~salam pembuka bicara~

~salam pembuka bicara~
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

..SKSB..sekolah ku...


    Alam persekolahan di bangku sekolah rendah adalah memori masih terpahat di kotak kenangan yang sukar luput daripada ingatan. Banyak kenangan yang menarik  menjadi topik perbualan kami.. apabila berjumpa kawan-kawan dan guru-guru. 1991-1998 aku berada di SKSB. 6 tahun berada di sekolah rendah..besar pengorbanan guru-guru mendidk anak-anak didik ini.Guru ibubapa kedua yang mengajar kita tulis, baca dan mengira.

    SKSB adalah sekolah yang terletak di kampung yang majoritinya anak-anak petani dan penoreh getah.Walaupunpun begitu, kini SKSB berjaya melahirkan insan-insan yang berjaya di Menara Gading dan hidup mereka. Jasa guru-guru mengajar dan mendidik kami tidak akan di lupakan. Penubuhan ALUMNI SKSB adalah salah satu wadah untuk merealisasikan moto sekolah “Berilmu Berbakti”. Semoga bekas pelajar dapat menyumbang bakti dan budi untuk kejayaan anak-anak kampung yang memerlukan role model yang menjadi contoh buat mereka dan pemberi motivasi untuk adik-adik supaya bersungguh untuk mencapai kejayaan. Ketika berada di kampus, kesibukan dan keterbatasan masa yang ada apabila pulang bercuti ke kampung menghadkan untuk aku menjenguk dan menziarah guru-guru di SKSB. Alhamdulillah, dengan kesempatan yang ada sekarang pasti akan di manfaatkan...insya Allah..=)

    Pada 24-26 Jun 2010 yang lalu ...aku dan sahabat-sahabat ALUMNI Sekolah Kebangsaan Seri Bakti dapat menyumbang tenaga untuk bersama-sama menjayakan Kem Kecemerlangan UPSR 2010. Kembali terkenang zaman pada suatu ketika dahulu, sangat best...dapat jumpa guru-guru yang pernah mengajar kami. 


cikgu zuki, di antara penggerak  utama yang menjayakan kem ini.Guru BM ku..antara guru yang paling lama berkhidmat di SKSB.terima kasih cikgu!


sesi yang best...ceramah motivasi oleh En. Yazi(bekas pendidik di SKSB, antara guru terawal ketika penubuhan SKSB)... guru yang berdedikasi, penyayang dan tegas orangnya, di sayangi oleh anak-anak didiknya. Kini pensyarah di IPGM Darul Aman, Jitra. Terima kasih cikgu masih ingat adik didikmu ini..=)


...seronok hampa noh..bergambaq..hehe


Cikgu dan ibu adik-adik peserta  yang sibuk masak di dapur sepanjang kem, sedap!terima kasih ..=)

       Aku dan sahabat-sahabat berusaha untuk menjadi pendamping mereka sebagai kakak yang boleh membantu dan memberi kata-kata semangat untuk mereka berjaya dalam hidup walaupun di lahirkan dalam keluarga yang kurang berkemampuan dan sederhana. Kemiskinan bukan penghalang untuk mereka berjaya.


   Akhir kalam..semoga ALUMNI SKSB terus menyemai bakti dan menabur budi untuk adik-adik SKSB...jutaan terima kasih pihak sekolah,guru-guru, waris-waris yang turun menyumbang tenaga untuk menjayakan kem ini, sahabat-sahabat ALUMNI, adik-adik yang best (penat jugak kami melayan hampa semua.., tp hampa semua memang best lah..hehe)..selamat maju jaya UPSR 2010..adik-adik mampu buat yg terbaik!nantikan progrm seterusnya ALUMNI SKSB(",)..."berilmu berbakti"..


Sunday, June 20, 2010

catatan kembara dakwah 2010~ part 1



    Cuti sekolah kini kembali, Angkatan Belia Islam Daerah Padang terap dengan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) telah menganjurkan KEMBARA DAKWAH 2010 pada 11 hingga 14 Jun yang lalu. Antara objektif KEMBARA DAKWAH ialah Menjadikan rehlah sebagai metodologi dakwah khususnya terhadap golongan remaja, melahirkan golongan remaja Islam yang berakhlak mulia, mempunyai perasaan kasih sayang, tolong menolong dsb melalui perjalanan kembara terancang, melahirkan remaja yang berusaha memperbaiki diri dari semasa ke semasa dan menjadi contoh terbaik kepada remaja yang lain dan membentuk peribadi remaja Islam yang berdaya saing dan sentiasa mampu mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan mempunyai sahsiah terpuji dengan menjadikan solat sebagai benteng dalam kehidupan seharian.


 Alhamdulillah Kembara Dakwah pada kali ini menamatkan pengembaraan dengan jayanya walaupun pelbagai dugaan dan ujian daripada Nya.Namun begitu, itu bukanlah halangan yang mematahkan semangat peserta KEMBARA. Kembara yang julungnya di anjurkan oleh ABIM Padang Terap terdiri daripada 30 orang termasuk 3 orang urusetia.  

11 Jun 2010
Pada jam 10.30 malam, kami bertolak dari SMK Dato’ Syed Ahmad. Bas yang sepatutnya di naiki pada malam itu telah rosak, alhamdulillah bas rosak itu telah di gantikan dengan bas seat vip. 

12 Jun 2010
Kami tiba di masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 4.45 pagi.Usai kendiri, solat subuh dan tazkirah oleh Imam masjid tersebut, kami sempat meluangkan masa(sharing moment) bersama Tuan Imam Masjid Wilayah. Setelah itu sesi bersama Ustaz Khairul Anuar, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAWI, Ustaz Kamaruddin(LANDAS) dan beberapa pegawai daripada JAWI. Pada hari pertama Kembara Dakwah ini, peserta dibawa melawat ke Muzium Keseniaan Islam Malaysia, Masjid Putra dan Masjid besi (Tuanku Mizan) di putrajaya. Peserta di minta mencatat pemerhatian mereka di tempat-tempat tersebut, apa yang mereka lihat di sekeliling kawasan dan mengedar risalah mengenai zina dan aurat di Masjid Tuanku Mizan. Pada malamnya, KEMBARA DAKWAH meneruskan perjalanan Ziarah Mahabbah ke Kolej Dar Al Hikmah, institusi Pengajian Tinggi ABIM. Sesi taklimat KDH oleh En. Zaihan selaku Eksekutif HEP KDH. Terima kasih kepada pihak KDH yg menyediakan penginapan sementara buat rombongan kami dan sudi menyambut kedatangan KEMBARA kami. Selesai ziarah ke KDH, kami bertolak ke penginapan di Masjid Muhsinin, Taman Danau Desa di Jalan Klang Lama. 


13 Jun 2010
  Kami berkesempatan beramah mesra dengan Chen Thau Chi Association Taman Danau Desa.Pengalaman yang menarik bertaichi, senaman yang terkenal di kalangan bangsa Tionghua. Peserta Kembara di tekankan untuk belajar berkomunikasi dengan non muslim. Ahli-ahli persatuan ini sangat ramah dan mesra. Terpancar Semangat 1 Malaysia di wajah mereka. Seperti mana yang telah dirancangkan kembara ini akan melawat sebuah gereja di Brickfield, St.Mary Church. Namun begitu, hajat kami tidak kesampaian. Pihak gereja memaklumkan bahawa mereka belum bersedia menerima lawatan kami. Terpalit sedikit kekecewaan di wajah para peserta Kembara Dakwah untuk melihat sendiri upacara keagamaan penganut agama Kristian pada hari ahad. 


  Walaubagaimanapun, aktiviti pada hari kedua kami di Kuala Lumpur di manfaatkan bersama Ustaz Abd Halim Zakaria, pakar Pengamal Perubatan Islam untuk peserta perempuan di bilik mesyuarat Sek Ren Islam Darul Ulum, Masjid Muhsinin dan lawatan ke Masjid Sri Petaling untuk peserta lelaki. Peserta melawat masjid yang menjadi tumpuan jamaah Tabligh dan berpeluang melihat suasana aktiviti jamaah tabligh di masjid tersebut. Pengisian daripada Ustaz Abd Halim Zakaria berjaya menarik perhatian adik-adik untuk bertanyakan soalan yang berkisar mengenai rawatan pukau, sihir, histeria, gangguan makhluk halus dan petua amalan surah-surah terpilih untuk rawatan perubatan Islam. Selepas zohor Kembara di teruskan ke KLCC untuk latihan dakwah lapangan. Sebelum bertolak, du’at KEMBARA dakwah di beri taklimat oleh ustaz Kamaruddin. Adik-adik di berikan risalah dan buku the call to Islam (JAKIM)


  Selesai latihan lapangan di KLCC, kami pulang ke Masjid Muhsinin. Peserta KEMBARA diminta untuk membentangkan laporan hasil temubual mereka bersama-sama dengan pengunjung KLCC. Melalui latihan ini , peserta di beri peluang untuk belajar mendekati mad’u terutamanya yang sebaya dengan mereka. Selepas maghrib, kami bertolak ke KL Sentral. Kesesakan di Platform amat di rasai kerana musim cuti sekolah begini keretapi menjadi pilihan orang awam untuk bercuti atau pulang ke kampung. Perasaan teruja dan seronok amat di rasai kerana rata-rata peserta belum pernah menaiki keretapi perjalanan jauh dari Kuala Lumpur yang mengambil masa lebih kurang 10 jam. Seperti yang di jadualkan pada tiket yang telah di beli, keretapi yang akan berlepas ke A.Star bertolak pada jam 9.10 mlm. Dengan bersesak bersama-sama penumpang yang lain kesemua peserta KEMBARA Turun ke Platform. Setelah masuk ke dalam gerabak. Keadaan agak kelam kabut kerana kami tidak mempunyai tempat duduk. Ustaz Abdullah, selaku Ketua KEMBARA menyedari bahawa tiket yang kami bertarikh 14 Jun, bukan 13 Jun. Kami semua tidak menyangka hal ini akan terjadi. Tidak seorang pun menyedari tiket yang salah tarikh yang telah di beli seminggu lebih awal dari tarikh perjalanan kami. Sehingga semua telah masuk ke dalam gerabak. Kesedihan dan kekecewaan menyelubungi perasaan peserta KEMBARA kerana tidak sabar menaiki keretapi pada malam. Kami hanya mampu melihat keretapi itu beransur-ansur perlahan-lahan meninggalkan stesen KL Sentral. Di mana kami akan menginap pada malan itu?apa yang di lakukan sementara menanti perjalanan malam esok?. Perjalanan Kembara Dakwah ini benar-benar di uji olehNya. Kami menenangkan adik-adik peserta untuk bersabar dengan dugaan ini, pasti ada hikmah di sebaliknya...
Bersambung....(“,)




Wednesday, December 23, 2009

Perkampungan Menara Gading 2009

     Pada 19hb-20hb Disember 2009, ABIM daerah Padang Terap telah menganjurkan Perkampungan Menara Gading yang pertama kali di anjurkan di daerah ini PMG ini di sertai oleh 33 org peserta daripada 3 buah sekolah, SMK Dato’ Syed Ahmad, Maktab Mahmud Padang Terap dan SMA Al Khairiah yang terdiri daripada lepasan SPM 2009. Belantara Elit yang terletak di Kampung Genting Palas ,Kuala Nerang menjadi tempat pilihan untuk PMG kali ini.

      Alhamdulillah, kemudahan yang di sediakan amat baik dan selesa. Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang menjalani realiti kehidupan sebagai seorang mahasiswa, peserta di beri kesedaran tentang pentingnya menuntut ilmu, jika gagal untuk mendapat tempat di mana-mana Institut Pengajian tinggi selepas mendapat keputusan SPM nanti tidak bermakna ini ialah penamat kepada mereka untuk mencapai cita-cita untuk menjejakkan kaki ke menara Gading.

        Selain itu juga, peserta di beri pendedahan tentang keseimbangan antara pelajaran dan aktiviti di luar kuliah, terutama penglibatan di dalam Persatuan atau jemaah. Modul yang di jalankan juga memberi penekanan tentang partisipasi mahasiswa di dalam masyarakat secara amal jama’ie. Matlamat yang jelas dan perancangan masa depan amatlah penting untuk mencapai cita-cita yang di impikan. Pendaftaran program bermula pada pukul 11pagi dan seterusnya peserta di berikan taklimat mengenai kem dan perjalanan program selama dua hari satu malam ini

     Peserta di bahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan di kendalikan oleh seorang fasilitator. Terdapat 3 Modul LDK yang telah di tetapkan, LDK 1; Taaruf & Mind Setting, LDK 2; Realiti Kehidupan Mahasiswa, LDK 3; Adakah aku sudah bersedia?. 



Menggunakan kemudahan yang di sediakan di kem untuk aktiviti riadah di sebelah petang.

Kerjasama di dalam kumpulan amat lah penting...jalinan ukhuwah pun bertaut...=)


Selepas LDK 3 yang di adakan secara mass..aktiviti seterusnya..jagung & sosej bakar...=)



     Slot pemantapan Aqidah merupakan sesi tambahan pada hari Ahad dan dikendalikan oleh Ustaz Abdullah Din..pengisisan modul melalui kaedah perbandingan agama ini sangat menarik kerana peserta di dedahkan pengenalan tentang agama Kristian dan Islam. Majlis pentup PMG’09 oleh Ustaz Hafiz Mustafa Lubis, YDP ABIM Negeri Kedah pada jam 12 tengahari. Alhamdulillah selesai sudah program Perkampungan Menara Gading pada kali ini. Insya Allah semoga, program seperti akan di jadikan program tahunan untuk ABIM Pdg Terap pada masa akan datang. Program susulan akan di laksanakan untuk memastikan peserta berasa seronok dengan ukhuwah yg terjalin dengan ABIM Pdg Terap. Sekaligus, mereka di antara belia-belia Islam yang akan bersama-sama membantu dan menyumbang gerak kerja dakwah..misi rahmatan lil’alamin di daerah Padang Terap khususnya dam amnya di Negeri Kedah Darul Aman ini. PERSIDA-ABIM Kedah akan menganjurkan program MENARA (program susulan) peringkat negeri yang di adakan dengan kerjasama peserta-peserta daripada ABIM- Perlis..insya Allah..moga di permudahkan segala urusan dan perancangan..

       Sekalung penghargaan di berikan kepada Urusetia dan fasilitator yang terlibat, YDP ABIM Pdg Terap...Ustaz Abdullah Din, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis yang sudi meluangkan masa menghadiri ke PMG’09 ini dan seterusnya adik-adik peserta yang menjadi insan terpilih menyertai program pada kali ini...syukran Jazilan, Semoga impian dan cita-cita menjejakkan kaki ke Menara Gading akan di kecapi..insya Allah..

Friday, December 4, 2009

PKPIM anjur Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas


      Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) akan menganjurkan Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada 13 Disember 2009 iaitu pada hari Ahad bermula pukul 8.30 pagi di Institut Integriti Malaysia (IIM), Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Antara objektif seminar ini diadakan adalah untuk menekankan keutamaan pandangan alam Islam dalam kerangka berfikir masyarakat Islam serta memantapkan kefahaman masyarakat, khasnya generasi muda, tentang Pandangan Alam Islam yang sebenar.

Dalam pada itu, PKPIM dalam membawa suatu rencah bagi memulihkan permasalahan umat telah melancarkan “Gagasan Ta’dib Kepemudaan” yang bertujuan untuk membina kembali suatu generasi Islam baru yang ideal dan menjadi suri tauladan kepada semua, yang luhur adab dan keperibadiannya, tinggi disiplin ilmunya, kukuh pegangan tauhidnya serta memiliki nilai integriti dan kepimpinan yang hebat.

Rentetan itu, penganjuran Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah merupakan satu program induk dan menjadi perintis kepada pelaksanaan program Majlis Tarbiyah dalam memperkasa agenda kefahaman Ta’dib dan pendidikan dalam kalangan masyarakat khususnya generasi pelajar.

Sementara itu, seminar yang akan dianjurkan juga akan diisi dengan tujuh pembentangan kertas kerja oleh beberapa tokoh intelektual terkemuka dalam negara. Antara yang terlibat termasuklah Prof Wan Mohd Nor Wan Daud, Dr Mohd Farid Mohd Sharan, Dr Mohd Sani Badrun, Dr Adi Setia Mohd dom, dan sebagainya. Acara kemuncak kepada penganjuran seminar tersebut adalah Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang bertajuk “Reviving The Worldview of Islam: Internal & External Challenges” pada sebelah malam.

Maka, pihak PKPIM menyeru kepada semua pihak khususnya golongan mahasiswa untuk menghadiri seminar ini untuk menyelesaikan permasalahan utama umat memandangkan segala penyelesaian yang ingin dilakukan haruslah bermula dengan usaha memperbetulkan cara berfikir masyarakat Islam terutama yang berhubung dengan ta’dib dan pendidikan yang membentuk alam pemikiran mereka.

Bagi yang berminat, pendaftaran boleh dibuat dengan berhubung terus dengan pihak penganjur Sdr Abdul Muntaqim Zulkifli di talian 019-8285019 atau 03-61842286. Untuk makluman semua juga, yuran seminar yang ditetapkan untuk program tersebut adalah sebanyak RM100 untuk golongan professional dan RM35 untuk golongan pelajar. Namun, bagi yang mahu menghadiri Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas sahaja, bayaran yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM50 untuk golongan professional dan RM20 untuk pelajar.

Saturday, October 17, 2009

Satu Hari di Hospital Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Gombak..



Jom Makan!


Penat masak rendang nie..


jom..kita  nak buat lemang..


uh, nangis..potong bawang..isk2..

Program    : Majlis Pelancaran Persatuan Rakan Hospital JHEOA GOMBAK

                    & Jamuan HARI  Raya 1430h

Penganjur  : JHEOA, PERKIM, Yayasan al Khalifah & ABIM Daerah Gombak

Tempat    : Hospital Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Gombak

Tarikh      : 16 Okt 2009(Jumaat)

Masa        : 10-5.00ptg

Peserta   : 30 sukarelawan

Wednesday, October 14, 2009

Annual General Meeting & Aidil Fitri Gathering of WAFA

Assalamu'alaikum..

We, all office bearers of Women Affairs Association IIUM(WAFA) for 2008/2009 session would like to cordially invite all fellow members and friends to our Annual General Meeting (AGM) and Aidilfitri Gathering which will be held as stated below :

Day : Thursday
Time : 8.30 - 10.30pm
Venue : ADMIN LT 1

~Token of appreciation~
~Report of activities throughout this tenure~
~Multimedia presentation~
~Lullabye speech by our Advisor, Madam Haslina Ibrahim~
~Delicious Aidilfitri dishes and kuih raya!~

Want to know more? Feel free to come!
Kindly SMS your name to confirm your attendance to Sis Atiqah Shakirah at 013-2022463.
Hurry up!
Seats are limited to 50 persons only!
NOR ATIQAH ABD TALIB
General Secretary of WAFA 2008/2009
cum the Program Manager of WAFA's AGM and Aidilfitri Gathering

Friday, October 9, 2009

PKPIM lancar TABUNG KEMANUSIAAN UMMAT(PEMULIHAN PADANG)

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

PKPIM LANCAR TABUNG KEMANUSIAAN UMMAT (MISI PEMULIHAN PADANG)

5 OKTOBER 2009/16 SYAWAL 1430 H

Gempa bumi yang berukuran 7.6 skala Richter yang telah melanda Pariaman, Padang pada Rabu lalu telah mengakibatkan kerosakan teruk kepada harta benda serta meragut ratusan nyawa dengan angka terkini seramai 603 telah disahkan terkorban oleh Badan Menangani Bencana Sumatera Barat, Indonesia.

Dalam pada itu, dua Gempa susulan awal pagi ini yang dicatatkan di Papua Barat dengan kekuatan 6.1 skala Rechter pada pukul 10.36 pagi waktu Indonesia Barat dan di Gorontalo, Sulawesi berukuran 5.3 skala Rechter juga telah memburukkan lagi keadaan.

Justeru, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Ummat (Misi Pemulihan Padang) bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa.

Tabung Kemanusiaan Ummat ini bertujuan mengumpulkan dana yang secukupnya bagi menyediakan keperluan asas khususnya kepada mangsa di kawasan sekitar Pariaman yang masih terpinggir dari mendapat bantuan.

Tabung yang telah dilancarkan ini juga akan digerakkan di semua Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) dan sekolah-sekolah di Malaysia. Maka, PKPIM berharap agar kempen kutipan bantuan kewangan ini akan mendapat sokongan penuh daripada semua mahasiswa dan pelajar.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) turut menghantar tiga orang sukarelawan bagi menjayakan misi pertama ke Padang awal pagi ini. Misi pertama ini akan memberi fokus kepada bantuan perubatan dan sokongan hidup mangsa gempa.

Bagi memastikan kelangsungan bantuan, PKPIM turut bekerjasama dengan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) dan Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia (HMI) bagi merangka dan mengemaskini bentuk bantuan yang sewajarnya diberikan.

PKPIM yang turut menganggotai Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) telah menggesa badan induk itu untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan pelan pembangunan pasca tragedi.

“HIDUP BIAR BERJASA”


MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ 860813-38-5543

PRESIDEN,

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)


Sekretariat PKPIM Pusat
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,

Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com

Wednesday, September 23, 2009

Majlis AidilFitri ALUMNI SKSB 2009

 

wah..dah tak sabaq nak makan, lapaq nie...hehe


Sahabat-sahahat sepermainan suatu ketika dulu..dah besaq dah..dah nak jadi orang rumah..hehe dan da dah sambung Master pun, bagus lah...=), tiap  tahun kami akan berkumpul, tapi batch 98 je lah...tahun ni wat kelainan..kumpul adik-adik jugak, best=)

       

          Syoknya raya=), dapat bertemu kawan-kawan  sekolah rendah dulu. Pada hari raya yang ke-3/22hb sep 2009 baru-baru ini, bekas pelajar(batch 1998) Sek.keb. Seri Bakti, Kuala Nerang telah menganjurkan Majlis AidilFitri ALUMNI sekolah Kebangsaan Seri Bakti buat julung –julung kalinya dan.Majlis bermula pada pukul 11pagi dan bersurai pada pukul 1 tghari. Semua juadah yang di sediakan di masak sendiri oleh kakak-kakak ..terima kasih=)sedap! .

Alhamdulillah majlis berlansung dengan lancar dan meriah sekali meskipun majlis bermula lewat daripada yang di jadualkan. Seramai 50orang yang hadir ke majlis ini. Majlis ini menghimpunkan bekas pelajar dari tahun 1998-2008. Walaupun jumlah kehadiran yang kurang memberasangkan, tetapi ini adalah suatu kejayaan kerana dapat mengumpulkan sahabat-sabahat untuk hadir bersama-sama.Insya Allah ia akan menjadi permulaan yang baik untuk menggerakkan ALUMNI SKSB.

Adik-adik ni gembira sangat dapat jumpa kawan..ada yang sejak sekolah rendah..hampir 8 tahun lebih tak bersua muka. Walaupun ada yang sudah berkahwin tidak menjadi halangan untuk turut sama meriahkan majlis ini. Apabila dah berjumpa macam-macam cerita yang dapat di kongsikan bersama(“,) dan kurang juga yang dah tak ingat nama kawan-kawan dan malunya nak bercakap dengan kawan-kawan, almaklumlah dah lama tak berjumpa, kecik-kecik dulu hingusan lagi, sekarang dah segak bergaya dan ayu, dah besar panjang semua ya...pada lebaran ini, setahun sekali dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat terutamanya yang berada jauh di perantauan.

Pelantikan Organisasi ALUMNI SKSB untuk sesi pada kali ini terdiri daripada Pengerusi, Timb.Pengerusi, SU, Pen.SU, Bendahari,Pen. Bendahari dan AJK yang di lantik mewakili tahun masing-masing, setiap tahun di wakili Ketua dan Pen. Ketua. 


          Jutaan terima kasih penulis kepada cikgu Jamil yang sudi meluangkan masa dan mewakili Guru-guru SKSB. Sahabat-sahabat penulis yang bertungkus-lumus untuk menyiapkan persiapan untuk program ini...JKKK Kg Rambutan, K.Nerang yang membenarkan kami menggunakan dewan kampung untuk menjayakan majlis ini, Pak Cik Ibrahim yang sudi hadir dan memberi sokongan kepada kami, Mak Cik Midah yang sudi memberi keizinan untuk kakak-kakak kami mengunakan dapur di rumah untuk menjadi tempat  untuk masak.Akhir sekali, buat semua yang hadir sahabat-sahabat dan adik-adik yang sudi memeriahkan majlis ini..seribu kemaafan di pohon di atas kekurangan pada majlis ini. Sekalung penghargaan buat kalian semua atas segala kerjasama, bantuan dan sokongan untuk menjayakan majlis AidilFitri ini...semoga usaha ini di berkati olehNya dan menjadi salah satu sumbangan kita kepada masyarakat sekampung dan mengeratkan lagi ukhuwah antara kita semua. 
 

            “Bersama memperkasa ukhuwah, menyemai bakti & menabur budi”




       

Friday, September 4, 2009

~kempen SEKAMPIT BERAS..~



     Pada 30 Ogos tepat jam 5.30 petang rombongan ABIM daerah Padang Terap bergerak ke KEDA Pasir Putih, Kuala nerang untuk mengagihkan sumbangan beras kepada penduduk di sana. Sebanyak 68 kampit beras (lebih kurang 350kg) telah disumbangkan oleh orang ramai dari Kedah hingga ke Sabah. Kami berkumpul di Masjid Pulau Kijang dan imam masjid , Datuk Isa bin Ismail (pernah bertugas sebagai Pengarah JAKIM Sabah) membacakan doa agar perjalanan diberkati Allah swt. Sebaik tiba di Kg KEDA , wartawan SINAR, Cik Sharipah sedia menanti kami di sana. Abang Din, dan Abang Azmi mengiringi kami menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sana. Nabi saw bersabda tangan yang di atas (memberi) lebih baik dari yang di bawah (menerima). Adalah diharapkan para pemuda Islam mengambil iktibar dari hadis ini dan program ini mampu memupuk rasa seronok memberi dari menerima.





    Ana tak berkesempatan untuk bersama-sama sahabat2 dalam program ni, masih berada di UIA, insya Allah 12 hb ni, ana akan balik kampung...program seterusnya ABIM Padang Terap~Mencari Malam Al Qadar di Masjid Pulau Kijang(berdekatan dgn Kolej Mara Kuala Nerang)pada malam ke-21 Ramadhan. Muslimin dan muslimat yang di sekitar Kuala Nerang dan yang berdekatannya di jemput hadir. 
Semoga dapat di teruskan program seperti ni lagi..sempena mengambil keberkatan ramadhan..Insya Allah. 

Tahniah kepada ustaz Abdullah(YDP ABIM Padang Terap) Kuala Nerang, Kedah Darul Aman..dan sahabat-sahabat seperjuangan...adik-adik SMKDSA yang sentiasa bersemangat dalam program yang di anjurkan...moga istiqamah dalam berbakti kepada Ummah.. 

Sunday, August 23, 2009

Nasi Lemak Kopi O@TV9

Slot seterusnya dalam Nasi Lemak Kopi@TV9 edisi sabtu 22hb ogos 2009 bersamaan 1 ramadhan 1430h...

Dari Kiri, K.Nor sbg hos, Dr Mariam Adawiyah, Rashida dan Fahmi...topik~Belajar dan Ibadah. Masa yang di berikan 10 minit sahaja. Jadi, tak banyak lah yg di bincangkan. Awal sampai kt Sri Pentas, lebih kurang sejam .. menunggu giliran, ok gak..dapat tgk macamana pembikinan program yang di jalankan secara langsung dalam studio.pengalaman baru muncul di TV..secara langsung pulak tue..:)

Dr. Mariam menjelaskan tentang kelebihan pada bulan Ramadhan, pentingnya mencari keberkatan dalam setiap amalan, sebagai pelajar bukanlah halangan dan menjadikan alasan berpuasa untuk tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar. Persediaan yang seawal mungkin untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Pembahagiaan masa yang bijak membantu kita untuk menyiapkan segala tugasan dan mengimbangi anatara ibadah dan pelajaran.

Bukankah belajar dan ibadah adalah perkara yang sama di tuntut dalam agama.?Jadi ayuh sahabat-sahabat...tingkatkan prestasi kedua-duanya. Rebutlah promosi-promosi yang di tawarkan oleh Allah SWT...di bulan yang barakah ini.



Alhamdulillah, selesai sudah..nie dah nak balik....Terima kasih kepada En. Latif dan seorang lagi PR officer UIA(huhu..tak sempat pulak nak tanya nama staff PR tue) yang turut sama mengiringi Penulis, Fahmi dan DR. Mariam ke Nasi Lemak Kopi O...dan terakhirnya, buat Balqis yang sudi meluangkan masa bersama-sama dan menjadi peneman setia;)

Thursday, July 9, 2009

PADPT dalam kenangan…

            Setelah 2 bulan menjalani Internship di PADPT, terasa sayu di hati nak berpisah dengan rakan-rakan dan staf2 di pejabat tue. Alhamdulillah, sepanjang dua bulan nie, byk pengalaman yg diperolehi…terutamanya working experience, Communcation skills with the public, administration of organization, pengurusan hal ehwal Islam di daerah dan lain-lain lagi . Jutaan penghargaan di berikan kepada semua staf-staf, Pegawai Agama..Tuan Syeikh Zainul Mukhtar, Tuan Haji Ahmad, Ustaz Harun, Ustaz Daud, K. Nab, K. Na, Abg Am, En. Nabil dan semua yg banyak membantu sepanjang tempoh internship nie.Jasa kalian tetap ku kenang…terima kasih yang tak terhingga. Dan tak lupa jugak pada sahabat-sahabat…Najihah, Mizah, Farhana (UKM) dan K.Kin(USIM). Saat dan kenangan terindah bersama kalian akan terpahat di hati dan ingatan ini. Salam rindu dan salam sayang buat kalian...semoga ukhuwah yg terjalin akan kekal selamanya. merasai alam pekerjaan bukan semudah yang di sangka, semoga pengalaman yg ana peroleh dapat di manfaatkan ketika menempuh  alam pekerjaan nanti.


Syukran ya Ukhti Najihah..kata-kata yg indah ini..

Semusim yg lalu, tangan di hulurkan tanda persahabatan..
Terbinanya ukhuwah silaturaahim lalu kau titipkan
Arca kekuatan diri...lantas kau lagukan memori
Kenangan setiap detik dan waktu..
Ku layarkan doa agar kau bahagia di dunia dan akhirat
Hanya itu mampuku hulurkan pada sahabat teristimewa yg tiada gantinya..

     Buat Dr. Haslina Ibrahim yang banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan dan motivasi. Lecturer kesayangan yang ana anggap seperti kakak kandung sendiri…terima kasih Kak Has;). Kepada Dr Aldila..Deputy Director Alumni and Career Services IIUM…yang telah byk membantu dan bimbingan dalam tempoh Internship nie dan meluangkan masa melawat ana semasa dalam tempoh Internship...Thanks Madam!. Semester 1 akan bermula pada 13hb nie, kena siapkan report internship nie cepat-cepat, nanti dah balik sana, banyak lagi urusan kena laksanakan...lama bercuti ni, berat rasa nak kembali ke Taman Ilmu dan Budi. Walaubagaimanapun, perjuangan harus di teruskan...tanggugjawab dan amanah yang perlu di laksanakan. Hidup Biar Berjasa...(",)

Thursday, June 11, 2009

my practical trainning..


Dalam pejabat....


me, Jihah n mizah(Student UKM)...praktikal sama2 kt pejabat Agama Daerah Pdg Terap

           Alhamdulillah, sekejap jer masa berlalu....best balik kg 3 bulan, 2 bulan praktikal. Sedar x sedar dah nk hampir tempoh praktikal penulis di Pejabat Agama Daerah Pdg Terap.Insya Allah..hujung bulan Jun ni akan menamatkan praktikal kt sini. Banyak pengalaman dan ilmu yang di timba. Memang best lagi bergelar pelajar....merasai pengalaman di alam perkerjaan bukan mudah...huhu, masuk pukul 8, balik pukul 5..bila balik rumah, keletihan bangat.

Related Posts with Thumbnails