terbuka di Hotel Legend, Cherating, Kuantan pada 11 Julai 2008 yang lalu.


Kartika telah didakwa di Mahkamah Syariah dan dijatuhi hukuman denda RM 5000 (atas permintaan si pesalah sebagai ganti kepada hukuman penjara atas beberapa alasan yang diterima) dan sebatan sebanyak enam kali.


Hukuman sebat yang dijatuhkan adalah hukuman maksimum yang telah termaktub di dalam undang-undang Syariah Islam dibawah Seksyen 136 dan Enakmen Adat Melayu 1982 (dengan pindaan) 1987:


“ sesiapa yang minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan yang tidak boleh dikenakan hukuman hadd mengikut Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat enam kali.”

Memang jelas, Mahkamah Syariah telah menjalankan tugasnya dengan baik. Namun, sebaliknya berlaku, apabila pihak yang tidak berotoriti telah masuk campur seperti JAG dan SIS. Kedua-dua pihak tanpa segan silu mempertikaikan hukuman yang telah dijatuhkan seterusnya telah mencabar kredibiliti Mahkamah Syariah itu sendiri yang seharusnya tidak berlaku.


Perlu diperjelaskan disini bahawa hukuman sebat ini tidak melanggar hak asasi manusia apatah lagi diskriminasi terhadap wanita yang diuar-uarkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain telah termaktub di dalam undang-undang Syarak, hukuman ni diperkukuhkan lagi dengan persetujuan dan penerimaan Kartika terhadap hukuman yang telah dijatuhkan keatasnya. Beliau dengan rela hati bersedia untuk disebat dan mahu hukuman itu dipercepatkan setelah ditangguhkan buat kali pertama bagi menghormati bulan Ramadhan yang lalu.


PKPIM UIAM menggesa agar JAG dan SIS, janganlah jadi seperti ‘lebih sudu daripada kuah’ dan jangan masuk campur urusan Mahkamah Syariah. Kami juga menggesa agar mereka tidak diberi ruang yang berlebihan dalam media arus perdana dan media haruslah bijak menapis segala bentuk kenyataan yang mengelirukan orang Islam dan bukan Islam di Malaysia ini.



Sumber: wwww.momentumuiam.blogspot.com
3 Oktober 2009/Sabtu

Sunday, September 13, 2009

KONFLIK MALAYSIA- INDONESIA: GERAKAN PELAJAR DUA NEGARA CAPAI PENDIRIAN BERSAMA

       Dalam zaman di mana usia negara Malaysia dan Indonesia telah menggapai tempoh kematangan sebagai sebuah negara yang berdaulat, seharusnya isu pertikaian tentang soal-soal asasi berkaitan dengan kedua-dua negara tidak lagi timbul. Jika kita menyusuri kembali rentetan sejarah, sejak era 60-an sehingga kini, situasi hubungan kedua-dua negara tidak pernah sunyi dari konflik pertikaian yang kian lama kian menular tanpa diakhiri dengan usaha untuk mencari titik persamaan.

Permasalahan-permasalahan serumpun seperti yang dibangkitkan seringkali berlarutan dan sentiasa berulang dari semasa ke semasa, malah lebih mengecewakan, pendekatan yang diambil oleh kedua-dua pihak dalam menyambut permasalahan ini seringkali dicemari dengan kegagalan akibat dari mengambil pendekatan yang bersifat emosi semata-mata tanpa menitikberatkan soal permuafakatan yang lebih berwajah segar dan rasional. Ini bertentangan dengan wadah diplomasi yang bertujuan untuk merungkai segala punca permasalahan dan merangka penyelesaian secara kritikal.

Sepertimana yang dinyatakan, konflik antara kedua-dua negara bukanlah suatu perkara yang segar dan baru. Malah ianya seakan-akan bersifat pengulangan akibat dari kegagalan untuk menyaksikan penyelesaian ampuh berkenaaan dengan isu-isu lampau. Akibat dari kegagalan ini, dunia telah menyaksikan permasalahan yang pada asalnya adalah mudah dan kerdil, menjadi soal yang begitu merumitkan.

Sebagai contoh, Peristiwa Konfrantasi yang tercetus antara Malaysia- Indonesia pada era 1960-an telah memberi impak buruk ke atas istilah hubungan antara kedua-dua belah negara. Hal ini diburukkan lagi apabila disusuli dengan isu-isu yang lebih terkemudian seperti isu kedaulatan Ambalat, isu berkenaan dengan tenaga buruh dan pembantu rumah, soal keaslian budaya serta identiti dan sebagainya.

Malangnya, beberapa persoalan utama seperti nilai serumpun Melayu dan persaudaraan Islam seringkali dilupakan dan dikesampingkan oleh rakyat kedua-dua pihak dalam melihat konflik yang berlaku. Konflik seperti ini tidak seharusnya terjadi sekiranya kita menginsafi hakikat bahawa terdapat jalinan kekeluargaan di antara rakyat kedua-dua belah negara di mana secara realitinya susur galur keturunan rakyat kedua-dua belah pihak adalah sama. Ini terbukti dengan terdapatnya beberapa etnik Melayu di Malaysia seperti bugis, jawa, dan minang yang pada asalnya menetap di Indonesia. Dalam pada itu, suatu fakta yang tidak dapat disangkal bahawa usaha untuk memecahbelahkan rumpun kedua-dua Negara kian hebat memandangkan sekiranya kedua-dua rumpun ini berpadu ada kehuatiran untuk menjadi satu kuasa baru di ASEAN khususnya Kuasa Islam dan Melayu.

Atas keinsafan berdasarkan hakikat tersebut, maka pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang mewakili seluruh pelajar Malaysia dan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) yang mewakili seluruh pelajar Indonesia telah mencapai lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama sebagai panduan dan inisiatif untuk mencari titik noktah kepada pertikaian dan persengketaan yang telah berlarutan.


Lima pendirian bersama yang telah dicapai adalah :

1) Menginsafi nilai persaudaraan Islam dan persamaan rumpun Melayu antara rakyat Malaysia-Indonesia dalam berhadapan dengan pelbagai isu yang melibatkan kedua-dua negara.

2) Memberi keutamaan kepada pendekatan yang bersifat musyawwarah, diplomasi, perbincangan dalam menghadapi sesuatu isu yang melibatkan kepentingan bersama.


3) Menjauhi sebarang tindakan yang bersifat emosi semata-mata di mana akhirnya menjurumus kepada kekerasan dan kebuntuan dalam mencari jalan penyelesaian.

4) Menyeru genereasi pelajar kedua-dua negara untuk memupuk persefahaman yang ampuh dan jitu dalam semua aspek termasuk kebudayaan, idealisme, ekonomi, sosial, keselamatan dan sebagainya.


5) Melahirkan generasi pelajar Malaysia- Indonesia sebagai agen penyatu masyarakat kedua-dua negara sekiranya terdapat sebarang konflik terkemudian yang timbul.



Maka, pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) mengharapkan agar pendirian bersama yang dicapai oleh pertubuhan pelajar kedua-dua belah negara ini dijadikan sumber rujukan utama oleh masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda Malaysia dan Indonesia dalam berhadapan dengan permasalahan semasa dan mendatang yang timbul. Pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) bersedia untuk meneruskan wacana perbincangan yang menghubungkan generasi muda kedua-dua negara sebagai pentas untuk mencari titik pertemuan dan persamaan di antara kedua-dua belah pihak.


Lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama ini telah dipersetujui dan ditandatangani pada 11hb September 2009 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1430H oleh:


T.t T.t ................................................ ...................................................
Muhammad Faisal Abdul Aziz Nashrullah Al-Ghifary
Presiden, Ketua Umum,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persatuan Pelajar Islam Indonesia
Malaysia (PKPIM) (PII)


Sekreteriat PKPIM Pusat
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Tel (P) : +603-6184 2286
Tel (HP): +6013-530 3221

www.pkpim.net



Pengurus Besar Pelajar Islam Indonesia (PII)

Sekretariat: JI. Menteng Raya,

No.58 Jakarta 10340, Indonesia

Tel/Faks : (021) 3153572

www.pelajar-islam.or.id

Saturday, August 29, 2009

Selamat Menyambut ulang tahun Kemerdekaan yang ke-52

 Tanggal 31 bulan 8 57..
  Merdeka..merdeka tetaplah merdeka..ia pasti menjadi sejarah..  
  Mari kita seluruh warga Negara, ramai-ramai 
  menyambut hari merdeka..merdeka!
  31 bulan 57 hari mulia..negaraku merdeka....

  Kedengaran lagu nyanyian allahyarham Sudirman Hj Arshad acapkali tibanya tarikh bersejarah ini dan pastinya kita terbayang Penghibur nombor satu Asia itu memakai baju bendera Malaysia. Tahniah dan syabas kepada tanahair yang cinta kerana mencipta kejayaan sepanjang 52 tahun ini. Seharusnya kita berasa berbangga menjadi rakyat Malaysia dan bersedia untuk menyumbang sepenuh tenaga untuk kemakmuran Negara. 

Tema 

  Tema pada tahun ini ialah 1 Malaysia, Rakyat di dahulukan…Pencapaian di utamakan, sempena misi Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Konsep 1 Malaysia yang bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan Perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Perpaduan teras kejayaan, sebagai rakyat Malaysia kita mempunyai kesedaran dan rasa tanggunjawab untuk sama membangunkan Negara tercinta. Sebagai sebuah Negara yang mempunyai multi budaya dan agama, nilai toleransi dan menghormati antara satu sama lain harus di semai di setiap jiwa individu.

8 prinsip 1 Malaysia
1) Budaya kecemerlangan
2) Ketabahan
3) Rendah diri
4) Penerimaan
5) Kesetiaan
6) Meritokrasi
7) Pendidikan
8) Intergriti
   
  Nabi SAW pernah bersabda di dalam sebuah hadis yang menyatakan perumpamaan sebuah masyarakat seperti sebuah bangunan yang kukuh, yang mana kekuatan antara satu sama lain mempengaruhi  kekukuhan tersebut. Islam mengajak manusia untuk mengenali antara satu sama lain dan memperkukuhkan perpaduan walaupun berbeza pandangan agama dan budaya. 

 Allah berfirman dalam surah al Hujurat, ayat 13 yang bermaksud:

  “Wahai orang-orang yang beriman!kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian, Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.Sesungguhnya, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa”

Misi universal yang di tekankan di dalam Islam selari dengan fitrah kejadian manusia yang ingin hidup dalam keamanan dan sejahtera serta menyeru kepada al Falah dan mardhatillah.Ia Oleh itu pemerkasaan nilai moral peribadi perlu di tekankan dengan nilai akhlak mahmudah yang akan menjamin keharmonian sesebuah negara dan bangsa. Ketinggian aqal(ilmu pengetahuan) akan membawa sesuatu tamadun kepada martabat dan kejayaan yang tinggi, jika ianya berlandaskan nafsu maka kehancuran dan kebinasaan yang akan menjadi akibatnya. 



Hikmah Ramadhan dalam menghargai sebuah Kemerdekaan


       Alhamdulillah, kita berpeluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.Semoga amalan yang di lakukan akan di berkati. Bulan yang mulia yang mana ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dan madrasah untuk mendidik jiwa dan jasmani. Seharusnya kita mengambil ikhtibar di bulan yang barakah ini dan memahami erti kemerdekaan yang sebenar. Sempena bulan kemerdekaan yang jatuh pada bulan ramadhan ini, seharusnya kita menyedari akan hikmah ramadhan dan menginsafi diri akan nikmat kesejahteraan yang di kurniakan. Sepanjang bulan ramadhan kita di galakkan untuk bermuhasabah diri dan sentiasa berdoa, ini kerana doa orang yang berpuasa akan di perkenankan oleh Allah SWT. 
   
 Rasulullah ada bersabda yang bermaksud;
“Tiga golongan yang tidak akan di tolak doa mereka; Disebut antaranya ialah orang yang berpuasa sehingga dia membuka puasanya...”(riwayat al Tirmizi dan Ibn Majah)

  Kita adalah generasi pasca merdeka yang merasai nikmat perjuangan tokoh-tokoh yang terdahulu. Betapa perit dan susahnya mereka berusaha dan berjuang untuk mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara. Hasil kejayaan yang di perolehi hendaklah di syukuri, janganlah kita menjadi insan yang takkabur dan sombong. Kita alpa dan leka atas kesenangan yang di beri dan tidak mensyukuri atas segala kejayaan yang di kecapi.

Firman Allah dalam surah Annisa’ ayat 147 yang bermaksud:
“Apa gunanya Allah menyeksa kamu jika kamu bersyukur (akan nikmatnya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan ingatlah Allah SWT sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya) lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)"

 Oleh itu, madrasah Ramadhan mendidik kita menjadi insan yang sentiasa bermuhasabah diri dan mempertingkatkan nilai jati diri hamba yang taat dan patuh atas segala suruhan dan meninggalkan larangan. Sesungguhnya muhasabah diri adalah salah satu cara untuk mengubati jiwa. 
Nabi SAW bersabda:
  “Orang yang bijak dan pintar ialah yang menghisab dirinya dan beramal untuk selepas mati. Sementara orang yang lemah akalnya ialah sesiapa yang dirinya mengikut hawa nafsu dan menyerah kepada Allah semata-mata(tidak melakukan sesuatu terhadap nasibnya”( riwayat Ahmad ibn Hanbal)

Umar ibn al Khattab pula ada menyatakan:

“Hisabkanlah diri kamu sebelum kamu di hisabkan. Timbangkag diri kamu sebelum kamu di timbangkan kerana ianya lebih memudahkan ke atas kamu hisab pada esok hari(hari kiamat) jika kamu menghisabkan diri kamu pada hari ini”

  Musabah diri menjuruskan kepada  keinsafan dan refleksi diri. Oleh itu, Berpuasa bukanlah sekadar kita menahan lapar dan dahaga, tetapi segala anggota badan dan nafsu turut berpuasa. Ia menguji sejauh mana kita dapat menahan diri dan mengawal nafsu. Kita menjadi seorang yang bersyukur, sabar, turut merasai keperitan dan kesusahan orang. Keamanan dan kesejateraan yang di berikan selama 52 tahun ini adalah nikmat tidak terhingga yang Allah SWT kuniakan. Kekuatan individu bukan hanya di nilai oleh kuatnya zahiriyyah seseorang itu, tetapi kekuatan ruhiyyah yang mengangkat martabat seorang insan yang mana dirinya di pandu oleh aqal dan ilmu berlandaskan iman dan takwa yang akan mengawal emosi dan melahirkan peribadi yang unggul dan jitu dalam mendepani cabaran semasa dan mendatang.
Dr Yusuf Al Qardawi dalam karyanya..Iman dan Kehidupan menyatakan;
“Individu tanpa agama dan keimanan adalah laksana ehelai bulu yang diterbangkan oleh hembusan angin yang tentunya tidak akan tetap pada suatu keadaan dan tidak akan mengetahui sesuatu arah, serta tidak akan menetap pada sesuatu tempat”
  Semoga madrasah Ramadhan akan melahirkan individu yang mempunyai nilai peribadi yang luhur, kekuatan rohani dan jasmani yang mantap serta memiliki semangat untuk berjuang dan pengobanan yang tinggi untuk berkorban demi agama, negara dan bangsa. 
   






Thursday, July 9, 2009

~Pemansuhan PPSMI~

           8hb Julai 2009, Kerajaan telah mengumumkan Keputusan untuk memansuhkan PPSMI. Alhamdulillah, kerajaan telah menimbang sewajarnya pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah rendah dan menengah. Malah, Keputusan yang di umumkan juga menyatakan penekanan Penguasaan Bahasa Inggeris melalui penekanan tempoh pembelajaran Bahasa Inggeris dan menambah jumlah Guru untuk mengajar Bahasa tersebut. Tahniah di ucapkan kepada pihak kementerian kerana dapat menimbang sewajarnya. Bahasa Jiwa Bangsa, tindakan ini dapat memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seterusnya memperkasa jati diri bangsa, tanpa mengabaikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua terpenting. Terdapat  reaksi daripada pelbagai pihak, antaranya...
 
Berita Harian, 9hb Julai 2009...
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, berkata langkah itu sesuatu yang ditunggu semua lapisan masyarakat. "Ia menunjukkan kerajaan peka terhadap tuntutan rakyat termasuk pejuang bahasa supaya dua subjek itu diajar dalam bahasa Melayu semula," katanya.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, berkata partinya bersyukur dengan keputusan itu kerana murid menghadapi kesukaran belajar dalam bahasa Inggeris dan dasar itu dilihat seperti tergesa-gesa ketika dilaksanakan. 
"Kerajaan perlu peka kehendak rakyat sebelum sesuatu dasar itu diumumkan," katanya.
Bagaimanapun, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata beliau terperanjat dengan keputusan Kabinet yang hanya memansuhkan PPSMI pada 2012. Katanya, beliau hairan mengapa PPSMI diteruskan lagi dalam tempoh tiga tahun sedangkan kerajaan mendakwa dasar itu tidak begitu berjaya selepas enam tahun dilaksanakan. Beliau berpendapat keputusan itu bukan penyelesaian mengatasi pelbagai isu berbangkit berhubung dasar PPSMI. 

"Kerajaan perlu membuat keputusan berani, fleksibel dan ada pendekatan baru jika mahu meningkatkan kemampuan pelajar dalam subjek Matematik dan Sains supaya masa depan mereka tidak tergadai," katanya. 

Lim juga berkata, masalah PPSMI di sekolah aliran Cina mungkin tidak begitu besar tetapi mungkin menjadi beban bagi sekolah aliran Tamil dan kebangsaan.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) boleh menjejaskan masa depan generasi muda. Beliau yang kecewa dengan keputusan itu bagaimanapun mengalu-alukan langkah Kementerian Pelajaran menambah bilangan guru bahasa Inggeris dalam usaha memantapkan lagi mata pelajaran berkenaan.
          Walaubagaimanapun, keputusan yang telah di putuskan oleh kerajaan adalah  terbaik untuk semua pihak setelah menimbang kebaikkan dan kelemahan PPSMI. Semoga sistem pendidikan negara terus maju dan melahirkan generasi yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan agama tanpa menggadaikan bahasa dan nilai bangsa. 



Sunday, June 14, 2009

Isu bahasa Inggeris yang tak sudah-sudah..apa dah jadi??

Berita Harian, 14 Jun 2009:

CADANGAN mewajibkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus Bahasa Inggeris (BI) untuk layak menerima sijil penuh SPM mendapat reaksi berbeza pelbagai pihak. Wartawan Berita Minggu, AHMAD NAIM TAHIR dan ROHANIZA IDRIS mendapatkan pandangan Profesor Pendidikan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang juga Ketua Pengkaji Kesan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Sekolah Rendah dan Menengah 2008, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron mengenai cadangan itu.

Soalan; PERLUKAH BI diwajibkan lulus untuk melayakkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat sijil penuh seperti yang dibangkitkan Kementerian Pelajaran, baru-baru ini? 

Dr: Kita perlu fikir dulu perkara ini. Pertamanya, apa erti 'wajib lulus' BI untuk mendapat sijil SPM? Keduanya, apakah piawai atau standard untuk lulus? Bagaimanakah ia ditentukan? Adakah ia berdasarkan rujukan norma atau rujukan kriteria. 

Secara kasar ertinya seperti berikut, jika markah lulus ditentukan berdasarkan taburan markah keseluruhan, calon yang mengambil BI pada sesuatu ketika (min dan sisihan piawai), maka min dan sisihan lazim itu boleh berubah dari semasa ke semasa, tetapi peratus gagal dan lulus tidak banyak berubah dari semasa ke semasa. Jika markah lulus ditentukan berdasar rujukan kriteria, standard dan kriterianya ditentukan dulu dan bilangan calon yang gagal adalah bilangan yang tidak mencapai aras atau standard yang ditentukan itu. Apakah amalan menentukan markah lulus BI SPM sekarang? Ketiga, apabila dasar ini hendak dikuatkuasakan... tahun depan atau tiga atau lima tahun akan datang?


Soalan: Apakah rasional di sebalik cadangan itu? Tidakkah ia memberi kesan buruk kepada pelajar luar bandar, terutama orang Melayu yang dikatakan lemah dalam pembelajaran BI? 

Dr: Saya amat bersetuju penguasaan BI pelajar kita perlu dipertingkatkan. Soalnya apakah pendekatannya? Kenapa Kementerian Pelajaran mencadangkan pendekatan untuk mewajibkan lulus BI bagi mendapatkan sijil SPM? Apakah tujuannya? Nampaknya ia satu langkah yang difikir dan cadangan untuk menggalakkan pelajar belajar bersungguh-sungguh BI. Ia galakan melalui satu 'ugutan' – satu kesan buruk. Jika tidak lulus BI, tidak dapat sijil SPM, tak dapat sijil SPM bererti banyak peluang pekerjaan akan tertutup, peluang hidup dan masa depan akan sempit. Pelajar yang mana akan mendapat akibatnya? Sebahagian besar pelajar yang gagal BI sekarang ialah pelajar Melayu/Bumiputera daripada keluarga sosioekonomi rendah, terutama di luar bandar dan pedalaman. Pelajar ini yang mengharapkan saluran pendidikan untuk mendapat peluang kehidupan yang lebih baik, tentu akan hampa dan tersekat. 

Jika ia tidak wajar dilaksanakan, kenapa? 

Soalnya kenapa pelajar ini gagal BI sekarang? Ini perlu dibuat analisis dan dicari puncanya dan difahami. Antara yang perlu dikaji ialah apakah kaedah menentukan lulus atau gagal. Pada pandangan saya, kebanyakan pelajar bukan tidak sedar kepentingan BI, tetapi menghadapi masalah belajar kerana cara mereka diajar boleh dipersoalkan keberkesanannya. Misalnya, Profesor Diraja Ungku Aziz mempersoalkan keberkesanan pendekatan Communicative English (CE) yang menjadi asas pembinaan kurikulum dan kaedah pengajaran yang diamalkan di Malaysia sejak lebih 20 tahun lalu. Saya setuju pendapat ini. Jika kurang keberkesanan pendekatan ini boleh diterima, maka logiknya ialah kita perbaiki kurikulum atau program dan kaedah mengajar BI. 

Soalan: Wajarkah Kementerian Pelajaran mendapatkan pandangan orang ramai berhubung cadangan ini? 

Dr: Ya... wajar kerana ia membabitkan semua pelajar dan kebanyakan ibu bapa prihatin mengenai pelajaran anak mereka. Tetapi untuk mendapatkan pandangan dan pendekatan yang lebih mendalam mengenai kurikulum, pendekatan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta peperiksaan dan pensijilan BI, perlu diadakan siri perbincangan profesional mengenainya dalam konteks di Malaysia. 


Soalan: Ada yang berpendapat cadangan ini jika dilaksanakan akan membantu pelaksanaan PPSMI? 

Dr; Saya rasa tidak. Ia akan menjadikan situasi masalah pembelajaran dan prestasi pelajar di sekolah menengah bertambah parah. Dasar PPSMI menunjukkan kesan negatif terhadap kebanyakan pelajar. Tidak munasabah BI diguna untuk meningkatkan pembelajaran Matematik dan Sains apabila kebanyakan pelajar sendiri (dan ada juga guru) lemah dalam BI. Sesetengah pelajar yang lemah ini dalam BI serentak lemah dalam Matematik dan Sains. Apabila PPSMI dilaksanakan, kelemahan ini terserlah dan terbukti banyak kesan negatifnya. Lebih tinggi peratus pelajar, terutama pelajar Melayu/Bumiputera yang merosot pembelajaran dan prestasi dalam kedua-dua mata pelajaran ini. Mengikut kajian, peratusan peningkatan BI juga kecil saja dan tidak signifikan. 

Ada banyak pihak membantah PPSMI. Adakah langkah mewajibkan lulus BI untuk SPM membolehkan PPSMI segera dimansuhkan. 

PPSMI perlu dimansuhkan segera. Ia tidak harus dikaitkan dengan isu syarat lulus BI dalam SPM. Yang penting disegerakan ialah langkah meningkatkan pembelajaran dan penguasaan BI di sekolah rendah dan menengah. Peruntukan untuk PPSMI lebih baik dan berkesan digunakan untuk meningkatkan P&P Bahasa Inggeris. 


Related Posts with Thumbnails