
Artikel yang menarik!
Moga menjadi panduan dan pengajaran dalam hidup untuk menempuhi alam perkahwinan...
"Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sesungguhnya ALLAH bersama orang yang berusaha membaiki amalannya" (Surah al Ankabut, 29:69)

Sepanjang bulan ni, sudah mula menerima jemputan walimah sahabat-sahabat yang bakal menamatkan zaman bujang mereka pada akhir bulan April, Mei dan awal Jun ini. Perkongsiaan artikel untuk renungan bersama..(^_^)...1. Jika hakikat pernikahan adalah kerana nafsu,
maka pasangan sering bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.
2. Jika hakikat pernikahan adalah kerana harta,
maka pasangan bakal berpisah jika bangkrup atau jatuh miskin.
3. Jika hakikat pernikahan adalah kerana kecantikan,
maka pasangan bakal lari jika rambut mula beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana zuriat,
maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
5. Jika hakikat pernikahan adalah kerana keperibadian,
maka pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
6. Jika hakikat pernikahan adalah kerana cinta,
hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik. Manusia yang dicintai juga akan pergi menyahut seruan Ilahi.
7. Jika hakikat pernikahan adalah kerana ibadah kepada Allah,
sesungguhnya Allah itu kekal dan maha pemberi hidup kepada makhluk-Nya. Dan Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai Allah.
Jadi yang mana satu pilihan kita?
sumber: amirsaid7

Ujar lelaki, wanita itu lemah..
dunia"
*Anynomous~www.hanan.com
